Absolut Music Festival 2022 Di Bandar Malaysia Sungai Besi Kuala Lumpur

Absolut Music Festival 2022 Di Bandar Malaysia Sungai Besi Kuala Lumpur - Absolut Music Festival kembali lagi. Dan kali ini lebh meriah kerana kehadiran begitu ramai artis dan pengamal sosial media.


Festival anjuran syarikat Absolut Events & Management Sdn Bhd ini telah mendapat kerjasama bersama jenama ELFBAR. Absolut Food Festival 2022  pada awal bulan November akan datang ini.

Apa yang menarik ianya merupakan konsert gaya hidup yang berkonsepkan sebuah konsert secara terbuka dan pada masa turut diadakan festival makanan Absolut Food Festival di bawah satu acara,


Festival akan berlangsung di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur yang cukup terkenal dengan keunikkannya yang tersendiri. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang festival selama 3 hari bermula Jumaat 4hb November sehingga Ahad 6hb November 2022.

Konsert Bersama Artis Popular Tempatan
Konsert ini bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal tanah air dan beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama.

Akim antara artis yang akan hadir membuat persembahan

Ben Ali dalam kenyataannya bersama media;

Ben Ali
Akim antara barisan 18 artis yang akan menjayakan persembahan sempena konsert percuma awal bulan depan di Bandar Malaysia, Sungai Besi.Selain Akim, kumpulan rock legenda Search, vokalis Alleycats, Datuk David Arumugam, Faizal Tahir, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Dolla serta ramai lagi akan melakukan persembahan sepanjang tiga hari penganjuran acara tersebut.
Bertemakan festival dengan konsep terbuka, acara yang mendapat tajaan dari syarikat vape, Elfbar diadakan bertujuan menyemarakkan lagi industri acara yang tampak suram sejak dua tahun kebelakangan ini.
Acara kali ini juga akan memberi peluang rezeki kepada 110 peniaga kecil dan sederhana terdiri daripada industri makanan, minuman, pakaian dan kosmetik untuk menjual barangan mereka.

Barisan penyanyi utama yang bakal membuat persembahan antaranya seperti kumpulan SEARCH ,Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface, Elizabeth Tan, DOLLA , Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo , Kidd Santhe , Projector Band , ForceParkBois dan Insomniacks. Dan juga bakal memperkenalkan dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.

Festival Yang Menawarkan Pelbagai Jenis Makanan Menarik
Bertemakan festival terbuka ataupun “outdoor concept” , festival ini diadakan bagi tujuan menyemarakkan lagi industri acara di Malaysia yang kelihatan suram sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Kelainan yang bakal bawakan adalah dengan menyatukan kepelbagaian di dalam satu acara. Dengan tidak hanya menumpukan pada festival musik sahaja, acara kali ini juga bakal membawakan sebanyak lebih 110 peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada para peniaga makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan sebagainya.

Penggiat Seni Bersatu Dalam Satu Acara
Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.

Paling menarik festival ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia.

Jom ke festival jangan lupa bawa satu keluarga, kita dapat jumpa artis, sambil menikmati pelbagai makanan dan minuman dari vendor yang terlibat.

Jumpa nanti di Absolut Music Festival by ELFBAR !

Absolut Music Festival 2022 Di Bandar Malaysia Sungai Besi Kuala Lumpur Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 26, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.