Qaseh Gold Menawarkan Makanan Kesihatan Yang Memberi Kebahagiaan Untuk Diri Dan Orang Tersayang

Memiliki kesihatan yang baik merupakan tunggak kebahagiaan dalam kehidupan seseorang. Fokus menjaga kesihatan bukan hanyalah tertumpu pada diri sendiri bahkan untuk seisi keluarga. Apabila saya diperkenalkan dengan rangkaian produk Qaseh keluaran Qaseh Health Resources Sdn Bhd yang diformulasi daripada bahan-bahan semulajadi seperti superfood, haruslah saya ingin mengetahui lebih lanjut.

Ini kerana saya sangat tertarik dengan penggunaan bahan utamanya seperti buah kurma yang selama ini kita hanya menikmatinya pada musim-musim tertentu seperti bulan ramadhan. Sedangkan manfaat nutrisi daripada buah kurma sangatlah banyak yang sebaik-baiknya kita boleh amalkan pengambilannya setiap hari. 



Kenalkan ini adalah Puan Hasniza binti Hassan, Pengarah Eksekutif Ana Edar. Berumur 48 (serius!! Wajah Puan nampak sangat muda berbanding usia, teruja saya :-p ). Berasal dari Melaka, berkahwin dan mempunyai 3 cahayamata.

Isteri kepada Encik Luqman Othman ini seorang yang dedikasi dan mempunyai matlamat yang jelas tentang dunia perniagaan yang diceburinya. Puan Hasniza ingin berkongsi produk yang dikeluarkannya bukan hanaya dapat memberi kebahagiaan kepada diri sendiri bahkan bersama orang tersayang.

Produk yang dikeluarkan merupakan makanan yang mempunyai segala nutrisi yang diperlukan oleh badan setiap hari. Visi beliau sendiri bersama syarikat untuk menjadi peneraju solusi kesihatan yang patuh syariah.


Selain daripada produk halal, berkhasiat dan berkualiti. Dengan penjualan produk ini juga membuka peluang kepada orang ramai di luar sana untuk menjana pendapatan bersama-sama samada menjadi agen ataupun stokis Ana Edar. Tidak hairanlah melalui Ana Edar ada usahawan yang berjaya mendapat pendapatan sehingga 5 angka sebulan. Untuk pengetahuan semua produk dibawah Ana Edar sudah berada di pasaran sejak tahun 1983 lagi. Dan Ana Edar merupakan antara syarikat MLM terawal mendapat pengesahan patuh syariah daripada Panel Syariah yang diiktiraf.


Produk Qaseh


Rangkaian produk Qaseh diformulasikan daripada bahan semulajadi superfood seperti kurma, madu, habbatus sauda, delima, gam arab, za'faran (safron), buah tin, minyak zaitun dan pelbagai lagi. Paling penting produk Qaseh adalah 100% bebas daripada gula putih dan juga bahan pengawet.

Terdapat dua kategori produk Qaseh iaitu untuk kegunaan dewasa dan juga kanak-kanak. Di mana untuk produk orang dewasa adalah Qaseh Gold Adinda (untuk wanita), Qaseh Gold Kekanda (untuk lelaki) dan Qaseh Gold Premier (untuk wanita yang memerlukan lebih kalsium seperti wanita hamil dan juga warga emas).

Untuk produk kanak-kanak pula, terdapat 4 yang boleh dicuba iaitu Qaseh Gold Junior Asli (perisa kurma), Qaseh Gold Junior Oren, Qaseh Gold Junior Premium (perisa Blueberi) dan juga Brainee Bytes (tablet sihat).

Secara ringkasnya antara manfaat produk Qaseh adalah seperti berikut:-
  • Meningkatkan sistem imun badan.
  • Menambah baik sistem penghadaman dan perlawasan.
  • Membekalkan tenaga kepada tubuh dan minda untuk aktiviti seharian.
  • Membantu dalam penambahan tahap kecerdasan minda,
  • Membantu memperbaiki tahao kesihatan yang lebih optimun

Qaseh Gold Adinda

Qaseh Gold Adinda khas untuk wanita. Ianya dapat membantu sistem pencernaan dan penghadaman. Selain itu ianya dapat memperbaiki tahap keseimbangan hormon dan menyokong meredakan tekanan serta kestabilan emosi.

Harga sebotol RM75 (SM) / RM85 (SS)

Qaseh Gold Premier

Qaseh Gold Premier ini memang sangat digalakkan untuk mereka yang memerlukan lebih kalsium didalam badan . Contohnya seperti wanita hamil, ibu yang menyusu bayi dan warna emas. Produk ini dikatakan dapat menaikkan hb darah. Ianya juga membekalkan kalsium tambahan yang tinggi untuk tulang dan menyokong juga kelenjar susu menjadi lebih aktif. Selain itu, Qaseh Gold Premier juga dapat memperbaiki sistem perkumuhan dan juga perlawasan.

Qaseh Gold Kekanda
Khas untuk lelaki dan produk ini mampu memperbaiki kualiti libido (dorongan seks). Ianya juga dapat membekalkan tenaga untuk keperluan harian. Produk ini juga dapat membantu sistem pengaliran darah didalam badan.

Harga sebotol RM75 (SM) / RM85 (SS)

Qaseh Gold Junior

Qaseh Gold Junior ini bagus sebagai makan tambahan buat anak. Untuk Qaseh Gold Junior Premium ianya digalakkan untuk anak-anak yang sudah mula bersekolah. Ini kerana formulasi hebatnya sangat membantu kecerdasan minda kanak-kanak dan juga dapat membekalkan tenaga kepada sel otak. Di samping itu, produk ini juga boleh menaikkan kualiti sistem pertahanan badan.

Manakala Qaseh Gold Junior lebih kepada makanan tambahan kepada kanak-kanak yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit, menyokong sistem imun badan dan juga menaikkan selera makan (terutama buat anak yang jenis picky eater)

Harga sebotol untuk Qaseh Gold Junior Asli RM59 (SM) / RM69 (SS)


Brainee Bytes
Alternatif lain yang boleh dijadikan sepertu gula-gula. Anak boleh menggumamnya sahaja. Apa yang menarik produk ini dapat meningkatkan daya fokus, membantu dalam menguatkan daya ingatan dan juga memperbaiki metabolisme badan.

Produk Lain Di Bawah Ana Edar

Selain daripada produk Qaseh Gold, terdapat beberapa lagi produk lain yang sama hebatnya dan sering mendapat permintaan pelanggan.

Qaseh Aromatheraphy Roll On
Saya sudah mencubanya memang best!. Suka dengan aromanya yang begitu tenang dan boleh dijadikan sebagai terapi pada diri. Roll on sangat mudah digunakan hanya golek-golek sahaja di bahagian badan yang mengalami masalah dan kita akan rasa lega. Ini kerana formulasinya dapat melegakan lenguh dan sakit sendi. Ianya tidak melekit pada kulit dan dapat membantu membuang angin dari badan.

Tonik Rambut

Untuk memiliki rambut sihat dan bersinar, korang boleh cuba tonik ini . Ianya dapat mengurangkan keguguran rambut bahkan dapat menguatkan lagi akar rambut. Tonik ini juga dapat membantu melebatkan rambut.

Teh Hijau Plus


Teh Hijau Plus ini sangat bagus kerana ianya dapat membekalkan tenaga untuk badan. Produk ini juga dapat membantu meningkatkan metabolisme (bagus untuk kurangkan berat badan). Di samping itu dapat meningktkan kesihatan kardiovaskular.

Qaseh Kristal Masakan
Garam sihat yang boleh dijadikan sebagai bahan perasa makanan. Ianya bagus kerana mengandungi 84 mineral semulajadi. Semestinya bebas bahan peluntur dan lebih bersih serta selamat.

Qaseh Kristal SOLE
Berfungsi sebagai mineral booster yang terdiri daripada 84 mineral semulajadi. Ianya boleh menstabilkan tekanan darah dan tahap gula dalam darah. Lebih menarik produk ini menjadi pelengkap diet seimbang harian. Campur dalam sedikit air, rasanya seperti air zam-zam (hehe).

Qaseh Ramadhan Kit


Ini merupakan produk terbaru yang mana disediakan 10 aktiviti menarik untuk si manja sepanjang bulan puasa ini. Ada 3 set yang boleh dipilih. Antara aktiviti yang disediakan didalam Qaseh Ramadhan Kit seperti:-
  • Carta berpuasa - Dapat merekod perkembangan puasa dan ibadah anak-anak.
  • Panduan solat terawih - Menerangkan kaedah dan bacaan untuk melakukan ibadah terawih di rumah.
  • 16 surah hafazan ringkas - Memudahkan anak-anak menghafaz surah-surah pendek waktu bacaan solat.
  • Permainan Bingo ramadhan - Bermain sambil belajar di samping memupuk amalan ibadah untuk anak-anak.
  • Resipi mudah - Galakkan aktivit membuat kuih raya bersama anak-anak.
  • Pohon dan pelekat amalan murni - Mendidik anak-anak dalam mengamalkan nilai-nilai murni sebagai ibadah harian.
  • Peristiwa penting di bulan ramadhan - Menambahkan ilmu pengetahuan anak-anak tentang peristiwa penting bulan ramadhan.
  • Doa dan zikir - Memberi sokongan untuk anak-anak membaca dan zikir.
  • Persediaan raya - Mendedahkan anak-anak tentang persediaan raya menurut ajaran Islam.
  • Seni & Kraft - Menyerlahkan kreativiti anak-anak dalam seni dan kraft.
Keterangan lanjut boleh hubungi ejen dan stokis Ana Edar.



Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian produk boleh layari:-


Menjadi peneraju solusi kesihatan patuh syariah,
Mari amalkan pemakanan sihat dan sunnah.


Qaseh Gold Menawarkan Makanan Kesihatan Yang Memberi Kebahagiaan Untuk Diri Dan Orang Tersayang Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 10, 2021 Rating: 5

1 comment:

  1. mmg minum togok je ok! tak pakai sudu dah Sally yg adinda tuu..berebut dgn ibuuu

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.