Review Filem : Ponniyin Selvan: I (PS -1)


Review Filem : Ponniyin Selvan: I  (PS -1) - Baru-baru ini saya telah menghadiri sesi tayangan preview filem Ponniyin Selvan: I (PS-1) yang telah diadakan di TGV i-City Shah Alam. Yup! Terima kasih murai dot com diatas 3 tiket yang diberikan.


Sangat meriah! Malam gala tayangan filem yang telah dihadiri peminat-peminat filem tamil semuanya berbusana cantik mengikut tema - filem tanil epik.

Ponniyin Selvan: I  (PS -1) adalah dibawah arahan Mani Ratnam. Ini meripakan filem bahagian pertama daripada dua bahagian novel yang diterbitkan pada tahun 1955, Ponniyin Selvan hasil karya Kalki Krishnamurthy.


Lebih menarik filem india epik ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat, antaranya seperti Vikram, Aishwarya Rai Bachchan, Jayam Ravi, Karthi, Trisha Krishnan, Aishwarya Lekshmi, Sobhita Dhulipala, Prabhu, R. Sarathkumar, Vikram Prabhu,Jayaram,Prakash Raj dan R. Parthiban.

Kisah tentang yang berlaku pada Abad ke-10, Dinasti Chola memerintah seluruh India Selatan, di bawah pemerintahan Sundara Chozhar. Pada waktu keadaan memang sangat harmoni  dan makmur. Anak-anaknya, Putera Aditha Karikalan dan Arulmozhi Varman ternyata berjaya dalam penaklukan dan melebarkan empayar Chola di Kanchi dan Sri Lanka. 


Sekumpulan askar Pandya yang setia (Aabathudavigal raja Pandiyan) merancang untuk membalas dendam demi Raja mereka, Veerapandiyan, yang dibunuh dalam pertempuran oleh Putera mahkota Chola, Aditha Karikalan. 

Satu pakatan di tengah malam, sekumpulan pembesar kerajaan kerajaan Chola berkumpul secara diam-diam, dengan agenda untuk merampas takhta daripada Aditha Karikalan dan meletakkan bapa saudaranya, Madurantakan, sebagai raja. 

Vandiyathevan, orang kepercayaan  Aditha Karikalan telah berangkat menyeberangi tanah Chola untuk menyampaikan perutusan daripada Putera Mahkota Adithya Karikalan. Kakaknya Kundavai cuba membawa kembali Arulmozhivarman untuk mewujudkan keamanan politik di negara yang kelihatan dilanda kekacauan.



Bila tonton filem ini, awalnya banyak babak yang saya juga keliru dengan wataknya. Adakah beliau seorang yang baik atau jahat. Dan watak yang dimainkan oleh Aishwarya Rai iaitu Nandini, seorang ratu Pazhuvoor dan isteri kepada Periya Pazhuvettaraiyar. Wanita licik yang banyak mengawal suaminya menggunakan kecantikannya.

Sepanjang cerita memang ada banyak lagu-lagu dan tarian hindi klasik. Dari segi busana, kawasan dalam dan luar istana memang jelas kaya dengan elemen pemerintahan India lama.

Kisah dendam, tamak, perhubungan persaudaraan serta persahabatan adalah intipati yang sangat kuat dalam naskhah imi. Sinematografi sangat cantik dan paling best semua pelakon dapat memberikan persembahan terbaik.


Saya memang sangat teruja dengan jalan cerita PS-1 dan memang tak sabar nak tonton kesinambungan bahagian 2 yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2023 ❤️

Review Filem : Ponniyin Selvan: I (PS -1) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 06, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.