Susu Nouqman Pilihan Saya Untuk Si Manja


Di kala musim pandemik ini menjadikan saya lebih teliti dalam pemilihan susu terbaik untuk anak-anak saya. Ini kerana susu merupakan minuman penting bagi memastikan anak saya mendapat diet yang seimbang setiap hari. Dan saya telah memilih susu kambing berformula Nouqman.


Sejarah Bermulanya Pengenalan Susu Nouqman

Susu Nouqman dihasilkan daripada pengalaman Puan Anis disebabkan kekecewaan dalam usaha memperbaiki masalah sembelit anaknya. Setelah mencuba pelbagai jenis jenama dan formula untuk meringankan penderitaan anak mereka, dia mendapati bahawa susu kambing adalah satu-satunya susu yang tidak menyebabkan sembelit pada anaknya.

Setelah mengetahui kelebihan susu kambing berbanding susu lembu terutama dari segi kesihatan pencernaan, kekecewaan berikutnya adalah harga susu formula kambing yang tinggi di pasaran. Dengan terlalu sedikit jenama tempatan yang boleh dipercayai, dia terpaksa menggunakan formula susu kambing yang diimport mahal. Mengetahui terlebih dahulu, kegusaran dan ketidakberdayaan kerana terpaksa mengatasi masalah anaknya akibat sembelit, 

Puan Anis berjanji akan membuat formula susu kambing yang dipercayai buatan tempatan dengan harga yang berpatutan. Beliau berunding dengan pakar pemakanan tambahan yang berkelayakan untuk mendapatkan formula susu kambing yang dirumus khas untuk mengurangkan masalah sembelit pada bayi dan anak kecil.


Susu Nouqman Yang Enak


Susu yang kaya dengan khasiat prebiotik dan juga probiotik ini bagus untuk sistem penghadaman anak, Apatah lagi kita sedia maklum susu kambing memang banyak manfaatnya. Terutama untuk sistem antibodi anak menjadi semakin kuat dan segala nutrisi mudah diserap dalam badan.

Susu Nouqman ini dikelaskan kepada :
Langkah 2 - untuk anak yang berusia 6 bulan ke atas
Langkah 3 - untuk anak berusia 1 tahun ke atas.


Susu Nourman didatangkan dengan perisa iaitu Susu Nouqman Asli untuk Langkah 2 dan  Susu Nouqman Vanilla serta Susu Nouqman Coklat untuk Langkah 3.

Apa yang menarik susu ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak bahkan orang dewasa juga. Ianya mengandungi susu kambing dan juga protein susu. Lengkap dengan Vitamin dan Mineral, Taurina, Omega 3 (DHA, EPA) serta Inuli. Yang menariknya didalam susu ini dilengkapkan juga dengan 8 khasiat bonus tambahan (superfood) iaitu kurma, madu, kismis, buah tin, delima, daun zaitun dan juga gotu kola.

Nak sediakan sangat mudah. Hanya tambahkan susu didalam air suam. Kacau rata. Dan susu ini memang cepat larut.

Rasanya memang sedap. Bayangkan anak saya Yara memang tidak pernah menolak setiap kali diberikan susu ini (Yara memang sangat cerewet dalam memilih makanan-picky eater). Di samping itu saya dapati Yara menjadi lebih berselera menikmati makanan jika berbanding dengan gaya hidupnya sebelum ini.

Secara konsisten minum setiap hari, 3 kali iaitu di waktu pagi (sarapan), tengahari (nap time) dan juga malam (sebelum tidur). Saya dapati Yara jarang menghidapi penyakit yang biasanya dihadapi oleh kanak-kanak iaitu batuk dan selsema. Pembuangan najis juga lawas, biarpun beliau menikmati air berperisa coklat (yang kerap dikaitkan dengan sembelit).

Yerp korang! Kalau anak ada mempunyai asma, kerap batuk dan demam memang disyorkan mengambil susu ini.


Susu Kambing Nouqman,
Sentiasa menjadi pilihan,
Menguatkan imunisasi badan,
Meningkatkan daya ingatan,
Melancarkan proses penghadaman,
Anak bijak, aktif, sihat tumbesaran.

Review saya tentang susu Nouqman

Harga sekotak Susu Nouqman adalah RM42 yang megandungi 500 gram.
Kalau korang berminat hendak menjadi agen atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi :-

Hotline : 0193605242
Website : www.nouqman.com
Facebook : Nouqman
Instagram : Nouqman_keyakinan_ibu

 


Susu Nouqman Pilihan Saya Untuk Si Manja Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 15, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Susu ni sesuai la kalau ada yang alah dengan susu lembu. Lagi pun lagi banyak khasiat dari susu lembu.

    ReplyDelete
  2. Best susu kambing camni. Dulu sekekuarga bleh minum. Sekarang dah ada langkah 1, 2 , 3 eh kak. Mesti formulasi lebih baik untuk perkembangan anak-anak.

    ReplyDelete
  3. ni BMF ke akak? first time dengar ni. kalau betul alhamdulillah baguslah kite pun support yehaaaa! budak pun suka

    ReplyDelete
  4. kalai pertama Sha dengar jenama susu ni.. bagus..buka pilihan untuk ibu bapa kt luar sana

    ReplyDelete
  5. Sesuai untuk dewasa gak ek? Nice. Especially time puasa nie rasanya elok bila consume susu nie time sahur kan.

    ReplyDelete
  6. Nama susu macam susu untuk budak lelaki hehehe tak apa lepas ni yahara membesar dengan sihat dan kuat lah yer jadi anak bijak dan solehah...

    ReplyDelete
  7. Menarik juga brand ni.. macam first time dengar and local brand ni.. lagi la kena support! menariknya ni susu kambing ye! Nice!

    ReplyDelete
  8. First time iena dengar tentang jenama Susu Nouqman ni. Susu kambing memang bagus untuk pencernaan kan :)

    ReplyDelete
  9. Senang kalau ada susu yang boleh minum seisi keluarga gini.. lagi satu bagus laa anak Ayu minum susu kambing, kalau anak sedara, kalau tau itu susu kambing dia taknak.. hahahaa

    ReplyDelete
  10. wahh baguslah susu nie Kak Ayu. Nanti sy syorkan pada kawan2 yg punya anak asma, kerap batuk dan demam. boleh ikhtiar dgn minum susu nie

    ReplyDelete
  11. 1st time nampak brand ni.. boleh recommend susu ni kepada kawan-kawan saya.. kat sabah tak ada agen lagi nampaknya.. nak cuba kena beli online juga ni..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.