Pinggir Armada Menawarkan Pelan Data dan Pelan Internet Yang lebih Berbaloi!

Pinggir Armada Menawarkan Pelan Data dan Pelan Internet Yang lebih Berbaloi!- Pinggir Armada adalah kumpulan diversiti antarabangsa yang mempunyai kepentingan utama dalam hartanah, telekomunikasi, teknologi dan perkhidmatan profesional. Kumpulan ini mempunyai pelaburan yang besar di lebih daripada 70 syarikat di seluruh Singapura, Malaysia dan Kemboja.

Pinggir Armada biarpun dikatakan baru dalam industri ICT, namun perkembangan memang terbaik saban tahun. Dengan teknologi terkini, Pinggir Armada kini menawarkan solusi ke arah sistem telekomunikasi yang komprehensif dan lengkap bagi penyelesaian rangkaian mana-mana kumpulan ISP di pasaran hari ini.


a. Telekomunikasi - PSTN

Pinggir Armada menawarkan kad panggilan prabayar dan juga panggilan IDD dengan perkhidmatan pasca bayar korporat yang terbaik. Di mana Pinggir Armada merupakan syaraikat telekomunikasi yang pertama mengubah daripada model tradisional bayaran-per-guna (pay-per-use ) kepada jenis bayaran “all-you-can-eat” " iaitu tanpa had panggilan.

Dengan pelbagai pilihan pakej tawaran, perniagaan di seluruh dunia telah bertukar ke kontrak panggilan tetap yang ditawarkan.Terdapat lebih 5,000 pelanggan telahpun melanggan rangkaian telekomunikasi daripada Pinggir Armada.


b. Telekomunikasi - VoIP


Pinggir Armada membuat langkah pertama dengan menyertai bidang perniagaan telekomunikasi VoIP yang agak rumit. Bersama membina perniagaan dengan begitu berdedikasi dalam pengendalian kemajuan  internet VoIP, penyediaan perkhidmatan VoIP yang mantap dan stabil kepada ribuan pelanggan di rangkaian mereka. Melalui perkhidmatan trak SIP , Pinggir Armada telah berjaya menghubungkan komunikasi (connectivity) yang lebih besar - dan yang paling penting, komunikasi yang lebih efektif kepada pelanggan. Pengenalan VoIP juga membolehkan Pinggir Armada untuk menghubungkan pelanggan mereka dengan cara yang tidak pernah dilakukan semasa zaman telekomunikasi analog.


c. Perkhidmatan Data

Pinggir Armada juga berperanan sebagai kedai sehenti telekomunikasi. Syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan 'voice service provider'  yang lain. Pinggir Armada juga melancarkan perkhidmatan internet yang lebih fleksibel dan pelbagai kemudahan kepada pelanggan mereka. Dari akses data langsung tanpa sebarang melibatkan sambungan kabel fizikal. Ini kerana Pinggir Armada menawarkan talian tanpa wayar berasaskan gelombang mikro.


d. Perkhidmatan Awan

Istilah "cloud" adalah perkataan yang cukup popular pada tahun 2012-2013. Dunia teknologi menggunakan sistem ini. Ironinya ada yang berpendapat ianya adalah "next big thing" dalam dunia ICT. Namun demikian ada yang berpendapat ianya adalah "just hype and an overused term". Namun Pinggir Armada tetap yakin perana 'cloud' yang mampu mengubah cara manusia bekerja dan berkomunikasi serta dalam pengendalian operasi syarikat.


i. Telefon Cloud

Komunikasi menjadi lebih mudah. Hos sistem telefon yang dapat menampung dari serendah 5 pengguna, sehinggalah mencecah 500 pengguna. Sistem telefon yang tidak hadir secara fizikal, namun ianya datang dengan ciri dan fleksibiliti sistem premis yang lebih besar (dan ketara lebih mahal). Sistem telah digunakan oleh pelbagai jenis saiz pelanggan dan didapati terbukti berlakunya keberkesanan kos.(dengan beberapa penyebaran Awan Telephony hampir 60% lebih rendah berbanding dengan sistem premis tradisional)


ii. Cloud Storage

Berikutan dengan penyimpana data di Dropbox dan Google Drive, 'cloud storage' Pinggir Armada akan mengubah cara kita menguruskan data data agar lebih efisien. Ianya selamat dan mudah diakses pada bila-bila masa yang kita mahu dan di mana sahaja kita berada.


e. Pembangunan & Penyelidikan

Daripada perkhidmatan suara analog ke VoIP pada tahun lalu, Pinggir Armada akan terus berusaha untuk mempelopori teknologi yang lebih baru dan lebih hebat untuk mengembangkan perniagaan dan juga memberi perkhidmatan terbaik buat pelanggan mereka.

Dari sistem telefon yang membolehkan kita mendapat servis WiFi ( "selamat tinggal" kepada kabel-kabel yang tidak kemas dan telus), ke URL laman web yang berfungsi sebagai nombor akses bebas tol, pasukan penyelidikan Pinggir Armada akan sentiasa menjadi yang pertama untuk meneroka dunia teknologi baru dan mengagumkan. Dalam usaha memberi perkhidmatan teknologi yang terbaik kepada pelanggan mereka.

Kesimpulan

Dan saya sendiri berasa teruja dengan pelan internet dan pelan data yang ditawarkan ternyata jauh lebih murah dan berbaloi dengan perkhidmatanyang sedia ada di pasaran. Boleh rujuk pada jadual di bawah untuk lihat perbandingannya.


Apa yang menarik Pinggir Armada telah menawarkan pakej data internet pada harga RM79 SAHAJA untuk 34GB (Tiada pengecualian untuk hari biasa mahupun hari minggu) Dan RM139 untuk data tanpa had, tanpa had kelajuan, begitu juga dengan panggilan, sms dan hotspot.

Keterangan lanjut boleh layari : https://www.pinggirarmada.com/
Pinggir Armada Menawarkan Pelan Data dan Pelan Internet Yang lebih Berbaloi! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 18, 2020 Rating: 5

15 comments:

  1. Pestime dengar PA ni haaa...tapi bagus juga tu pelan data yang ditawarkan..haraplah line dia ookay di semua tenmpat kan..

    ReplyDelete
  2. pinggir armada nama baru kat Malaysia, dia stand alone punya syarikat ek? takde bernaung under mana2 syarikat telco sedia ada kan? moga mendapat tempat di kalangan pengguna data atau VoIP di Malaysia..office sesuai sangat pakai ni..

    tengok jadual existing telco tu, unifi paling berbaloi pakai kalau nak yang unlimited dari segenap segi..hotspot je la kena topup..kita pengguna unifi tu, ambil kontrak 12 bulan yang RM59 aje tu..hihihi

    ReplyDelete
  3. First time tau pasal pinggir armada ni. Macam menarik je pakej yang ditawarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is scam company. Dont subscribe. I dh kene

      Delete
  4. Pertama kali dengar pasal Pinggir Armada ni.. Harga pakej yang ditawarkan pun berpatutan..

    ReplyDelete
  5. wah pertama kali dengar pasal pinggir armada ni. macam nama dari indonesia. sekarang ni memang setiap orang memerlukan internet untuk kerja seharian. boleh survey2

    ReplyDelete
  6. pernah dgr pinggir armada ni dari kawan2 IT .. tapi tak sangka dah masuk Malaysia ye? hopefully service dorang boleh setanding dgn nama2 besar kat malaysia nih..

    ReplyDelete
  7. Firs time iena dengar pasal Pinggir Armada. Murah jugak RM79 untuk 34GB :)

    ReplyDelete
  8. Kak kte kan baru pertama kali dengar pasal pinggir armada ni. Bagus akak kongsi info pasal ni so makin ramai yang tahu

    ReplyDelete
  9. baru tahu pasal pinggir armada ni. thanks share info, kita boleh sebarkan juga ni

    ReplyDelete
  10. Nampak menarik plan nie. Sy mmg bajet satu hari 1gb. Jadi 34gb tu dh kira okay bagi sy. Harga dia pon murah tp risau bab line je. Kat banting nie line sedikit sedih ya.

    ReplyDelete
  11. First time dengar pasal Pinggir Armada. Not bad juga harganya untuk pakej unlimited tu. Sekarang ni memang kena pakai yg unlimited sebab selalu tengok movie streaming. 60GB sebulan tak cukup. hehe

    ReplyDelete
  12. First time dengar nama brand telco ni. Semoga dapat bersaing dengan sihat dan memberi manfaat kepada ramai org

    ReplyDelete
  13. Ingatkan nama tempat or shopping complex mcm Armada ke..kisahnya plan data..hehehe. Mcm bagus je plan ni..nanti sis survey2 dulu ekk

    ReplyDelete
  14. Gabungan 3 negara yang meningkat naik. Ilmu baru untuk telephone cloud, selama ni dengar storage cloud je. Untuk rangkaian baru, agak murah la pakej RM79 untuk 34GB

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.