KEJAYAN KEMPEN “HARGA LAGI RENDAH LAGI LAMA” DI GIANT DITERUSKAN

Giant Malaysia, peruncit makanan terkemuka di bawah Kumpulan Runcit DFI (DFI) hari ini mengumumkan ulang tahun pertama kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama”. Sempena ulangtahun kempen ini, Giant memperkenalkan beberapa barangan penting yang selalu dibeli oleh pelanggan Giant, sebagai barangan tambahan di bawah kempen ini. Giant berjanji untuk memastikan harga barangan tersebut kekal rendah sepanjang tahun 2023! Terdapat lebih 100 barangan baru yang ditambah. 

Antaranya:
  • Pek Jumbo MOLFIX Extra Dry Pants pada harga RM27.50
  • Beras Wangi Thailand CAP UDANG AAA 10kg pada harga RM37.95
  •  Tisu Muka Mewah 3 lapis VINDA 4x120s Pek Lembut pada harga RM10.50
  •  Isian Semula Cecair Pencuci Pakaian BREEZE 3.2kg pada harga RM18.50
  •  Isian Semula Gel Mandian DETTOL 850ml pada harga RM11.90
  • sian Semula Pelembut Pakaian SOFTLAN 1.5-1.6L beli 2 pek pada harga RM11
Ini mengukuhkan lagi komitmen Giant dalam mambantu pelanggannya menghadapi pemulihan ekonomi yang mencabar dengan mengekalkan harga yang rendah walaupun kadar inflasi meningkat.

Seiring dengan sambutan ulang tahun pertama kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama”, Giant juga memberi lebih penjimatan harga bagi warga emas bermula pada hari Rabu, 26 Oktober 2022 sehingga hujung tahun ini. Kempen ini memberi semua warga emas termasuk yang berstatus Penduduk Tetap tambahan diskaun sebanyak 3% bagi hampir keseluruhan barangan pada setiap hari Rabu.

Sejak permulaan kempen “Harga Lagi Rendah Lagi Lama”, Giant Malaysia menawarkan harga yang lebih rendah untuk barangan keperluan harian. Dengan tambahan diskaun untuk warga emas, pelanggan Giant sudah pasti akan mendapat lebih banyak penjimatan apabila berbelanja di Giant Hypermarket dan di kedai TMC seluruh negara.

Warga emas akan menikmati diskaun tambahan sebanyak 3% tanpa sebarang perbelanjaan minima dan diskaun ini juga terpakai untuk produk dalam promosi. Pengecualian hanyalah untuk pembelian rokok, susu tepung bayi, E-Pay, baucar hadiah/kad hadiah, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar serta tambah nilai ‘Touch ‘n Go’.

Kesemua warga emas rakyat Malaysia, termasuk yang mempunyai status Penduduk Tetap berumur 60 tahun ke atas, akan dapat menikmati manfaat diskaun ini dengan hanya mengemukakan MyKad sebagai pengesahan semasa pembayaran


Antara produk kegemaran warga emas termasuklah produk di bawah jenama Meadows seperti biskut dan kopi yang menawarkan rasa yang hebat pada nilai yang berpatutan. Kami di Giant sangat gembira membantu pelanggan kami mendapat lebih penjimatan dengan harga yang lebih rendah setiap hari serta diskaun tambahan 3% setiap hari Rabu untuk warga emas. Mereka boleh terus menikmati penjimatan untuk pembelian barangan harian kerana penjimatan yang kecil itulah yang membuat perbezaan yang besar
kata Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan).


Menurut pelanggan tetap Giant yang berusia 83 tahun, Tn. Hj. Mohamed bin Ahmad, beliau amat menghargai usaha Giant Hypermarket kerana memberi harga yang lebih rendah untuk membeli barangan keperluan harian bagi warga emas seperti beliau. “Dengan penjimatan tambahan ini, saya boleh membeli lebih banyak barangan. Terima kasih Giant”.

Seorang lagi pelanggan tetap Giant yang berusia 61 tahun, En. Muhalim bin Kamarudin berkata dia boleh menjimatkan lebih banyak wang dengan berbelanja pada setiap hari Rabu, walaupun dalam keadaan ekonomi semasa dan harga barangan yang semakin meningkat. “Anak perempuan saya akan membawa saya membeli barangan keperluan di Giant Hypermarket pada hari Rabu ini. Saya sangat gembira kerana bukan sahaja saya dapat meluangkan masa dengan anak, malah saya juga dapat berbelanja dengan jimat”.

Giant Malaysia kekal komited untuk menyediakan persekitaran membeli- belah yang selamat dan selesa untuk semua pelanggan mereka, terutamanya bagi pelanggan yang berkeperluan khas. Giant juga sedang berusaha untuk mewujudkan lorong pembayaran keutamaan khas, secara kekal di semua Giant Hypermarket bagi memendekkan masa menunggu, terutamanya bagi kumpulan istimewa ini.



KEJAYAN KEMPEN “HARGA LAGI RENDAH LAGI LAMA” DI GIANT DITERUSKAN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 27, 2022 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.