KAJIMA, Single Meer Nash Terbaru Ditujukan Khas Buat Kekasih

KAJIMA, Single Meer Nash Terbaru Ditujukan Khas Buat Kekasih- Mendapat jolokan sebagai Oppa Malay dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYV) 2022, Meer Nash kini semakin dikenali dikalangan peminat muzik Malaysia. Baru berusia 27 tahun Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul kini kembali dengan single terbarunya yang berjudul KAJIMA.



Single KAJIMA ini turut mendapat sentuhan daripada Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan ASHRAF NASIR.


Menurut penulis lagu Saranghae ini, lagu KAJIMA ini ditujukan khas buat kekasihnya yang menyebabkan belia sukar untuk 'move on' dan mengambil masa 2 tahun untuk melupakan bekas kekasihnya itu.

Lagu yang mendapat suntikan elemen filem seram KNN, rap dan puisi kanak-kanak dan digabungkan dengan lenggok gaya tarian Korea bagai melepaskan kemarahan. Biarpun begitu lagu ini sebenarnya ada pengajaran tersendiri untuk kita tidak terus mengikut perasaan. Bahkan belajar bangkit untuk menjalani hidup yang lebih baik.


Oh ya! Lagu Kajima ini menampilkan MFMF selaku penerbit dan diterbitkan secara rasmi oleh Universal Music Malaysia. Boleh tonton di pautan atas.

Single KAJIMA ini boleh didengari dari semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Koox, KBox, Deezer dan Youtube Music dan ianya sudah dilancarkan sejak 9 September 2022 yang lepas.


Korang kena dengar lagu KAJIMA nyanyian Meer Nash. Rentak dan melodi agak unik dan catchy. Siapa sangka ianya mempunyai maksud tersirat yang begitu mendalam.

KAJIMA, Single Meer Nash Terbaru Ditujukan Khas Buat Kekasih Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 30, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.