Kehebatan Eskayvie Phytax Adalah Formulasi Dari 12 Kebaikan Ekstrak Bahan Fitonutrisi

Kehebatan Eskayvie Phytax Adalah Formulasi Dari 12 Kebaikan Ekstrak Bahan Fitonutrisi- Cuba bayangkan apabila kita diberitahu oleh doktor bahawa kemungkinan kaki kita perlu dipotong. Ini belum diambil kira dengan masalah kedatangan kerja yang tidak konsisten. Sering mengambil cuti atas sebab-sebab kesihatan. Pastinya kita akan rasa tertekan dan rasa kecewa dengan hidup. Apatah lagi kita masih mempunyai keluarga yang masih bergantung dengan sumber kewangan daripada kita yang mempunyai pekerjaan.


Kisah seperti yang dialami oleh seorang pesakit kencing manis tegar banyak memberi inspirasi. Encik Jaz Hameedon Hashim adalah seorang Foreman di sebuah kilang dan berusia 53 tahun. Beliau yang menderita sebagai pesakit kencing manis bertahun lamanya dan paling sengsara apabila di kakinya sudah mula ada luka. Hari demi hari luka tidak mempunyai tanda-tanda untuk sembuh sehingga doktor memberitahu ia perlu dioperate.   .


Prihatin dengan penderitaan yang dialami oleh Jaz Hameedon, kakaknya telah memberikan Eskayvie Phytax untuk dicuba memandangkan terdapat banyak testimoni positif tentang penghidap kencing manis yang telah berjaya sembuh akibat luka daripada kencing manis. Sepanjang menjalani tempoh rawatan bagi pembedahan kakinya, Jaz telah mengambil Eskayvie Phytax atas sokongan kakaknya dan keluarga.


Dengan penjagaan rapi dan sokongan suplemen Eskayvie Phytax, keadaan luka pembedahan di kaki yang pada mulanya sangat besar telah menjadi semakin baik dan didapati daging baru telah tumbuh bagi menutupi luka tersebut. Perubahan yang sangat cepat dan ketara ini membuatkan Jaz rasa sangat bersyukur dan menjadi lebih bersemangat untuk terus mengamalkan Eskayvie Phytax. Jika dahulu, Jaz sudah berserah sepenuhnya andai terpaksa menjalani kehidupan yang lebih sukar selepas kaki dipotong dan seterusnya dibuang kerja. 

Namun kini, Jaz rasa lebih bersemangat untuk memulakan kehidupan baru. Jaz tekad untuk mulai menjaga kesihatan, mengamalkan pemakanan yang betul dengan sokongan suplemen Eskayvie Phytax, bersenam dan menjalani gaya hidup yang sihat.

Kehebatan Eskayvie Phytax

Penyakit yang selalu dihadapi oleh masyarakat Malaysia antaranya seperti diabetes, masalah jantung, darah tinggi, strok dan sebagainya. Eskayvie Phytax mengandungi sejuta rahsia fitonutrisi.

Untuk pengetahuan semua fitonutrisi atau khasiat dari tumbuhan memberi manfaat seperti memulihkan kerosakan dalaman, kaya dengan antioksidan, anti-radang sekaligus dapat mencegah penyakit-penyakit kronik serta pelbagai masalah tubuh badan. Satu rahsia alam yang tak diterokai sepenuhnya, iaitu lebih 100,000 jenis fitonutrisi serata dunia yang mempunyai peranan dan fungsi unik tersendiri yang sangat memberi manfaat kepada kesihatan manusia. 



Eskayvie Phytax merupakan campuran sinergi 12 ekstrak bahan fitonutrisi daripada Biji Anggur, Teh Hijau, Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle, Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis. Revolusi terkini bagi sumber anti-oksidan daripada alam semula jadi dengan teknologi nano mampu memudahkan penyerapan dalaman. 

Selain itu lebih dari 20,000 kajian membuktikan kebaikan fitonutrisi dalam melindungi tubuh badan manusia. Ia memberi pencegahan dan penyembuhan kepada pelbagai masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, masalah jantung, masalah buah pinggang, mata dan kesihatan otak.

Kebaikan 12 Ekstrak Bahan Fitonutrisi

Antara kebaikan formulasi dari 12 ekstrak bahan fitonutrisi adalah seperti:-

  • Biji Anggur - Mengandungi resveratrol yang kaya dengan OPCs (Oligometric Proanthrocyanidin Complex) berfaedah bagi mengatasi kesan radikal bebas dan bertindak merangsang telomerase bagi mencegah penuaan pra-matang dan meremajakan badan secara menyeluruh. Unsur d dalamnya juga boleh membantu pembaikpulihan kerosakan DNA agar replikasi sel akan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Bahan aktif tersebut juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan menggalakkan pertumbuhan kulit.


  • Kulit manggis - Manggis (Garcinia mangostana) mempunyai hampir 40 jenis fitonutrisi yang berkhasiat bagi kesihatan. 
  •  Kulit pokok kayu pain - Ianya terdiri daripada komponen antioksidan dari procyanidins, bioflavonoids dan asid fenolik yang berfungsi untuk membersihkan badan dari radikal bebas dan juga memiliki kesan memanjangkan telomere. Ianya juga dapat menghalang pembekuan darah, dan melindungi sel-sel dengan menenangkan dinding arteri dan membolehkan aliran darah melaluinya dengan mudah.
  • Astaxanthin (algae hijau) yang mengandungi sejenis karotenoid (atau pigmen semulajadi) yang dinamakan sebagai astaxanthin. Ia merupakan antioksidan yang paling kuat di dunia dengan kuasa ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) atau kuasa melawan radikal bebas yang paling tinggi sekitar 28,222. Manakala ia berpotensi melebihi dari kuasa antioksidan Vitamin C sebanyak 6000x ganda. Ia selamat digunakan dan mempunyai kesan perlindungan dari radikal bebas serta stres oksidatif yang paling tinggi di samping turut mempunyai kuasa anti-radang yang hebat. 
  • Buah delima mengandungi kandungan antioksidan yang amat tinggi iaitu 3x ganda lebih tinggi dari wain merah dan teh hijau. Sebatian punicalagin memberikan 50% dari kesan antioksidan di dalam delima. 


  • Beri biru adalah salah satu ahli keluarga beri yang amat popular dan sedap rasanya. Ia kaya dengan Vitamin A dan C, zink, potassium, zat besi, kalsium, magnesium dan pelbagai fitonutrisi seperti flavonoids dan sebatian polifenol iaitu quercetin, kaempferol, myricetin, chlorogenic acid terutamanya anthocyanins.
  •  Acai beri didapati dari pohon Euterpe oleracea memiliki kuasa antioksidan yang tinggi (Nilai ORAC setinggi 18,400) dari bahan aktif anthocyanin dan flavone. Ia kaya dengan pelbagai jenis vitamin serta sejenis bahan anti-radang yang berpotensi tinggi dinamakan velutin. Velutin mampu menghalang bahan keradangan cytokines seperti TNF (tumor necrosis factor).
  •  Ekstrak teh hijau yang mempunyai kuasa perlindungan terhadap kesihatan telomere. Bahan aktif ini juga memberi perlindungan dari serangan jantung dan strok serta membantu meningkatkan metabolisma tubuh dan pembakaran lemak. 
  • Roselle adalah sejenis pohon yang sama spesis dengan bunga raya. Ia dikenali secara saintifik sebagai Hibiscus sabdariffa Linn. Ia sering diamalkan sebagai teh yang rendah kalori dan bebas kafein. Di samping mempamerkan kesan anti-radang yang berkesan, kaya dengan Vitamin C, membantu mengawal tekanan darah tinggi dan paras kolesterol, meningkatkan sistem pertahanan tubuh, mencegah kanser, merawat masalah hati, meningkatkan metabolisma dan membantu pelangsingan badan secara semulajadi. 
  • Tomato pula kaya dengan sejenis karotenoid bersifat antioksidan iaitu lycopene yang baik bagi mencegah kanser terutamanya kanser prostat. Ia memiliki pelbagai fitonutrisi berfaedah seperti Vitamin C, Vitamin E, karotenoid iaitu lycopene dan lutein yang memelihara kesihatan mata dan sistem imun dan flavonoid dan antioksidan seperti esculoside A, chalconaringenin, asid 9-oxo octadecadienoic dan alfa tomatin yang khusus bertindak mengawal keradangan.
  • Kranberi sering ditonjolkan bagi mencegah jangkitan kuman pada saluran air kencing kerana kandungan proanthocyanidin yang menyukarkan keupayaan bakteria untuk melekat di dinding sel. -Kranberi kaya dengan flavonoids dan polyphenols yang lain seperti Peonidin, Quercitin, asid Ursolic dan Myricetin, masing-masing memiliki keupayaan anti radang yang kuat serta kesan anti kanser. Zat-zat lain seperti Vit C, E, K1, mangan, kuprum membuatkan kranberry antara buah yang sihat di amalkan.

  • Durian belanda bersifat anti-kanser. Durian belanda atau Graviola datangnya dari pohon Annona muricata. Ia juga berfaedah bagi pelbagai penyakit lain seperti diabetes. Khasiat antioksidannya seperti tannins, saponins, phytosterols, flavonoids dan anthraquinones mempamerkan kesan mengawal paras gula dalam darah, menghalang enzim yang meningkatkan gula dalam darah dan merendahkan rintangan insulin. 

Tidak mudah sebenarnya untuk dapatkan khasiat fitonutrisi. Ini kerana khasiatnya terletak kepada bahagian buahan atau tumbuhan yang bukannya praktikal untuk dimakan seperti biji (anggur), kulit (manggis) dan kulit pokok pain (pycnegenol). Adalah lebih mudah dan praktikal untuk mengamalkan bahan aktif yang telah diekstrakkan daripada bahagian tersebut dalam bentuk suplemen. Rahsia fitonutrisi terletak kepada bahan-bahan seperti polifenol, vitamin, tannin, saponin, flavonoid, karotenoid dan lain-lain yang semuanya mempunyai peranan dan fungsi yang unik masing-masing.  Selain dari itu gabungan antioksidan dari sumber pelbagai boleh memberi perlindungan yang lebih efektif terhadap gangguan radikal bebas dan stres oksidasi apabila bertindak secara sinergi.

Antara cara yang boleh dilakukan adalah mengamalkan sayuran-sayuran atau buah-buahan yang berlainan warna setiap hari. Atau cara yang paling mudah ambil suplemen yang terdiri daripada pelbagai kombinasi bahan bahan di atas sudah tentu lebih mudah dan praktikal untuk diamalkan pada sukatan yang efektif secara berterusan. Bagi mendapatkan khasiat sesetengah buah-buahan seperti kranberi contohnya, ia mengandungi kandungan gula yang tinggi dan jika diamalkan setiap hari sudah tentu boleh menjejaskan kawalan gula darah. Lebih baik jika dapat diasingkan bahan aktif semulajadinya tanpa gula dan diamalkan dalam bentuk suplemen supaya tidak menggangu bacaan gula secara keterlaluan


Jadi sekiranya ada dikalangan keluarga atau sahabat anda yang mengalami masalah kencing manis dan pada masa yang sama mempunyai masalah luka. Bolehlah guna gabungan fitonutrisi semulajadi iaitu daripada tumbuhan dan buah-buahan yang boleh membantu mengatasi keradangan daripada luka yang dialami penderita kencing manis. Anda juga sebenarnya boleh sertai program eksklusif yang ditaja sepenuhnya oleh Eskayvie untuk membantu mereka yang mengalami masalah luka lambat sembuh terutamanya daripada luka kecil yang kelihatan seperti tidak berbahaya. 


Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax . Layari http://eskayvie.com.my/phytax dan dapatkan sekarang. 


BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari http://eskayvie.com.my/phytax 

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari 
Kehebatan Eskayvie Phytax Adalah Formulasi Dari 12 Kebaikan Ekstrak Bahan Fitonutrisi Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on April 13, 2021 Rating: 5

11 comments:

  1. ngeri nya tengok gambar kaki tu akak! first time dengar pasal benda ni . bagus rupanya ya. boleh recommend dkt warga emas terutaamnya

    ReplyDelete
  2. Rawlins terus laju scroll sebab sejenis mudah geli tengok luka. Tapi memang ada baca Phytax nie elok. Macam nak beli dan bagi parents - walaupun depa bukan pengidap kencing manis tapi nak biar dia rasa khasiat sebab dua2 dah berusia kan

    ReplyDelete
  3. Kalau boleh elakkan la dari penyakit kencing manis ni. Seram I. Bila dah berusia kena la makanan makanan tambahan untuk kesihatan.

    ReplyDelete
  4. Seram bila tengok gambar tu and yes penyakit kencing manis ni makan secara diam tau2 kaki dah membusuk lagi-lagi yang tak kawal makan. Tak tau ada Phytax ni boleh membantu. Nak suggest dekat kawan-kawanlah.

    ReplyDelete
  5. Wahhh my grandma baru jer buat pembedahan buang jari kaki disebabkan oleh kencing manis dan luka lambat sembuh, turn black! Huhu.. Ini mcm good for her jer!

    ReplyDelete
  6. Penyakit pembunuh dalam diam ni, kalau tak cari ubat memang potong kaki lee kan.. tapi campuran bahan dia ada durian belanda tu bagus, anti kanser.. kita takde penyakit ni boleh cuba gak kan?..

    ReplyDelete
  7. Penyakit Diabetes ni kalau tak dikawal boleh jadi teruk.. Bagus phytax ni.. Bantu maslaah mereka yang ada kencing manis. Alhamdulillah.. Sembuh seperti sediakala.. Bahan pun bagus

    ReplyDelete
  8. Takut nya tengok kaki tu. Tapi hahaha terbelit lidah nak sebut nama produk ni. Boleh rekemen dekat family members yg ada masalah kesihatan. Thanks share :)

    ReplyDelete
  9. oh my godness, scard me when I viewed those photos here. thanks for sharing this informative & awareness posting here. Health is really important at any age group. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  10. Bagus betul bahan2 Dia. Manggis Dan berries mmg baik utk kesihatan. Boleh Cuba la bg mak kita nnt

    ReplyDelete
  11. Phytax ni untuk sakit kencing manis aja ke?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.