Moto Guzzi Menawarkan Koleksi Pakaian Santai yang Selesa dan Ranggi

Moto Guzzi Menawarkan Koleksi Pakaian Santai yang Selesa dan Ranggi- Dalam pemilihan pakaian santai, memang faktor selesa menjadi keutamaan saya. Apatah lagi dalam keadaan cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun memerlukan kita mencari fabrik yang sesuai untuk dipakai setiap hari.


Antara koleksi pakaian santai yang sentiasa menjadi pilihan adalah dari jenama Moto Guzzi. Untuk pengetahuan semua, jenama Moto Guzzi datangnya dari sebuah bandar kecil bernama Mandello Del Lario di tepi Tasik Como di Itali. Mula ditubuhkan pada tahun 1921 dan Moto Guzzi adalah pengeluar motosikal Eropah tertua dalam sejarah pemotoran. 

Moto Guzzi memperkenalkan identiti jenamanya dengan gaya Itali, semangat Itali dan kejuruteraan Itali.

Apa yang menarik koleksi ini turut ditawarkan dari saiz kanak-kanak sehingga dewasa. Kita boleh pilih pelbagai jenis rekaan mengikut yang disukai. 

Dengan pilihan warna juga tidak hanya statik pada warna asas seperti hitam dan putih. Terdapat juga pakaian dari koleksi Moto Guzzi berwarna cerah seperti kuning. Ataupun warna klasik seperti kelabu dan biru tua.

Rekaan memang ranggi sesuai dengan jiwa anak muda hari ini. Simple dan smart.  Apa yang pastinya coraknya yang minimalis hanya menekankan jenama pada setiap rekaan t-shirt. Itu sudah menamplkan gaya esklusif  sesuai yang dibawakan oleh jenama jaguh pemotoran yang cukup dikenali di seluruh dunia.

Bukan hanya mempunyai koleksi t-shirt berlenggan pendek sahaja, bahkan turut ditawarkan yang berlenggan panjang. Sesuai untuk wanita muslimah yang turut sukakan koleksi Moto Guzzi ini.


Smart! Saya memang suka setiap perimcian rekaan di tshirtnya. Simbolik apabila ada lakaran motor di situ.
Love the vibes! Penjagaan t-shirt sangat mudah. Ini kerana dari segi kualiti fabrik ianya memang tahan lasak. Jadi tidak perlu risau jika anda membasuh menggunakan mesin basuh sekalipun.


MotoGuzzi Gang!๐Ÿ’ฏ
Fabrik memang terbaik,
Serap peluh walaupun panas terik,
Design pula sangat cantik,
Ditawarkan dengan warna menarik ๐Ÿค๐Ÿ–ค๐Ÿ’™๐Ÿ’›


Korang boleh dapatkan koleksi Moto Guzzi di outlet-outlet berikut:

1 ๐’๐ž๐ญ๐ข๐š ๐‚๐ข๐ญ๐ฒ ๐Œ๐š๐ฅ๐ฅ, ๐’๐ก๐š๐ก ๐€๐ฅ๐š๐ฆ - ๐”๐†-๐ŸŽ๐Ÿ‘๐Ÿ‘ & ๐ŸŽ๐Ÿ‘๐Ÿ’
2 ๐€๐„๐Ž๐ ๐’๐ก๐š๐ก ๐€๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฅ๐ฅ, ๐’๐ก๐š๐ก ๐€๐ฅ๐š๐ฆ - ๐‹๐จ๐ญ ๐†๐Ÿ“๐ŸŽ
3 ๐ˆ-๐‚๐ข๐ญ๐ฒ ๐Œ๐š๐ฅ๐ฅ, ๐’๐ก๐š๐ก ๐€๐ฅ๐š๐ฆ - ๐†-๐Ÿ๐Ÿ•
4 ๐ˆ๐Ž๐ˆ ๐‚๐ข๐ญ๐ฒ ๐Œ๐š๐ฅ๐ฅ, ๐๐ฎ๐ญ๐ซ๐š๐ฃ๐š๐ฒ๐š - ๐‹๐†-๐Ÿ๐Ÿ

Laman Web

Sosial media:


Moto Guzzi Menawarkan Koleksi Pakaian Santai yang Selesa dan Ranggi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 22, 2021 Rating: 5

12 comments:

  1. I ingat you nak promo Motor rupanya baju. Hehe. Menarik tu semua menggayakan baju MotoGuzzi. Kalau photoshoot nampak cun je.

    ReplyDelete
  2. moto guzzi ni kain dia selesa pakai. banyak rupanya design kan, cantik gak,

    ReplyDelete
  3. Nice. Semua boleh pakai sebab ada pelbagai design kan? Menarik pula kelihatan bila Ayu dan family bergambar sebegitu. Nak kena sambar satu ke camne?

    ReplyDelete
  4. macam ni memang mudah kerja si mak nak cari baju anak dari yang kecik sampailah remaja. Pandai bergaya masing-masing ya hahaha

    ReplyDelete
  5. Yerlahh memang cantik sangat , suka warna2 dia. Ada lengan panjang tu yang best. Boleh jugak belikan si bujang sehelai dua. Nampak smart sangat 1 keluarga Ayu gayakan.

    ReplyDelete
  6. Nampak smart and cantik :) pandai semua pose ya hee . nanti boleh beli 1

    ReplyDelete
  7. Nampak Ayu pakai je dah tau selesanyaa.. suka jenis tshirt gini, jenis resap peluh, lagi kalau owang jantan pakai kan, design dia pun cantik, budak remaja suka ni..

    ReplyDelete
  8. mudah la ada koleksi baju macam ni. Siap ada pilihan utk kanak-kanak dan dewasa. Nampak selesa plak tu. nak juga la cari sehelai dua

    ReplyDelete
  9. Smart jugak baju dia. Budak kecik punya pon ada rupanye. Bolehlah beli nanti untuk satu family

    ReplyDelete
  10. Cantik juga ye baju2 dari Moto Guzzi ni.. Mcm nak beli juga la satu dua... Byk kedai dia di Shah Alam ye...

    ReplyDelete
  11. Design tshirt dia simple dan nampak selesa. Sesuai untuk sesisi keluarga. Hehee. Comel sedondon semua.

    ReplyDelete
  12. I like their Moto Guzzi tshirt also, very comfortable and trendy.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.