YourGutt Bagus Untuk Sistem Penghadaman
YourGutt Bagus Untuk Sistem Penghadaman- Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerja, anak-anak pula terbeban dengan kerja sekolah 📚 Makan jadi tidak menentu. Mulalah gaya hidup kita yang sentiasa sibuk menjadi kucar kacir. Diet makanan yang diambil setiap hari menjadi tidak seimbang. Paling membimbangkan apabila kita mula mengalami masalah penghadaman. Sukar nak membuang air besar, tidak selesa perut dan sebagainya.
Apabila diperkenalkan dengan YourGutt yang mana merupakan sumber prebiotik dan probiotik . Saya tidak teragak-agak untuk mencuba. Apatah lagi ianya menjadi suplemen yang lengkap untuk dimasukkan ke dalam diet pemakanan harian. Produk YourGutt ini juga sesuai diambil dari usia 3 tahun dan ke atas.
Antara kebaikanYourGutt ianya dapat membantu untuk,
- Meningkatkan imuniti
- Meningkatkan kesihatan usus
- Membantu penghadaman
- Membantu menurunkan kolesterol darah dengan beta-glukan
YourGutt Mango Oat Milk Mix
YourGutt Mango Oat Milk Mix memang sedap. Kita akan dapat rasa campuran buahan tropika (manis-manis masam) yang hebat. Apa yang penting ianya bagus untuk kesihatan, selain daripada rasanya yang cukup enak. Sesuai untuk meningkatkan sistem imuniti usus.
Biasanya saya mengambil YourGutt Mango Oat Milk Mix ini selepas waktu makan malam sebelum tidur.
YourGutt Choco Malt Oat Milk
Lihat sahaja Yara yang berusia 4 tahun. Begitu menggemari perisa mangga.
Daripada anak-anak seusia ini mengambil makanan tidak sihat seperti gula-gula dan keropok berperisa. Adalah lebih baik didik mereka untuk mengambil suplemen prebiotik yang mempunyai lebih manfaat daripada makanan ringgan.
Sesuai untuk dinikmati seisi keluarga,
Mudah untuk dibawa ke mana sahaja,
Menjadi diet pemakanan lebih sempurna,
Badan sihat, penghadaman lawas hidup ceria.
YourGutt Bagus Untuk Sistem Penghadaman
Reviewed by AyuArjuna BiGoshh
on
April 07, 2021
Rating:

ada perisa coklat tu yang macam menarik je.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteI heard about this yogurt thing online. I planned to get this for my kids. I legit have no time to look after them ever since I started providing the best philosophy assignment help UK. I mean, I do take care of them. But you know. So, I feel like getting things which are good for their health can be equally beneficial. Gonna get these!
ReplyDelete