Magis Jiwa Perkasa Bihzhu, Asing Di Malaysia Tapi Telah ‘Mendunia’

Magis Jiwa Perkasa Bihzhu, Asing Di Malaysia Tapi Telah ‘Mendunia’- Biarpun asing dari pendengaran bukan bermakna tidak pernah wujud dalam belantika muzik tempatan. Bihzhu, sebutannya berbunyi Bee choo, wanita yang telah menawan peminatnya dari negara luar seperti di negara India dan Korea Selatan.

Biarpun asing di pendengaran kelompok komersial, sedikitpun tidak membuat empunya nama Bihzhu melepaskan peluang membuat persembahan di luar negara. Apatah lontaran suaranya  yang cukup bertenaga menyerlah bakat besarnya.

Beliau bukanlah baru dalam dunia muzik. Ironi, Bihzhu sudah 17 tahun membawa muziknya berkelana dari satu telinga ke telinga lainnya di seluruh pelusuk dunia. Terkini Bihzhu telah melahirkan karya terbarunya iaitu Jiwa Perkasa.

Saya berkesempatan menghadiri majlis memperkenalkan Bihzhu

Menurut Bihzhu , Jiwa Perkasa adalah karya yang dilahirkan setahun sebelum banjir melanda negara. Lantas bencana tersebut menjadikan dia teringat tentang semangat yang wujud dalam Jiwa Perkasa mengenai perpaduan, keharmonian dan pertalian erat sesama rakyat Malaysia.
Sewaktu bencana banjir tahun lalu saya menjadi sukarelawandan bergabung serta bertemu dengan banyak orang tidakmengira bangsa juga usia. Ini menunjukkan betapaharmoninya ikatan sesama kita, rakyat Malaysia biarpun tidaksaling mengenali satu sama lain.
Saya ingat lagi, seseorang mengenali saya sewaktu saya membantu membungkus barang di PJ Gudwara dan meminta saya menyanyi.

Saya menyanyikan sedikit lagu I Am Enough dan tiba-tiba semua ikut berdendang sama. Ia seperti magis dan membuatsaya sedar muzik juga memainkan peranan dalam mental, emosi dan komuniti kita dan lahirlah Jiwa Perkasa


Penghasilan Jiwa Perkasa yang mengangkat sifat harmoni dan semangat adiwira rakyat Malaysia ini juga disemat dengan mimpi besar yang sama seperti mana banyak karyanya telah menerawang didendangkan jauh sehingga ke Indonesia, Korea Selatan, Australia, India dan China menerusi pelbagai festival muzik yang disertai.
Video Klip Jiwa Perkasa

Ternyata Jiwa Perkasa bukan satu satunya karya yang mempunyai nilai sentimental tersendiri, Bihzhu juga terkenal dengan single Bright Veins yang dihasilkan pada tahun 2015 yang punya keunikan instrumen gamelan di dalamnya.

Malah Bihzhu juga mempunyai segudang hit lainnya seperti Chendering, Alive yang dihasilkan pada 2021 kerana pandemik COVID 19, Aramaiti dan Tainted Temples.


Menerusi karya karya yang dihasilkan juga, Bihzhu menerima pelbagai pengiktirafan termasuk dalam Anugerah Lagu Indie (Malaysia) untuk kategori akhir menerusi I Am Enough pada 2020 selain sering menjadi pilihan penganjur untuk menjalankan kempen-kempen mereka. I Am Enough juga memenangi ‘song of the week’ pada peringkat separuh akhir pertama. Lagu Alive turut berjaya memasuki peringkat akhir ALI 2021.

Chendering yang dihasilkan sekitar 2021/2022 pula menerimanominasi dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Susunan Muzik Terbaik, selain sering menjad ipilihan penganjur untuk menjalankan kempen kempen mereka.

Moga Bihzhu terus sukses. Percayalah Bihzhu penyanyi wanita yang bukan sekadar menyanyi tetapi sedang bercerita realiti dunia melalui karyanya.

Pautan sosial Media Bihzhu:

Magis Jiwa Perkasa Bihzhu, Asing Di Malaysia Tapi Telah ‘Mendunia’ Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 27, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.