Kopetro dan Seniman Berganding Bahu Menjayakan Program CSR Cuci Masjid

Kehadiran bulan ramadhan yang mulia disambut dengan penuh rasa syukur dan gembira. Biarpun sedikit berbeza pada tahun ini namun tetap ditunggu oleh seluruh muslim di seluruh dunia. Bulan istimewa yang mana kita boleh mencari ganjaran pahala berganda-ganda.

Selain berpuasa, berterawih, sebenarnya terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengimarahkan bulan ramadhan. Antaranya seperti mencuci masjid. Walaupun, hakikatnya musim PKP tidak seperti dahulu yang membolehkan kita ke masjid setiap waktu namun rumah Allah ini tetap kita jaga dan ambil berat terutama dari segi kebersihan.


Atas kesedaran itu, Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) dengan kerjasama Pesatuan Seniman Malaysia telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

 Program dijalankan bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang telah bermula pada 13 April 2021 . Dengan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. 

Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

KOPETRO juga memberi sumbangan kepada Masjid Al-Hidayah sempena dengan Program Cuci Masjid. Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO tetap prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh yang demikian KOPETRO juga berbesar hati ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.


Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah hari ini. KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia. 

Saya berkesenpatan bertemu dengan Mak Jah pelakon kegemaran say asejak dulu lagi.

Puas Raya Promo: Beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadhan ini dengan KV Clean. Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KV Clean bermula 1 April sehingga 31 May. Nak mudah? Hubungi KVClean je di 013-399678

Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO. 



Instagram: 
KOPETRO : @kopetroberhad 
LengQuas : @lengquas.official 

Kopetro dan Seniman Berganding Bahu Menjayakan Program CSR Cuci Masjid Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 14, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.