Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Noir Pesona Raya 2021

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri ke Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Noir Pesona Raya 2021 bertempat di Flora Terrace at Hampshire Place Kuala Lumpur. Majlis yang dihadiri pengasas jenama Noir iaitu Puan Eriyca Baiduri yang lebih dikenali sebagai Madammu turut disertai oleh rakan niaga dan usahawan-usahawan Noir. Semua hadirin yang hadir begitu bergaya dengan berbaju kurung mahupun baju melayu mengikut warna tema yang diberikan iaitu pastel.


Majlis dimulakan dengan ucapan daripada Madammu yang mengalukan kedatangan semua tetamu yang dijemput seperti para MUA, pihak media, stokis dan usahawan Noir. Dalam ucapannya Madammu juga berharap agar semua usahawan Noir akan terus konsisten, rebut peluang dalam perniagaan terutama di musim perayaan. Motivasi yang hebat diberikan oleh pengasas Noir ini sendiri sebenarnya dapat membangkitkan semangat semua stokis dan usahawan Noir untuk membawa jenama ini lebih jauh dan dikenali bukan sahaja di Malaysia bahkan ke peringkat antatarabangsa.

Acara utama merupakan pelancaran Noir Pesona Raya yang membawakan produk-produk terpilih dan terbaik Noir yang ditawarkan pada harga set yang sangat berpatutan. Kempen ini juga adalah bersempena dengan kedatangan Hari Raya tidak lama lagi.


Saya juga berkesempatan melihat sendiri demonstrasi tatarias wajah oleh MUA Ati Harun menggunakan Set Noir Raya. Sememangnya produk-produk kecantikan yang ditawarkan di bawah jenama Noir kualitinya setanding jenama antarabangsa. Dan boleh digunakan oleh semua wanita biarpun mereka bukanlah amatur dalam dunia tatarias. Ini kerana produk yang diperkenalkan merupakan produk asas (basic) yang boleh menaikkan seri wajah seseorang tanpa memerlukan skil yang hebat. Sangat mudah dan paling penting menjimatkan terutama apabila kita kerap menggunakannya.

Noir Pesona Raya 2021

Antara set produk yang ditawarkan bersempena dengan pelancaran Noir Pesona Raya adalah seperti berikut:-

Pesona Raya Miniset + UV White
Didatangkan pakej bersama UV White dan juga Noir Skincare Miniset. Untuk Noir Skincare Miniset ditawarkan 2 jenis samada untuk kulit kering atau kulit berminyak. Harga yang ditawarkan RM308.

Untuk Kulit Berminyak

Untuk Kulit Kering

Pesona Raya Pure White


Minuman suplemen yang mempunyai pelbagai manfaat terutama menjadikan kulit wajah lebih berseri-seri. Harga yang ditawarkan adalah RM85 sahaja.


Set Iconic (Basic Set)

  • Total Translucent Face Powder
  • Perfect Glow Cheek Blush
  • Volumizing Lash Mascara
  • Ultra-Definition Brow Sculptor
  • Lasting Liquid Eyeliner


Harga yang ditawarkan adalah RM255. Dan diberikan secara PERCUMA beg tote esklusif Noir.


Lady Noir (Full Set)

  • Hydro-Soothing Makeup Remover
  • Total Translucent Face Powder
  • Perfect Glow Cheek Blush
  • Timeless Obsessions Eye Palette (Rouge Edition)
  • Volumizing Lash Mascara
  • Ultra-Definition Brow Sculptor
  • Lasting Liquid Eyeliner
  • Soft Eyeliner Pencil

Harga satu set adalah RM400 dan pembeli akan mendapat beg tote serta cermin muka esklusif  Noir secara PERCUMA.



Seterusnya majlis berbuka puasa. Ke semua hidangan yang disediakan memang enak belaka. Dari sajian berat sehingga pencuci mulut, sajian bervariasi memikat selera.


Sambil menikmati juadah hidangan berbuka, kami dihiburkan oleh penyanyi Siti Nordiana atau dikenali sebagai Nana. Siti Nordiana yang berkebaya merah begitu anggun sekali telah yang menyampaikan 2 buah lagu yang cukup istimewa. Dan sememangnya kami benar-benar terhibur.

Jangan lupa untuk dapatkan produk Noir Pesona Raya 2021 yang ditawarkan sehingga Hari Raya sahaja. Esklusif untuk tempoh terhad pada harga yang cukup hebat!

Untuk keterangan lanjut dan pembelian produk boleh layari:

Untuk pembelian produk boleh hubungi agen atau stokis Noir yang berdekatan dengan korang yerp!

Terima kasih team Noir atas jemputan :-)

#NoirPesonaRaya2021
Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Noir Pesona Raya 2021 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 24, 2021 Rating: 5

15 comments:

  1. Set Noir ni nampak macam best ajer. Baru tengok beberapa set kat internet ni ha....Kotak dia tu nampak menarik.

    ReplyDelete
  2. Cantik betul packaging dia, nampak chíc dan elegan. Dan ianya produk keluaran tempatan, Rawlins kagum!

    ReplyDelete
  3. tengok ramai yang share pasal noir, buatkan rasa nak beli je set makeup tu haha dah la packaging cantik

    ReplyDelete
  4. Wow......what a stunning and exciting event you attended. The Noir product look so pretty. Thank you for sharing your experience with me.

    ReplyDelete
  5. menarik pakej set yang ada.. boleh grab untuk hadiahkan kepada yang tersayang menjelang raya ni..

    ReplyDelete
  6. Produk ni memang terbaik. Bagus nya set tu lengkap sangat untuk cantik cantik di aidilfitri. Nak grab jugak lah

    ReplyDelete
  7. Pakaging dia sweet lah kak...sesuai sangat untuk dijadikan gift.

    ReplyDelete
  8. Macam berkenan sungguh pakej lengkap dia tu haaa.. tu kalau dapat siap dah semua kann.. memang time kena beli makeup ni..

    ReplyDelete
  9. Nak cuba usha la produk brand ni, kot suits mh
    Leh buat new look for Raya gitu.

    ReplyDelete
  10. Menarik produk Noir ni sebab dia pentingkan kualiti dan jika akak jadi ejen pun syok. Sebab founder Madammu selalu bagi semangat dan keluarkan produk best.

    ReplyDelete
  11. Wah meriahnya.. memang tak sabar nak beraya nampaknya tu..hehe

    ReplyDelete
  12. Ooo ada set make up jugak rupanya. Ingatkan skincare je. Macam best je set make up dia

    ReplyDelete
  13. Noir makeup set looks really good, can't wait to try it out myself. Their packaging looks really luxurious as well.

    ReplyDelete
  14. tiap kali sebut pasal noir kite suka highlight dekat org sebutan dia adalah nu-ar. kadang2 ada yang sebut no-air. btw nampak meriah la event ni siap ada nana lagi. vass!

    ReplyDelete
  15. i suka noir punya cleanser yang malachite tu.. bersih je muka... heee..nanti nak check out la produknya.. founder nya femes di fesbuk suka tengok heee

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.