Hadiahkan Pada Yang Tersayang Produk Kesihatan & Kecantikan Melalui Pembelian Dari Laman Web Guardian

Hadiahkan Pada Yang Tersayang Produk Kesihatan & Kecantikan Melalui Pembelian Dari Laman Web Guardian- Bulan mulia Ramadan kini tiba dan Hari Raya bakal menjelma tidak lama lagi! Namun, dalam suasana norma baru dan PKP yang masih berterusan, menziarahi mereka yang tersayang di seluruh negara masih menjadi perkara yang belum pasti.


Memandangkan cabaran seperti inilah, Guardian Malaysia telah melancarkan satu perkhidmatan hadiah Hari Raya di stor dalam taliannya bagi membolehkan pelanggan menghadiahkan produk kesihatan dan kecantikan kegemaran mereka kepada keluarga, sanak saudara dan sahabat handai! Perkhidmatan hadiah itu merangkumi set Bundle Hari Raya yang disusun khas - set GLAM, set SLIMMING, set HEALTHY dan set BEAUTY.

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Kesihatan dan Kecantikan, Asia Tenggara berkata:
Perkhidmatan hadiah Hari Raya ini merupakan sebahagian daripada kempen ‘Seiring Ramadhan – Bijak Belanja, Jimat Sentiasa’ kami yang menawarkan potongan harga untuk lebih 1,400 produk. Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan kami untuk memberikan lebih banyak nilai kepada para pelanggan walaupun menerusi stor dalam talian.
Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah layari www.guardian.com.my , pesan produk-produk
kegemaran di pesta ‘Seiring Ramadhan – Bijak Belanja, Jimat Sentiasa’ Guardian dan
hadiahkannya kepada orang yang mereka kasihi. 

Malah, anda juga boleh menyertakan ucapan Hari Raya peribadi kepada yang tersayang. Guardian akan menghantar pesanan anda ke kediaman mereka secara PERCUMA untuk pesanan bernilai melebihi RM100.

Perkhidmatan hadiah ini bermula dari 12 April sehingga 12 Mei 2021. Belian bernilai melebihi RM150
layak menerima satu HADIAH PERCUMA dan potongan TAMBAHAN sebanyak RM15 daripada
bil mereka. Bagi membolehkan pelanggan memanfaatkan perkhidmatan hadiah ini dengan sepenuhnya,
beberapa Set Hadiah Penjagaan Kulit dari Wardah, SNP, Cosmoderm, Safi dan Garnier akan
ditawarkan secara eksklusif di stor dalam talian Guardian sahaja.

Jadi mulakan pemberian hadiah Hari Raya anda segera dengan perkhidmatan hadiah dalam
talian istimewa Guardian dan buat pesanan lebih awal kerana set hadiah Hari Raya eksklusif dan set Bundle Hari Raya hanya boleh didapati sementara stok masih ada


Hadiahkan Pada Yang Tersayang Produk Kesihatan & Kecantikan Melalui Pembelian Dari Laman Web Guardian Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 18, 2021 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.