Sellection Dinner & Appreciation Night Yang Cukup Meriah

Sellection Dinner & Appreciation Night Yang Cukup Meriah- Pada 7 Mac 2020 baru-baru ini saya telah menghadiri Majlis Makan Malam dan Penghargaan Sellection bertempat di Black Pearl Event Space, Shah Alam. Majlis yang dianjurkan memang cukup meriah yang dihadiri oleh pelanggan-pelanggan setianya, keluarga, rakan niaga, selebriti, pengamal media, insta famous, blogger dan ramai lagi.

Cukup popular dengan penggunaan tanda pagar #SistersdiMalaysia, SELLECTION.COM sememangnya cukup terkenal di kalangan mereka yang mencari produk berjenama mewah ori yang dijual jauh lebih murah daripada harga pasaran. Uniknya #SistersdiMalaysia dapat mendekatkan lagi ukhwah secara virtual antara SELLECTION, pengikut dan pelanggan.

Bermula daripada platform di facebook https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah dan diikuti dengan instagram https://www.instagram.com/sellectioncom/, berpuluh ribu peminat telah mengikuti dua platform SELLECTION ini bagi tujuan untuk mendapatkan produk jenama ori terkini yang ada ditawarkan. 
Bagi menghargai pelanggan setianya dan juga meraikan kecemerlangan perniagaan SELLECTION satu majlis makan malam telah dianjurkan. Ini juga sebagai tanda penghargaan atas sokongan pelanggan setianya seain daripada dapat berkenalan dan mengukuhkan silaturrahim yang telah terbina.

Kemeriahan makan malam bukan sahaja dihadiri oleh ramai tetamu, bahkan tempat yang begitu cantik serta makanan yang dijamu begitu enak menjadikan pelrjalana acara ini begitu sempurna.

Pelancaran Online Premium Outlet Pertama di Malaysia
Turut diadakan pelancaran premium outlet secara online SELLECTION yang terletak di Wangsa Maju. Jika sebelum ini pelanggan hanya berurusan secara atas talian semata-mata dan kini mereka boleh singgah ke outlet SELLECTION untuk melihat dan seterusnya membelinya dari situ.

Saya sendiri menggemari barangan mewah. Saya pasti ramai juga merasai keinginan sama. Tidak hanya golongan wanita, lelaki pun mempunyai minat sama. Ada yang nak bergaya dengan barangan mewah namun mahu berjimat. Daripada situlah saya lihat ruang menjadi personal shopper itu terbuka luas. Harga yang dibeli di outlet lebih murah daripada yang dijual di butik. Pada masa sama ia juga up to date dan harga mampu milik.
Puan Rafidah Pengasas SELLECTION

Bermula dengan perniagaan personal shopper, Sellection sudah berkembang menjadi sebuah jenama tempatan yang menyediakan barangan fesyen yang hanya berkualiti, berjenama dan mewah pada harga mampu milik. Kini, Sellection secara rasminya menaik taraf sebagai “Online Premium Outlet” yang pertama di Malaysia. 

Pelancaran Kad Keahlian dan Gift Card Platinum, Gold dan Diamond
Selain itu, pihak SELLECTION turut mengumumkan pengenalan kad ahli buat pelanggan-pelanggan setianya. Untuk pengetahuan semua antara jenama yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di sini adalah jenama Coach. Begitu juga dengan jenama Michael Kors, Kate Spade,  Louis Vuitton, Chanel  dan sebagainya. Yang menariknya di SELLECTION harga yang ditawarkan lebih murah iaitu diskaun sehingga 30%-50%. Ini kerana semua beg berjenama ini dibeli terus di outlet  di Amerika Syarikat, Kanada dan Benua Eropah.

Dengan pemberian kad keahlian kepada pelanggan setianya sekaligus memberi peluang pelanggannya menikmati lebih banyak diskaun dengan ganjaran yang cukup menarik.

Meraikan Ulangtahun Kelahiran Yang 31-Tahun Buat Puan Nor Rafidah
Siapa sangka wanita genit ini usianya baru mencecah 31 tahun pada 26 Februari yang lepas. Wow! Teruja dan kagumnya saya di atas pencapaiannya sebagai wanita muda yang cukup sukses. Memiliki sifat berani mencuba sesuatu yang baru dan tidak pernah berputus asa menjadikan beliau antara ikon yang cukup hebat dan harus diikuti oleh wanita di luar sana.

Renungkan hasil perkongsian cerita daripada Puan Nor Rafidah sendiri bagaimana beliau mula membina kerjaya dalam bidang perniagaan. 

Puan Rafidah merupakan Graduan Sains Politik pada tahun 2012 di Universiti Sains Malaysia dan mempunyai status Penduduk Tetap di Kanada. Pada awalnya beliau mencuba nasib mencari rezeki dengan pelbagai kerja. Bagaimanapun kisah menjual mufin pisang cukup menarik perhatian kerana ia sebenarnya menjadi asbab dan pembuka jalan untuknya menjadi personal shopper sejak tahun 2015.

Berbanding suaminya yang senang mendapat kerja kerana sudah lama menetap di Kanada, beliau sebenarnya bergelut pada awal penghijrahan. Pernah dalam satu ketika beliau membuat empat kerja dalam satu masa. Termasuklah menjadi pembantu hotel, mengemas hotel (housekeeping)  dan pembantu dapur.  Dalam sehari beliau pernah dapat hanya 10 dolar saja sebelum di terima sebagai pekerja tetap sebagai Software Tester di sebuah syarikat di Montreal.

Akibat terasa susah dan rasa kesempitan hidup, saya bertekad untuk melakukan kerja lain yang boleh mendatangkan tambahan pendapatan. Jadi tercetuslah idea menjual mufin pisang di kafe sekitar Montreal pada tahun 2015. Saya reka resipi mufin pisang dengan menggunakan tepung bebas gluten. Gigih juga saya berjalan dari satu kafe ke kafe di Montreal untuk mempromosikan mufin pisang itu dengan mengedarkan brosur.  Ada yang geli nak mencuba mufin saya. Tak kurang juga yang tak pandang langsung saya.  Ada juga yang memandang pelik dan skeptikal kerana saya bertudung.

Saya sudah terbiasa menerima penolakan. Saya tetap kuat dan sabar. Dalam hati saya cukup optimis kerana  rasa mufin ini sangat sedap & kandungannya menyihatkan. .
Ingat lagi ketika tak ada kereta, saya terpaksa membawa pisang sebanyak 20 kilogram yang dibeli dengan menaiki bas untuk dibawa ke rumah.  Ada ketika saya harus dalam keadaan cuaca sangat sejuk, saya redah sahaja. Saya sorong pisang itu dengan menggunakan shopping cart. Rumahlah jadi tempat saya beroperasi membuat mufin pisang. Apabila hidup ini ada pengharapan dan semangat positif, automatik diri ini jadi sangat kuat. Tanpa diduga mufin saya mulai diterima ramai. 

Idea menjadi 'Personal Shopper' bermula di sini. Apabila hasil jualan mufin pisang cukup membanggakan menjadi ruang terbaik untuk Puan Rafidah memanjakan diri dengan membeli apa yang diingininya. Beliau mula pergi ke Shopping Outlet dan mendapat idea untuk menjadi "Personal Shopper" apabila melihat harga yang ditawarkan di butik-butik beg berjenama di situ jauh lebih murah dari di Malaysia. Selain daripada harga murah, di sana juga kerap menawarkan produk rekaan trend yang terkini.

Dan sejak itu beliau mula berjinak menjadi 'Personal Shopper' dan perniagaannya semakin berkembang dek kerana kekangan masa, secara tidak langsung komitmen untuk fokus dalam bisnes mufin pisang terganggu. Selama dua tahun bisnes mufin pisang beroperasi dan pada tahun 2017 Puan Rafidah dan suami  membuat keputusan untuk kembali ke tanah air bagi memberikan tumpuan penuh kepada business online shopping dan legasi Sellection.


Penghargaan Buat Pelanggan Setia

Matlamat utama Sellection ialah memberi peluang kepada rakyat Malaysia memiliki barang berjenama dan berkualiti dengan harga mampu milik. Dan di majlis makan malam ini juga penghargaan telah diberikan kepada 3 pelanggan setianya yang telah menyokong dari awal pengenalan 'Personal Shopper' Puan Rafidah iaitu dari tahun 2015.

Turut diadakan sesi cabutan bertuah buat tetamu yang hadir dan juga pelanggan-pelanggan setianya. Antara hadiah yang ditawarkan merupakan voucher, tupperware dan beg dari pelbagai jenama mewah.


Peluang Niaga Kepada Masyarakat Untuk Menjana Pendapatan
Ketika ini juga Rafidah berkata pihak Sellection turut mahu membuka peluang niaga kepada masyarakat di luar sana untuk menjana pendapatan. Samada menjadi reseller mahupun menjadi personal shopper dan dapatkan produk pilihan pelanggan mereka di outlat SELLECTION.


Untuk keterangan lanjut boleh layari:-

www.sellection.com
https://www.facebook.com/brandedhandbagsbyrafidah
https://www.instagram.com/sellectioncom/
www.youtube.sellection.com

BUTIK SELLECTION
Ground Floor,
10, Jalan Wangsa Setia 4,
Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur,
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Sellection Dinner & Appreciation Night Yang Cukup Meriah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 09, 2020 Rating: 5

13 comments:

  1. Ini first time dengar jenama ni. Moga jenama ni boleh sebaris dengan jenama terkenal dan bertahan lama di arena perniagaan.

    ReplyDelete
  2. Wow. Jadi PS pun boleh jadi berjaya sebegini kan. Ada a few kawan Rawlins yang jadi PS dan mereka pun alhamdulilah hidup senang. Tapi sejak Covid-19 kesian depa takleh nak keluar negara. All the best Sellection

    ReplyDelete
  3. selalu juga terjah IG sellection ni cuci mata tengok handbag berjenama, tunggu dapat rezeki lebih baru boleh pertimbangkan nak beli satu handbag baru ;)

    ReplyDelete
  4. Wish all the best to the owner of this brand!
    It's my first time seeing this brand but still WELL DONE!

    ReplyDelete
  5. Yeah! This celebration look so happening and awesome. Bring you dapat sertai nyer. Hope you had a good time.

    ReplyDelete
  6. apa ekk produk sellection ni?
    aida nak kena korek lebih ni. sebab 1st time dgr.
    nowadays kan byk produk baru mencanak naik.
    hingga tak tau nak buat pilihan :) hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat join dinner Sellection. Pernah beli sekali dekat butik dia and very recommended sangat. Murah and original. Bila datang butik semua staff pon friendly sangat

    ReplyDelete
  8. warghhhh , nak try la skodeng kat socmed Sellection. Mana tau ada rezeki lebih bolehla kita bergaya sakan...hehehe. Tambah tak lama lagi nak raya dah kan

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni banyak usahawan muda dan juga yang berjaya dalam bidang masing-masing lah kita pun rasa teruja nak juga jadi usahawan macam ni hurmmm tahniah kepada Sellection atas kejayaan dalam dunia business ni... Moga jadi inspirasi kepada semua anak muda luar sana juga..

    ReplyDelete
  10. Jenama baru eh? 1st time dengar. Hope terus maju jaya!
    Ayu, dah lama kita tak jumpa, awak semakin cantik! ♥♥
    Suka tengok! Happy for u

    ReplyDelete
  11. meriah dan glamour ya! suka dengar kisah kejayaan seseorang dari awal sehingga berjaya. semoga lebih berjaya di masa hadapan :)

    ReplyDelete
  12. Wow cam menarik je kak dah la dia cam buka peluang perniagaan utk org ramai gak. Nnt nak riki2 la

    ReplyDelete
  13. wah tahniah di atas perniagaan. semoga lebih maju dan berjaya

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.