ALYPH Muncul Dengan Single Terbaru SWIPE, Nyanyian Bersama DSV

ALYPH Muncul Dengan Single Terbaru SWIPE, Nyanyian Bersama DSV- Peminat ALYPH pastinya teruja. Terkini penyanyi rap terkenal dari Singapura ini telah mengeluarkan single terbarunya 'SWIPE". Melodi yang cukup mudah diingati dengan lirik yang cukup 'catchy' menjadikan lagu 'SWIPE' ini begitu dekat dengan hati pendengar. SWIPE' merupakan lagu yang menyentuh aspek harga diri dan keyakinan pada era percintaan pada masa kini menerusi aplikasi dating.


Apatah lagi untuk lagu "SWIPE" kali ini, Dato' Seri Vida (DSV) turut menyumbang suaranya menyanyikan lagu berentak hip-hop. Ternyata penampilan DSV dalam lagu "SWIPE" ini benar-benar menjadi dan punyai auranya tersendiri.


ALYPH sendiri ketika ditanya tentang bagaimana pemilihan DSV untuk lagunya yang terbarunya itu. Menurutnya beliau memang mencari seseorang yang tidak malu dan boleh menjadi diri sendiri. Punyai luka silam dan kejayaan yang ada di depan mata. Dan DSV memenuhi ciri itu.

 

Lirik SWIPE
Aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe
Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe

Tak nak jaga hati
Lebih baik aku jujur
Dah banyak situasi yang ku mengalami
Biar takde yang ku kesali
Dulu diorang beritahu kena buat macam ni
Kalau tak, confirm takle pergi
Bila aku tak dengar
Mereka kata ego tinggi
Tak pandai bawak diri
Korang boleh pergi m-
Baby, aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe

Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe

'Ngada-ngada
Bagi secubit nak segenggam'
Diam
Skarang aku nak segalanya
Amacam?
Cabaran
Buat kebaikan masa depan, kau kena letak jawatan
Amacam?

Aku nak susah kan hidup kau? Tak
Kau da terbiasa orang dengar cakap
Kau da leka, itu sebab kau stuck
Bagi otak, aku lap, aku wipe
Bagi lega, lega
Lega lega lega lega lega
Kau dibebas dera
Kau dapat nikmati warna Senja (Ooouuu)
Itu aku Like
Pada hujung hari
Aku susun sepuluh jari

Moga yang tak bersetuju akan buka hati
Psyche!
Korang boleh m-
Aku ada type
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe
Aku ada type
Tak kisah, hype ke tak hype
Kalau aku like, aku like
Kalau tak
Aku swipe
Swipe


ALYPH dulunya cukup popular dengan lagu Mimpi nyanyian bersama K-Clique yang pernah meledak antara lagu terbaik arena hip hop Malaysia dengan tontonan 45 juta di youtube. ALYPH juga pada awalnya muncul sebagai anggota kumpulan SleeQ, sehinggalah beliau bertatih sebagai penyanyi rap so. Bahkan ALYPH telah diberikan kepercayaan untuk menghasilkan lagu-lagu untuk penyanyi ikonik Malaysia dan Singapura antaranya Joe Flizzow, K-Clique, Kaka Azraf, Zizan Razak, De Fam dan Adira.



Moga lagu 'SWIPE' terus trending dan syabas atas kerjasama antara ALYPH dan DSV. Jom dengar lagu SWIPE kat sini :-)


ALYPH Muncul Dengan Single Terbaru SWIPE, Nyanyian Bersama DSV Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 29, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.