PICOMS Berkaloborasi Dengan Enam Institusi Dari Indonesia

Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS merupakan institusi Bumiputera yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). PICOMS sangat menitikberatkan aspek pembelajaran teori dan praktikal selain mementingkan pembabitan penuntut dalam aktiviti kokurikulum serta program khidmat masyarakat mahupun tanggungjawab sosial korporat.

Dan terkini Kolej Universiti Antarabangsa PICOMS telah berkaloborasi dengan enam (6) institusi di Indonesia melalui program "Global Mobility 2020 (Inbound)" yang akan bermula daripada 22 Febuari sehingga 8 Mac 2020. Satu program yang cukup sukses kerana ianya melibatkan 2 buah negara.

Sepertimana yang telah ditekankan oleh Naib Canselor PICOMS, Prof. Dr. Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman,

Program ini membolehkan pertukaran maklumat dan teknologi antara pelajar PICOMS dan pelajar dari Indonesia selain menyantuni budaya serumpun.Program ini juga bakal mempromosikan PICOMS dan sistem pembelajaran berintegrasi di Malaysia di samping menggalakkan kerjasama serta meningkatkan hubungan komunikasi di kalangan pelajar PICOMS dan pelajar Indonesia
Institusi Yang Terlibat
Untuk pengetahuan semua seramai 82 orang peserta telah menyerati program ini termasuklah 16 pengiring dan 66 pelajar dari pelbagai institusi dari Indonesia. Antara institusi yang terlibat seperti:-

  • Universiti Gunung Rinjani, Nusa Tenggara Barat
  • Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Muhammadiyah Ciamis Jawa Barat
  • Sekolah Tinggi Keguruan & Ilmu Pendidikan Bima, Nusa Tenggara
  • Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi Bima, Nusa Tenggara Barat
  • Politeknik Kesehatan Bandung, Jawa Barat 
  •  Politeknik Medica Farma Husada Mataram

Prof. Dr. Wan Mohd Azizi berkata,
Program ini bertujuan memupuk kualiti dan nilai dalam diri pelajar serta membawa pelajar lebih dekat kepada diversiti budaya. Ia meliputi perkongsian informasi dan teknologi dalam bidang akademik, lawatan ke fasiliti kemudahan termasuk hospital dan makmal pelajar, penganjuran kuliah dan seminar bertaraf antarabangsa serta mempromosikan pelancongan dan hospitaliti Malaysia, katanya.
Program ini juga antara inisiatif Prof. Dr. Wan Mohd Azizi melalui 10 Pelan Transformasi PICOMS yang mana mahu memberi lebih banyak pendedahan kepada pelajar PICOMS di peringkat antarabangsa. Tidak dinafikan juga, pelaksanaan program ini juga akan melibatkan kolaborasi dengan lain-lain institusi pendidikan serta perkongsian pintar bersama industri. Ibarat serampang dua mata yang mana melalui program dan kolaborasi ini juga dapat memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

Simposium Sains dan Pengurusan PICOMS 2020 (PICOMSAM)
Bersempena dengan persidangan antarabangsa mengenai Sains, Teknologi, Pendidikan & Pengurusan 2020 (InSTEM), satu Simposium Sains dan Pengurusan PICOMS 2020 (PICOMSAM) juga akan diadakan  pada 3 Mac 2020. Simposium yang cukup hebat yang mana dii anggarkan seramai 200 orang peserta akan menyertai simposium ini.
Antara penceramah di persidangan ini seperti Pengerusi Lembaga Pengarah PICOMS Prof. Dr. Abdul Latiff Mohamed dan Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Mohamed Salleh bin Mohamed Yassin. Manakala Prof. Dr. Wan Mohd Azizi akan membentangkan kertas kerja bertajuk The Resurgence Of Traditional Malay Medicine Between Bomoh And Therapist.

Dari negara Indonesia penceramah yang akan turut serta adalah Doni Setiawan dari M. Biotek dari Sekolah Tinggi Ilmu Kesihatan Muhammadiyah Clamis, Indonesia. Beliau akan membentangkan kertas kerja bertajuk Thalassemia Beta Minor Screening in High School Students in Ciamis.


PICOMS FEST 2020
PICOMS FEST 2020 akan diadakan pada 4 Mac 2020 di Dewan Utama PICOMS, Kampus Batu Muda, Kuala Lumpur bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Ianya adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keupayaan perusahaan kecil dan sederhana serta koperasi beroperasi dalam komuniti. Ianya juga dapat meningkatkan kesedaran terhadap keperluan pada anak-anak masa kini.

Program ini juga dapat menyantuni delegasi pelajar dari Indonesia dengan pengisian program berbentuk akademik, tunjuk cara dan kebudayaan termasuk pameran dan jualan, Forum Pengurusan dan Perkongsian Pendidikan, Program Hari Info serta persembahan aerobik.

Oh ya! Ada artis juga akan hadir memeriahkan acara. Antara artis yang akan memeriahkan acara ini seperti Daqmie, Badhisham (bekas pemain dram kumpulan Headwind) dan Konsultan Terapi Muzik iaitu Dr. Mir Hazil. Orang ramai turut dijemput bagi memeriahkan PICOM Fest 2020.
Syabas PICOMS atas usaha perkongsian dan memartabatkan ilmu dengan menggunakan platform pendidikan terbaik seperti simposium, seminar dan sebagainya. Dan paling mengujakan ianya juga membabitkan negara-negara dari luar Malaysia.

#onefamilyonegraduate
 #jommasukpicoms 
#picoms
 #picomsgemilang 
#live 
#spm

PICOMS Berkaloborasi Dengan Enam Institusi Dari Indonesia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 03, 2020 Rating: 5

3 comments:

  1. Bagus juga kolaborasi begini. Boleh tambah ilmu dan juga pengalaman yang menarik. Mesti byk manfaat kan...

    ReplyDelete
  2. dulu selalu dengar pasal PiCOM ni ada juga plan nak masuk belajar sini. Sekarang dah makin maju dan berkembang bagus...

    ReplyDelete
  3. la ingatkan PICOM ni yang event pameran komputer tuh ermm rupanya lain yer. nasib baik baca entry ni sampai then baru paham hah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.