Cara Atasi Masalah Akses Internet Dari Teknologi WiFi Yang Lembap Dengan Sokongan Teknologi Hebat PLT

Cara Atasi Masalah Akses Internet Dari Teknologi WiFi Yang Lembap Dengan Sokongan Teknologi Hebat PLT- Apabila sering kali berhadapan dengan masalah 'tiada connection' ketika sedang menggunakan rangkaian internet di rumah. Bahkan lebih parah lagi, apabila kita sedang dalam permainan e-sukan (e-games) ataupun sedang menonton cerita di Netflix secara tiba-tiba talian internet terputus ataupun tersangkut (lag). Memanglah menyirap satu badan.

Selain itu antara faktor kenapa kita melanggan pakej WiFi adalah sebab utamanya untuk kegunaan ramai bukan hanya seorang diri sahaja. Senario yang biasa berlaku di rumah saya ialah dalam masa yang sama seisi famili berlumba-lumba hendak menggunakan internet. Anak perempuan nak layan YouTube, Mak dengan Apak nak layan K-Drama dekat Netflix, abang sibuk dengan kelas online (PDPR) dan anak lelaki lain tengah ada perlawanan e-sukan. Tapi masalahnya kita tak dapatpun merasai servis yang kita bayar bulan-bulan pada tahap yang paling optimum. Tidak seperti yang dijanjikan dari segi kelajuan.


Iskhhh. Marah. Kecewa. Pasti kita rasa geram sangat betapa banyak yang kita peruntukkan dalam setiap pembayaran bil bulanan dengan harapan boleh mendapatkan servis capaian kelajuan internet berdesup tetapi malangnya kelajuan yang hampeh pula yang kita dapat akhirnyaSaya sendiri secara peribadi, rasanya dalam tempoh setahun agak kerap juga membuat laporan kepada pihak syarikat ISP yang dilanggan. Mengadu dan membuat laporan yang sama. Berkali-kali tanpa putus asa.

Masalah connection internet.
Masalah connection internet tidak stabil. 

Alternatif yang biasa saya lakukan apabila mengalami masalah ini adalah :-

  • Saya reset atau matikan dahulu modem internet anda selama 60 saat lepas tu on balik modem (dari ISP yang tidak boleh saya sebutkan disini, kehkeh)
ataupun
  • Disconnect dan Reconnect kembali wifi saya  di peranti.
ataupun
  • Worst case! Saya menggunakan command prompt. Pergi ke startup menu dan dibahagian search anda taip command prompt > Dalam command prompt korang boleh taip ipconfig/renew (tekan enter) > taip exit (tekan enter).

Gigih tak?
Yup. Memang gigih. Heheh

Pastinya korang juga pernah mengalami stuasi yang sama seperti saya. Pernah juga terfikir adakah lokasi rumah saya yang terletak Bukit B******a ini sememangnya bermasalah dengan liputan kawasan (coverage) yang ditawarkan oleh syarikat Internet Service Provider (ISP) yang dipilih. 

Hmmm.

Rasanya TIDAK. Ini kerana rata-rata mereka tinggal di kawasan kejiranan saya menggunakan servis dari ISP yang sama. Dan pihak mereka (ISP) sudah juga melakukan kajian kemungkinan tentang lokasi, pemasangan dan sebagainya.

....access points matter and there does need to be enough for sufficient range and coverage. But the coverage given should be usable, what's the point having coverage but unable to use it. This is efficiency. 
WiFi coverage issues may be caused by low level power, house design, construction material, type of paint, furniture used, so until you test yourself you will never know how it is in your house.

Demo Secara PERCUMA Mengenalpasti Masalah Yang Dihadapi Oleh WiFi Di Rumah

Solusinya saya telah mengubungi Encik Mazlan dari Power Link Transmission Malaysia Sdn. Bhd. (PLT). Inipun atas rekomen kawan-kawan yang sudah mendapatkan perkhidmatan dari pihak Power Link Transmission. 


Mula-mula Encik Mazlan buat speed test terlebih dahulu (nak tahu betul tak wifi rumah yang diduduki mengalami masalah kelajuan). Bila dah buat di depan mata sendiri memang saya nampak betapa hauknya kelajuan wifi yang dimiliki sekarang ini. Patutlah, line internet kadang-kadang dapat, kadang-kadang hilang dari radar (hahahah).


Jadinya Encik Mazlan menukarkan peranti (access point) WiFi yang dicadangkan daripada pihak syarikatnya. Serius! Memang beza sangat. Laju tiada hiccup lansung. Apa yang menarik sesi demonstrasi ini adalah dilakukan secara PERCUMA. Tidak ada sebarang yuran atau caj yang dikenakan. Ianya lebih kepada atas nasihat dan penerangan secara PERCUMA mengenai apa masalah yang sedang berlaku. 


Ini kerana tidak semua orang mengalami masalah WiFi yang sama. Saya sendiri Encik Mazlan ada mencadangkan untuk menambah baik pakej sedia ada dan disyorkan juga untuk menukarkan peranti WiFi seperti yang dicadangkan. Selain itu, Encik Mazlan juga menerangkan faktor layout rumah saya yang tidak berapa friendly WiFi. Ini disebabkan terdapat banyak penghadang dan sebagainya. Memang Encik Mazlan mencadangkan perletakkan peranti WiFi yang terbaik di kawasan rumah saya (setelah semakan speed test yang dibuat sekitar rumah).


Memang puas hati. Banyak ilmu baru yang saya belajar dari seorang yang memang pakar dan mahir dalam bidang Network. Menasihatkan dan memberi cadangan kepada saya seperti seorang kawan yang membantu memberi solusi tentang masalah internet yang dihadapi di rumah.


Review Selepas Menggunakan WiFi Access Point Dari PLT

Sebelum menggunakan peranti WiFi PLT

Selepas menggunakan peranti WiFi PLT

Speed test telah dilakukan lakukan apabila ingin menguji kelajuan Internet yang kita perolehi. Jadinya kita akan dapat tahu adakah apa yang kita dapat itu sama seperti yang kita bayar. Andai kata hasil ujian itu kurang 50 – 70% dari kelajuan sepatutnya, kita boleh memaklumkan kepada ISP yang kita langgani seperti Streamyx, Celcom, Maxis atau Digi Broadband dan lain-lain. Lihat sahaja speed test yang dilakukan, nampak beza dari sebelumnya.



Sebagaimana yang kita sedia maklum untuk genre permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) seperti Mobile Legends: Bang Bang dan genre permainan Battle Royale seperti PUBG, Fortnite atau Rules of Survival memerlukan sambungan Internet yang laju dan stabil. Ini bagi mendapatkan ping yang lebih rendah sekaligus memastikan pengalaman permainan yang lebih lancar. Anak saya Afiq mencuba dengan bermain PUBG menggunakan telefon bimbitnya . Memang laju dan smooth dengan peranti WiFi dari PLT.



Apabila streaming dari Netflix, perkhidmatan tersebut akan secara automatik melaraskan kualiti video ke penilaiannya terhadap kelajuan internet korang. Jika Netflix menentukan bahawa  internet di rumah korang mempunyai kelajuan yang lebih perlahan, ia tidak akan menyiarkan video kualiti definisi tinggi walaupun acara filem atau TV tersedia dalam HD. Jadinya memang beza lepas saya guna peranti dari PLT, gambar di TV lebih sharp dan kemas. Paling penting tidak tersangkut atau loading time mengambil masa yang lama.


Kenali Secara Dekat Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd

Saya mengenali Encik Mazlan, orang kuat didalam syarikat Power Link Transmission Malaysia Sdn Bhd atau PLT. Untuk pengetahuan semua PLT adalah pembekal kepada peranti wifi yang dapat menyelesaikan masalah sambungan internet yang perlahan di rumah, organisasi pejabat dan sebagainya. Kepakarannya bukan hanya sebagai pembekal tetapi PLT juga menyediakan khidmat nasihat tentang masalah yang sering dihadapi oleh pengguna wifi/internet.  


Untuk pengetahuan semua peranti PLT merupakan WiFi Access Point yang dapat memberi kelajuan yang tinggi (high performance). Ianya BUKAN repeater, extender, booster mahupun Mesh. Fungsinya adalah untuk meningkatkan prestasi router operator yang sedia ada untuk kelajuandan pengaksesan internet. Kelebihannya ianya akan memberikan liputan kawasan internet (coverage) yang lebih luas dan boleh menggunakan sehingga 100 peranti dalam satu-satu masa. Ini kerana kebanyakan operator access point di kedai di luar (market) menawarkan HANYA sehingga 5 pengguna peranti pada satu-satu masa. Paling penting kelajuan akses internet yang ditawarkan memang cemerlang.



Selain itu melalui demo yang dijalankan keputusan diagnosis jalur lebar boleh diberikan bagi mengetahui secara mendalam tentang masalah internet yang dihadapi. Demonstrasi  dilakukan sendiri oleh pasukan PLT dan kita akan melihat sendiri bagaimana capaian kelajuan dan efisien internet yang berkualiti boleh dirasai melalui peranti yang disyorkan. 

Kepuasan pelanggan menjadi keutamaan. 
Efisien dan kestabilan rangkaian internet satu kepuasan.



Buat masa sekarang DEMO secara PERCUMA hanya meliputi kawasan Lembah Klang sahaja (pada masa akan datang insyaallah satu Malaysia, Encik Mazlan boleh pusing untuk buat DEMO). Oh ya! Peranti (access point) PLT ini bukan sahaja sesuai untuk diletakkan di rumah sahaja, bahkan untuk dewan, pejabat dan satu bangunan besar juga sangat disyorkan.


#PowerLinkTransmission #PLT #WiFiPower #InternetLaju #MeshWiFi #Routers #gamingexperience #videoconferencing #Zoom #GoogleMeet #MicrosoftTeams #GoogleClassroom #InternetSlow #InternetProblems #WiFiWeak #poorWiFi #SlowWiFi #WorkFromHome #BetterWiFIMadeGreat #SimplyBetterWiFi #NoMeshBoosterExtenderShits

Pertanyaan dan juga temujanji sesi demonstrasi boleh hubungi :
No Tel : 019-2307867 (Mazlan)
E-mail : sales@plt.com.my
Laman web : http://www.plt.com.my
WhatsApp :  https://www.wasap.my/+60192307867/WiFi+saya+dah+sewel+sangat


Cara Atasi Masalah Akses Internet Dari Teknologi WiFi Yang Lembap Dengan Sokongan Teknologi Hebat PLT Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 11, 2021 Rating: 5

16 comments:

  1. Wow bagus lar dengan adanya peranti baru ni. Laju kan sekarang internet speed takle tersedu-sedu jika ramai yang pakai ni. :)

    ReplyDelete
  2. Geram betul bila internet slow. Dania kadang2 geram ajer sebab dia banyak online class. Kalau tetiba je line terputus lagi la dia bengang. Hehe. Nanti nak check la dengan En. Mazlan.

    ReplyDelete
  3. This is a good information sharing. Slow WiFi really sucks. Thank you for sharing this information with me.

    ReplyDelete
  4. Menarik. Umah sis pun slow gak wifi. Selalu putus. Mungkin boleh dapatkan bantuan depa ni. Terbaiklah.

    ReplyDelete
  5. Okay masalah kite macam sama je Hahaha boleh dapatkan juga ni. Akak pun memang patut pakai kan sbb rumah tu ramai gamers

    ReplyDelete
  6. Memang stress ye bila internet lembap.. Semua nak guna dengan internet sekarang. Bgusla percuma bila dtng demo.. Kita bolehbtau apa maslh internet tu. Bila berdesup laju baru tak stress

    ReplyDelete
  7. Menarik ni.. macam best jer kalau boleh try kat my area to increase the speed.. skrg memang sangat memerlukan speed internet yang laju kan.

    ReplyDelete
  8. Uish bagus ni, free plak tu utk demo. nak try gak la. lately ni internet kat tempat saya selalu problem. tak sure la masalah line atau peranti tapi memang stress la.

    ReplyDelete
  9. Stress kan kalau takde internet ni atau line slow.. tak tau pulak ada jalan penyelesaian gini.. nanti nak try juga bertanya kotlah kat JB ni ado...

    ReplyDelete
  10. Bagus ni. Baru tau ada gadget begini. Nak elokkan coverage internet. Sonokla layan netflix lelaju

    ReplyDelete
  11. Skrg ni memang semua bergantung pd wifi kan. Lebih2 lg kalau wfh atau ada anak2 yg belajar secara online.

    ReplyDelete
  12. Biasalah psl internet mcm2 problem, thank you sharing blhlah share dgn kwn2 yg problem mcm ni

    ReplyDelete
  13. Betul tu Ayu kita kadang-kadang stess sebab tiba-tiba internet slow nampak bar penuh tu bukan salah provide tapi masalah peranti kita jer hurmmm nak tukar boleh...

    ReplyDelete
  14. Oh untuk dapat tingkatkan kelajuan internet maka kena gantikan peranti yang diberikan oleh unifi la ya. Sekarang ni WiFi ni dah macam aset penting bila berada di rumah so rasanya berbaloi kalau kena spend untuk beli device yang dicadangkan.

    ReplyDelete
  15. Baru tau ada servis camni untuk boose wifi. Ingatkan kena contact telco kita sedia ada tu. Kalau slow call centre maxis je selalu saya buat. Nanti nak try la contact PLT ni. Tq share akak.

    ReplyDelete
  16. Mmm.. Nak kasitau husband laaa sebab rumah kita pun ada masalah slow like snail ni, memang bikin stress. Nak kena ada satu ni..

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.