Gila Gadgets Menyediakan Servis Membaiki Telefon dan Menawarkan Pelbagai Aksesori Telekomunikasi dan IT



Gila Gadgets Menyediakan Servis Membaiki Telefon dan Menawarkan Pelbagai Aksesori Telekomunikasi dan IT- Memang gilalah! Banyak betul aksesori telefon dan juga komputer yang ada ditawarkan di ke Kedai Gila Gadgets. 

Dipendekkan cerita, baru-baru ini saya menemani Afiq untuk mencari earphone baru. Kebetulan earphone yang lama sudah rosak. Atas rekomen kawan-kawan, kami ke Kedai Gila Gadgets yang terletak Seksyen 13 Shah Alam. Nak cari kedai Gila Gadgets ini senang jer, ianya berdekatan dengan bangunan MSU.

  

Kedai Gila Gadgets ini rupanya memang menjadi tumpuan pada mereka yang mengalami masalah telefon ataupun komputer. Mereka mempunyai kepakaran dalam membaiki dan cukup terkenal dengan kualiti servis yang diberikan.

Tempoh masa membaiki bergantung kepada keadaan servis dan kerosakan. Ada yang mengambil masa dalam 30 minit dan ada juga lebih dari tempoh itu. Caj yang dikatakan memang sangat berpatutan, ianya bergantung kepada jenis kerosakan. Ada waranti lagi!


Memang rambang mata apabila nak buat pilihan barangan di sini. Bayangkan begitu banyak pilihan yang ditawarkan dan semuanya menarik perhatian. Dari pebagai jenama dengan perbezaan fungsi yang ditawarkan bergantung kepada keperluan pelanggan.


Antara bahagian yang paling lama saya memilih di kedai Gila Gadgets tentulah di bahagian casing telefon. Serius! Dari rekaan epik sehinggalah yang terkini memang menambat hati. Apatah lagi harga yang ditawarkan cukup menjimatkan poket.


Pelbagai jenama ada ya! Kita hanya pilih yang mana bersesuaian dan rekaan yang kita paling gemari.


Dan saya memilih yang ini! Cantikkan. 


Selain itu terdapat juga aksesori komputer yang ditawarkan dengan pelbagai pilihan jenama. Harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan. 



Terdapat juga aksesori IT untuk gamers atau pengguna biasa, semuanya ada. Kiranya kita tidak perlu pergi ke banyak kedai IT hanya semata untuk mencari aksesori komputer mahupun gadget.


Barangan yang ditawarkan di kedai Gila Gadgets semuanya ori dan berkualiti. Ini bagi memastikan setiap pelanggan yang datang puas hati dengan barangan yang mereka pilih. 



Saya paling suka kedai yang kemas dan teratur. Mudah untuk membuat carian barangan yang dikehendaki. Luas pula tu, mudah pergerakan ke sana ke mari.


Memang sangat rekomen kedai GILA GADGETS!



Rugi kalau pulang dengan tangan kosong. Sekali-sekala ke mari kenalah memborong. Harga berpatutan memang untung. GILA GADGETS banyak pilihan aksesori IT dan komputer dibawah satu bumbung :-)

GILA GADGETS
22A, Jalan Boling Padang F 13/F, 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
10 pagi - 10 malam

BTW, kedai Gila Gadgets ini banyak cawangan tau. Boleh layari laman web www.gilagadgets.com.my untuk mengetahui lokasi kedai yang berdekatan dengan korang.
Gila Gadgets Menyediakan Servis Membaiki Telefon dan Menawarkan Pelbagai Aksesori Telekomunikasi dan IT Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 10, 2022 Rating: 5

10 comments:

  1. Memang kalau masuk kedai gadget macam ni boleh rambang mata sis..
    Banyak sungguh barangnya..

    ReplyDelete
  2. Sis kalau masuk kedai gadjet gini, tak lain habis ku borongnya casing dan usb aksesori, kat rumah dah macam stokis hahaha.. best gak Gila gadjet ni, boleh singgah nanti..

    ReplyDelete
  3. menarik ni, nanti boleh pi, tengok banyak pilihan casing tu, terus rasa nak tukar casing phone je hahahaha

    ReplyDelete
  4. Ohh not easy to find reliable gadget repair centre, got to checking this out whenever I need then. Thanks so much for sharing about this . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. ala jauh pulak dari rumah.. tapi memang banyak ya pilihan casing. bolehlah nnti kalau ada urusan dkt shah alam, singgah kedai ni :)

    ReplyDelete
  6. Duduk area Shah Alam best sebab ada kedai gadget macam ni. Nasib baik juga ada kat cawangan lain.

    ReplyDelete
  7. the name Gila Gadgets so catchy haha. good la for Shah Alam ppl, hope they open at Kepong soon

    ReplyDelete
  8. Ramai cakap servis repair kat sini harga murah dan pantas.. nampak banyak pilihan gadget lain di situ.. next bila hp buat ;hal' dah tahu kat mana nak tuju..

    ReplyDelete
  9. Menarik juga ye kedai ni, selain repair banyak juga items lain yang boleh we beli from here! Nell nak hntr my phone g repair la nanti!

    ReplyDelete
  10. Wah best lah! thanks for the info kebetulan tengah cari kedai gadget macam ni

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.