The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2022

Selepas dua tahun acara penganugerahan The 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100 MIYE) diadakan secara maya berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini ia diadakan semula secara fizikal di Subang Skypark, Private Air Hanger, di sini, hari ini.


100MIYE adalah majlis penganugerahan yang memberi pengiktirafan kepada 100 usahawan muda paling berpengaruh.

Pengerusi Penganjur 100MIYE, Datuk KK Chua, berkata, majlis anugerah ini diadakan bertujuan untuk menonjolkan dan mengiktiraf usahawan muda yang terbaik, cemerlang, bersemangat dan inovatif dalam perniagaan yang mereka ceburi.

 

“Untuk menjadi usahawan yang berjaya sehingga boleh diangkat sebagai ikon bukanlah mudah"
 
“Mereka pasti akan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran baru dan persaingan. Hanya mereka yang mempunyai sikap yang betul, keazaman dan kesungguhan dalam perniagaan yang diusahakan akan beroleh kejayaan.


“Usahawan perlu ada iltizam yang tinggi , bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam perniagaan masing-masing,” katanya.

Datuk KK Chua berkata, 100MIYE adalah acara tahunan anjuran majalah Entrepreneur Insight dan ini adalah penganjuran kali ketujuh.

Bagaimanapun jelas beliau, untuk tahun 2020 dan 2021, penganjuran 100MIYE dilakukan secara maya berikutan PKP.

Ujar beliau lagi, 100MIYE bukan sekadar pemberian anugerah tetapi membina komuniti usahawan bagi berkongsi pandangan dan pendapat dalam bidang perniagaan.

 

“Mengeratkan lagi komuniti rakan niaga ini, pemenang juga layak menyertai percutian tiga hari dua malam (Private Business Networking Retreat for 3D2N) untuk membina rangkaian perniagaan, berkongsi maklumat dan seterusnya boleh membentuk kerjasama dalam perniagaan."

“Matlamat utama 100MIYE adalah memberi pengiktirafan kepada usahawan yang betul-betul berjaya di samping memperkukuhkan dan mengeratkan hubungan sesama usahawan,” katanya.


Terdahulu, anugerah ini pernah dimenangi penggiat seni dan selebriti terkenal tanah air antaranya, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Nicole David, Datuk Lee Chong Wei, Shila Amzah dan Fattah Amin.

KRITERIA KELAYAKAN PENCALONAN 100MIYE
  • Calon mestilah berusia 45 tahun dan ke bawah, terbuka kepada lelaki dan wanita.
  • Beliau mestilah berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Urusan.
  • Berada di dalam pengurusan syarikat minimum dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.
  • Syarikat mestilah mengusahakan perniagaan yang sah dan perolehan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas.

DANA USAHAWAN MUDA
Dana ini adalah inisiatif kepada bakat muda dalam bidang perniagaan menerusi pembabitan ahli perniagaan terkemuka yang akan berkongsi pengalaman dan selaku pembimbing.
 

KEISTIMEWAAN PENERIMA ANUGERAH
  • 100MIYE 2022 Digital Award Presentation
  • Award night at private jet hangar
  • 2 pages feature in best selling hardcover The MIYE award coffee table book
  • Receive the Prestigious Designer Trophy
  • Receive the Certificate of Merit
  • Exclusive 100MIYE winner personal branding video
  • Announcement and feature on social media platforms
  • Exclusive Entrepreneurs Focus writeup on Entrepreneur Insight website
  • GDN/Google Adwords 2 weeks keyword search for winner’ name
  • Private Business Networking Retreat for 3D2N 
  • Business Networking Sessions
  • Jom Beli Live
  • Recognize as Green Malaysia approve business inclusive logo usage and certificate.

Entrepreneur Insight (EI)

EI adalah majalah keusahawan terbitan Armani Media Group Berhad. Majalah ini bermotokan “Entrepreneurs Growing Entrepreneurs.

The 100 Most Influential Young Entrepreneurs 2022 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 31, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.