IndoAsli Menawarkan Variasi Sajian Autentik Indonesia

Jika rindu sajian autentik Indonesia dan kita tidak berpeluang ke negara seberang sana. Jangan risau dan sebenarnya kita juga sebenarnya boleh merasainya di Malaysia. Pernah dengar dengan nama Restoran IndoAsli? 

Yup! Restoran IndoAsli adalah tempat yang mana anda boleh merasai sendiri kehebatan rasa sajian autentik dari negara-negara di Indonesia. Hanya di satu restoran sahaja, anda berpeluang merasai variasi sajian yang cukup popular di Indonesia yang unik.

Pengenalan Restoran IndoAsli di Malaysia
Kisahnya bermula 20 tahun yang lepas, di mana seorang Chef berbakat telah mengembara ke seluruh Indonesia hanya kerana mahu mencari rahsia rasa hidangan autentik Indonesia. Beliau telah berhenti di banyak tempat di Indonesia dan merasai sendiri hidangan istimewa di situ.


Sekembalinya ke Malaysia, beliau masih tetap tidak boleh melupakan kehebatan rasa masakan-masakan di negara Indonesia terutama dari segi penggunaan rempah-ratus dalam hidangan. Dek kerana ini berkongsi tentang kehebatan rasa hidangan ini, Chef telah kembali semula ke Indonesia untuk mendapatkan autentik resepi dan seterusnya menubuhkan Restoran IndoAsli di Malaysia.

Ini adalah salah satu cara beliau untuk menyebarkan rasa cinta terhadap sajian Indonesia yang autentik dan seterusnya berkongsi bersama masyarakat Malaysia yang budayanya juga hampir sama dengan negara tersebut.

Sehingga hari ini terdapat dua Restoran IndoAsli telah dtubuhkan iaitu:-

IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya : Lot No LG-35
IndoAsli Central i-City Shah Alam : Lot No LG-58

Sajian Autentik Indonesia di Restoran IndoAsli

Antara menu hidangan utama (main course) yang bolh dicuba di sini, antara lain seperti:-

Ikan Talapia Goreng Renyah Sambal Nusantara | RM39.90

Keunikkan ikan goreng talapia yang digoreng garing dan dinikmati bersama 3 pilihan sambal iaitu sambal balado, sambal ijo dan sos madura. Sambal ijo adalah sambal istimewa dari dari Pdang Sumatera Barat. Sambal ini dikatakan sebagai pelengkap hidangan nasi padang. Rasanya yang tidak terlalu pedas dan sesuai dipadukan bersama lauk masakan Minang yang kebanyakannya bersantan. Sambal ijo dihasilkan daripada cili hijau, tomato (hijau), bawang merah, bawang putih dan garam yang ditumbuk sehingga halus dan seterusnya ditumis sehingga masak dan sekaligus menghasilkan haruman sambal yang hebat.

Sambal balado atau dikenali sebagai sambal bajak. Sambal ini dikatakan berasal daripada negara Surabaya dan Jawa Timur. Sambal balado merupakan sambal nusantara yang tidak terlalu pedas. Sambal ini mirip dengan sambal terasi namun dengan rasa yang agak manis. Sambal ini sesuai bagi mereka yang tidak sukakan rasa pedas. Antara bahan yang digunakan menghasilkan sambal balado adalah cili rawit, cili merah keriting, bawang merah, bawang putih dan  tomato merah. Ditumbuk halus ke semua bahan ini. Seterus ditumis didalam kuali dan ditambahkan perasa garam, gula merah dan air asam jawa. Tidak ketinggalan kulit limau purut sebagai penambah cita rasa dan menaikkan aroma sambal.


Sos madura adalah seperti sambal kicap manis. Biasanya sos madura ini kita nikmati bersama sate madura.  Tapi kali ini kita nikmati bersama ikan goreng. Saya dah cuba dan rasanya memang sedap sangat. Ini terutama ikan tersebut yang memang garing diluar, lembut isi di bahagian dalam. Boleh cicah ketiga-tiga sos ikut suka. Sedap dinikmati bersama nasi panas.

Cumi Bakar Jimbaran | RM35.80

Hidangan istimewa ini adalah daripada Bali Indonesia. Ianya cukup popular kerana perasa jimbaran yang menerbitkan gabungan rasa manis dan pedas. Biasanya hidangan ini ditawarkan di kedai makanan berhampiran pantai di Bali. Boleh dimakan bersama nasi panas atau makan begitu sahaja. Paling istimewa didatangkan bersama sambal belado dan juga sos madura.

Gulai  Ayam Padang | RM16.90

Keistimewaan hidangan ini adalah rasa lemak bersama sedikit percikan rasa pedas. Menggunakan bumbu istimewa yang juga punyai bahan seperti potongan kecil serai, daun kunyit, daun limau purut dan pelbagai lagi. Biasanya kita akan menemui Gulai Ayam Padang di Restoran Nasi Padang ataupun kedai makanan minang.

Ayam Bakar Sate | RM19.90

Biasanya sate dicucuk pada batang lidi. Tetapi untuk Ayam Bakar Sate, ayamnya seperti perapan daging ayam sate biasa. Cuma kaedahnya ianya dibakar terus tanpa dicuck pada lidi. Dan seterusnya ditaburkan dengan kuah kacang diatasnya. Sate ayam bakar dari Indonesia dikatakan berasal dari negara Jawa.


Rendang Sapi | RM22.90

Rendang atau randang adalah masakan daging asli Indonesia yang berasal dari Minangkabau. Masakan ini dihasilkan dari proses memasak suhu rendah dalam waktu lama menggunakan pelbagai jenis rempah ratus dan santan. Proses memasaknya mengambil masa berjam-jam (biasanya sekitar empat jam), sehingga warna potongan daging menjadi hitam pekat.

Rendang sapi adalah rendang lembu. Sedap dinikmati bersama ketupat nasi, pulut mahupun bersama roti putih.

Rendang Kambing | RM27.90

Sama kaedah memasak seperti rendang sapi, cuma kelainan di sini adalah bahan utamanya adalah daging kambing.

Terung Raos Khas Bandung | RM11.90

Walaupun ada perkataan pada nama hidangan tetapi sebenarnya masakan ini adalah berasal daripada Jawa Timur. Apa yang menarik, terung akan dipotong dan digoreng sehingga garing bersama tepung serbaguna (tepung bumbu dan tepung beras). Tetapi bagi saya sendiri yang telah merasai buat pertama kali selain daripada keranggupan terung, sos diatasnya yang menggunakan bawang merah, cili dan sos tiram menjadikannya sajian yang cukup sempurna.

Nasi Tumpeng Ayam Bakar Percik Bali | RM25.90

Hidangan ayam bakar memang kebiasaannya kita akan dapati di Bali, kepulauan Sumatera dan Padang. Apa yang menarik untuk set nasi tumpang (nasi berwarna kuning) ini didatangkan bersama dengan acar, tempe goreng, ayam bakar dan juga dua jenis sambal iaitu sambal belado dan juga sambal ijo. Oh ya! Tidak dilupakan keropok belinjou pelengkap menu.


Tempe Sira | RM4.90

Bagi menu pembuka selera (appetizer) di IndoAsli saya memang sangat syorkan untuk korang mencuba sendiri Tempe Sira. Untuk pengetahuan semua, Tempe merupakan makanan tradisi yang berasal dari masyarakat Jawa. Apa yang menarik untuk hidangan ini selain daripada tempe terdapat juga kacang dan ikan bilis. Rasanya ranggup, pedas-pedas manis.

Tahu Telur | RM11.90

Hidangan ini agak unik! Hidangan autentik ini berasal daripada Jawa Timur. Uniknya ianya menggabungkan dua bahan utama iaitu telur dan tahu lembut. Agak garing di bahagian telur luar dan atas.


Susah saya nak menerangkan secara terperinci tapi apa yang boleh dikatakan memang sangat sedap. Terutamanya apabila kita nikmati bersama sos kicap manis yang didatangkan bersama.


Popia Pisang | RM12.90

Sebenarnya popis atau popia pisang ini adalah makanan yang berasal dari negara Indonesia. Mereka menjadikan ia sebagai menu bersahur seisi keluarga. Hanya 4 bahan utama yang diperlukan iaitu pisang, kulit popiah, sos coklat dan juga keju yang disagat halus.

Sangat sedap!

Jeli Dalam Telur | RM8.90

Menu ini agak 'rare'. Tapi saya suka sangat jeli yang ada buahan koktel dan menikmatinya bersama ais krim serta coklat cair. 

Sebab ianya unik! Kita selfie sekali bersama hidangan :-)

Es Alpukat | RM13.90

Es Alpukat dikatakan ianya minuman penyejuk badan yang berasal daripada Jawa Tengah Indonesia. Saya memang sukakan minuman ini kerana rasanya lemak- lemak masam manis buah avocado dan juga percikan kemewahan rasa coklat yang menambat hati.

Jus Alpukat Teristimewa IndoAsli | RM12.90

Sama seperti hidangan di atas. Cuma kelainan di IndoAsli ianya ada menawarkan minuman yang punyai rasa tambahan seperti pati buah strawberi, avocado dan juga ais krim. Memang sedap dan sangat rekomen bagi mereka yang mahu mencuba kelainan dalam menikmati minuman sejuk.

Soda Serai | RM6.90

Kalau biasanya di Indonesia kita cukup kenali dengan minuman soda gembira (air bandung bersoda). Tetapi di IndoAsli memang sangat rekomen untuk korang mencuba minuman soda serai. Sedap dan bagus juga untuk terapi (kesihatan). Rasa serai memang sangat kuat, selain daripada kenikmatan masam-manis rasa air soda itu sendiri begitu juga aroma daun pudina yang memang menyegarkan!

Marilah menikmati hidangan di IndoAsli.
Sajian autentik Indonesia begitu dekat di hati,
Datang bersama rakan mahupun famili,
Bebaloi pada harga dengan sajian berkualiti.

*Menu baru dari IndoAsli kini eksklusif di IndoAsli IOI City Mall, Putrajaya dan
akan datang tidak lama lagi di IndoAsli Central i-City, Shah Alam

Keterangan lanjut mengenai hidanagn di IndoAsli boleh layari:


IndoAsli Menawarkan Variasi Sajian Autentik Indonesia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 12, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. Alahai kak , tempting pepagi tengok semua menu sesedap ni. Kalau dapat rentas negeri nanti boleh masuk wishlist to give a try.

    ReplyDelete
  2. Uniknya popia pisang dan jeli dalam telur. I nak rasa Cumi Jimbaran tu. Hehe

    ReplyDelete
  3. Air dia semua aku suka. tahu telur tu untuk aku sorang. Ikan dia perghhhh memang tak pandang kiri kanan.
    Sekian.

    ReplyDelete
  4. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 at this restaurant at any time of the day!

    ReplyDelete
  5. Sementara tak dapat travel ke negara jiran, lepas rindu makan2 kat sini dulu.. thanks for sharing ni kak Yu ... boleh la plan iftar kat IOI Mall nanti..

    ReplyDelete
  6. Ayam bakar sate tu nampak sedap, sebab pernah makan dulu masa kat Bandung.. tak tau pulak ada kedai ni, padahal dulu selalu ke sini gan anak...

    ReplyDelete
  7. Restoran IndoAsli tentu masakan mereka berbeza skt lglah masakan pelbagai resepi indoasli, kak suka dgn masakan mereka mmg sedap

    ReplyDelete
  8. Bestnye kak menu2 dia. Ikan tu yang paling memikat tu

    ReplyDelete
  9. Kita paling suka yang dagin kambing dan juga daging lembu tu sedap lembut dan juga rempah perapan sekata hehehehe nak ulang makan lagi sini boleh...

    ReplyDelete
  10. amboi kak.. hahahaha~ pose dok kat kerusi dah jadi trademark ye.. btw !! semua makanan dorang ni nampak sedap.. atie suka makanan asli indo, sambal dorang power..

    ReplyDelete
  11. Walaweiii meriah yee menu dia. Nampak pun macam sedap jeee. Terliur nina menengoknya. Lagi-lagi part rendang daging dia tuuu. Fuhhh

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.