Jom Sertai Peraduan ‘Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom’

Jom Sertai Peraduan  ‘Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom’ - QL Foods Sdn Bhd, syarikat pemprosesan hasil laut telah memperkenalkan produk yang mampu memenuhi cita rasa para pelanggan sempena bulan Ramadan iaitu Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’. Produk ini tampil dengan 5 jenis bungkusan baru dan mempunyai cara penyediaan masakan yang berbeza antaranya ialah goreng, stimbot, oden, sushi dan lain-lain lagi.




Dijamin Halal

Jenama Mushroom telah mendapat pengiktirafan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Untuk makluman semua, QL Foods Sdn Bhd mempunyai Sistem Pengurusan Halal Dalaman yang diselia oleh Eksekutif Halal khusus dalam memastikan semua produk keluaran daripada syarikat ini mematuhi prosedur Halal seperti yang ditetapkan oleh JAKIM. Bukan itu sahaja, jenama Mushroom turut mendapat pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) dan pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP) .


Pihak syarikat sentiasa komited dalam menjalankan program penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memastikan kualiti produk terjamin dalam memenuhi cita rasa dan permintaan pelanggan. Pelbagai pilihan jenis produk yang ditawarkan membolehkan kita lebih kreatif dalam menghasilkan hidangan hebat dari dapur sendiri.



Menyediakan Hidangan Menggunakan Produk Mushroom

Pelbagai hidangan yang menarik boleh disediakan menggunakan produk Mushroom. Contoh hidangan yang boleh dijadikan inspirasi ketika berbuka puasa adalah resipi daripada Adik Food yang diberi nama Mushroom Filamen Berperisa Ketam ‘Crab Stick’ bersira pedas.


Resipi ini sangat mudah dan sedap serta menyelerakan. Selain itu, anda juga dapat menjimatkan lebih masa dalam menyediakan sesuatu hidangan. Produk Mushroom tidak memerlukan modal yang besar untuk menghasilkan kualiti hidangan setanding dengan hotel mewah.


Jom Sertai Peraduan dan Boleh Menang Duit Raya 



Sempena dengan bulan Ramadan, QL Foods Sdn Bhd telah menganjurkan peraduan ‘Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom’ . Hadiah yang ditawarkan berupa duit raya berjumlah RM12,500 dalam bentuk pin tambah nilai Touch n’Go.

Bestkan! Hadiah yang ditawarkan? Sambil memasak hidangan untuk seisi keluarga apa kata kita sertai peraduan yang dianjurkan beramai-ramai? Seramai 250 pemenang akan dipilih dan bakal memenangi pin tambah nilai Touch n' Go. Pemenang dipilih berdasarkan hidangan yang kreatif dan menarik. Peraduan ini telah berlangsung pada 11 April yang lalu dan akan tamat pada 16 Mei 2021.

Cara penyertaan:




Jom sertai peraduan ini beramai-ramai dan jangan lupa untuk dapatkan Produk Mushroom di Pasaraya berhampiran anda.

Keterangan lanjut mengenai produk dan peraduan ini boleh layari Facebook QL Mushroom.


#SavourtheSharing
#QLMushroom
#MushroomHalal
#Ramadan
#StaySafe
#KitaJagaKita


Jom Sertai Peraduan ‘Kongsikan Resipi Ramadan Anda Bersama Produk Mushroom’ Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 27, 2021 Rating: 5

13 comments:

  1. bae memang suka join contest masak ok nanti nak join lah, kena pikir resepi dah ni hehe

    ReplyDelete
  2. Macam sedap je. First time tengok brand ni. Ada banyak produk pulak tu, boleh la try sambil join contest kalau rajin nanti.

    ReplyDelete
  3. Baru tahu ada jenama ni. Bolehlah cuba nanti. Nak join gak contest tapi tu lah..ramadan kali ini terbusy pulak sikit

    ReplyDelete
  4. Kita nak masak resipi apa ni dengan produk Mushroom hehehee tengok ramai orang buat menarik juga kita rasa takut jer resipi biasa-biasa jer waaakakaka...

    ReplyDelete
  5. Nak join contest. Tapi tahun ni saya malas sangat nak buat resepi. Masak cepat-cepat siap dah duk tersadai kepenatan. Hahaha. Suka crab stick ql mushroom. Nanti pikir idea apa nak buat. Hehe.

    ReplyDelete
  6. Wahhh ada peraduan masak dan menang jugak yer. Best-best, nanti nak join jugak sebab suka guna produk Mushroom terutamanya Fishball dan Fishcake dia.Kualiti produk Mushroom pun memang terbaik berbanding yang lain.

    ReplyDelete
  7. Baiklah. Saya akan menyertai contest ini seperti yang Puan Ayu syorkan. Mudahan penyertaan saya berjaya menang. Terima kasih.

    ReplyDelete
  8. Siap ada contest.. sapa rajin memasak boleh join ni, lumayan gak hadiahnya.. good luck buat semua..

    ReplyDelete
  9. siapa yang rajin masak boleh join contest ni.. sy pun pernah makan produk Mushroom ni.. memang sedap..

    ReplyDelete
  10. Wah macamnak join je, macam-macam boleh buast dengan mushroom ni. Hadiah pun lumayan. Mana tau luck kan

    ReplyDelete
  11. wah nampak sedap crab stick ni. boleh lah nnti saya join peraduan ni. mana tahu ada rezeki nak menang :)

    ReplyDelete
  12. Favorite brand ni.. Nak try juga la join contest ni.. Berpeluang untuk menang something for Raya ni nanti...

    ReplyDelete
  13. Ni kalau buat Vietnam roll mesti sedap kan. Sambil tu boleh join contest ni sekali.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.