Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” di Hotel Grand Bluewave Shah Alam Pasti Tidak Mengecewakan

Antara tempat feveret saya rekomen untuk berbuka puasa di kawasan Shah Alam adalah di Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA). Bukan sahaja lokasinya yang begitu strategik yang terletak di Pusat Bandar Shah Alam, bahkan hidangan yang dibawakan setiap bulan ramadhan benar-benar memenuhi citarasa pengunjung pelbagai bangsa. Dan pada bulan ramadhan tahun 2020, Grand Bluewave menawarkan lebih100 jenis hidangan tempatan dan antarabangsa serta terdapat 16 jenis gerai pelbagai juadah menarik. 


Setiap tahun, lain konsepnya dan untuk tahun ini, Bufet Ramadan di Restoran Royale Songket, GBWHSA menampilkan tema “House of Smoke & Grill”.



Oh ya! Bufet iftar ini menawarkan aneka pilihan masakan utama berasaskan pilihan tempatan yang
akan bertukar setiap hari. Antara masakan tempatan yang boleh dinikmati ialah Nasi Putih, Nasi Kukus Pilaf Mentega, Nasi Kukus Lentil Mentega, Nasi Kukus Mentega, Lebanese Chicken & Char Grilled Vegetable, Ayam Bakar bersama Sos Cendawan, Sambal Tumis Udang bersama Petai, Rendang Tok Daging, Pizza, Udang Masak Kelio, Gulai Ikan Ala Kampung dan pelbagai lagi masakan untuk dicuba!







Selain itu terdapat juga terdapat masakan Pilihan Antarabangsa iaitu Assortment Garden Salad, Salad Tuna, Salad Ayam Panggang, Salad Tabbouleh, Coleslaw, Salad Makaroni Klasik, pilihan sos dan Seafood on Ice; Kupang, Udang dan Ketam. Tetamu juga boleh mencuba makanan Pilihan Tempatan seperti Ulam-ulam bersama 6 jenis Sambal Belacan, Cincaluk, Budu, Kicap Cili Padi, Air Assam dan 4 jenis Raita, Jeruk Buah-Buahan, Aneka Keropok, Lemang, Ketupat, Nasi Impit bersama Kuah Kacang & Serunding Ayam, Kerabu Ayam, Kacang Botol, Jantung Pisang, dan Kacang Panjang & Som Tham.
Tetamu juga boleh melihat barisan 16 gerai yang menampilkan konsep yang berbeza semasa iftar nanti. Antara gerai yang boleh dikunjungi ialah “Must Try Nasi Kandar”, “Ramadhan House of Smoke & Grill”, “Wagon from Texas”, “Wok with Me”, “The Asian Fritters”, “The Penang Street”, “Oriental Favourite”, “Something Sweet”, “Sahara Tent”, “Seafood on the Grill”, “Oishii!!!”, “Noodle Galore”, “Little India”, “The Hot Pot”, “Italian Memories” dan “Bazar Favourite”.




Tarikan utama Bufet Ramadan kali ini tentulah ialah gerai “House of Smoke and Grill” . Dan ini adalah feveret spot saya hokeh! Di gerai ini, kita berpeluang mencuba masakan istimewa iaitu Smoke Hickory Roasted Whole Lamb bersama Sayur Panggang, Lada Hitam, Rosemary, Cendawan dan Sos Pudina.


Antara hidangan lain yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Kandar bersama Daging Masak Hitam Mamak, Ayam Goreng Berempah Madu, Kari Ikan Berbendi, Dhalca Sayur, Kobis Koot, Acar Buah, Acar Timun dan Papadom Massala.





Terdapat juga pelbagai gerai sepanjang lobi yang menawarkan pelbagai masakan panas serta aneka masakan yang terdiri daripada pelbagai konsep. Antara menu yang boleh dinikmati tetamu adalah Burger, Mee Goreng Mamak, Yong Tau Foo bersama Sotong Kangkong, Nasi Ayam Hainan, ABC, Nasi Arab, Ayam Mandy, Ikan Merah Panggang, makanan Jepun seperti Sushi, Maki, Terriyaki, pelbagai jenis Laksa, Murtabak Ayam, Roti Bom, Roti Jala, Sup Ayam Utara, Bubur Lambuk, Pasta, Roti John dan pelbagai lagi boleh dicuba.
Untuk tahun ini banyak betul pilihan minuman. Terdapat dua gerai minuman iaitu Minuman Panas dan Minuman Sejuk. Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman-minuman seperti
Kopi O Kampung, Teh Tarik Penang, Nescafe Tarik, Air Soya, Tebu, Bandung Cincau, Jagung Manis, Mangga, Blue Lime Soda, Coklat Ais and Air minuman berperisa.






Kalau ke bufet iftar jangan lupa untuk mencuba pemanis mulut yang lazat. Chef Pastri di sini menyediakan bermacam jenis pemanis mulut termasuklah Serawa, Bubur Pulut Hitam, Bubur Gandum Pandan Gula Anau, Bubur Cha Cha bersama Keladi, Aneka Kek dan Pastri, Aneka Kurma, Buah-buahan tropika, pilihan kuih-kuih Melayu dan Dodol, Aneka Jeli, Agar-Agar dan Puding, Sago Gula Melaka dan Tembikai Susu bersama Sagu Pearl.

Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” 
Chef Eksekutif : Chef Mohd Shahril Bin Abu Rahim
Dibuka setiap hari  Isnin hingga Ahad

Hari Biasa
Harga:
RM 148.00+ Dewasa
RM 70.00+ Warga Emas & Kanak-Kanak
Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM150.00+ 1 Dewasa/1 Kanak-Kanak

Terdapat potongan harga istimewa untuk tempahan awal dan bayaran sebelum 1 Ramadan (24 April 2020) apabila tetamu berbuka pada 1 Ramadan sehingga 10 Ramadan (24 April 2020 sehingga 3 Mei 2020) iaitu dengan harga RM74.00 bersih bagi dewasa dan RM70.00 bersih bagi kanak-kanak dan warga emas.

Sebagai penghargaan terhadap tetamu, GBWHSA turut melancarkan promosi Beli 10 Percuma 1 iaitu beli 10 baucar Bufet Ramadan bagi dewasa, pelanggan akan mendapat 1 baucar Bufet Ramadan. Lebih menarik, mereka yang membeli 15 baucar Bufet Ramadan layak mendapat 1 baucar penginapan di Bilik Deluxe selama 2 hari 1 malam.
GBWHSA juga ada menawarkan keperluan majlis berbuka puasa di dewan. Ini terutama bagi mereka yang ingin mengadakan majlisberbuka puasa di dewan, harga pakej adalah serendah RM68.00 bersih bagi minimum 100 orang dan pakej ini didatangkan dengan 1 pilihan gerai. Promosi ini ditawarkan khusus buat syarikat-syarikat korporat dan organisasi yang ingin mengadakan majlis berbuka di dewan bankuet GBWHSA.



Tarikan lain bagi promosi Bufet Ramadan tahun ini ialah sesi cabutan bertuah. Setiap pembelian 5 baucar dewasa bagi Ramadan Bufet akan mendapat 1 penyertaan cabutan bertuah. Terdapat 5 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi apabila anda berbuka puasa di Bufet Ramadan GBWHSA. 
  • Pakej Umrah untuk 2 orang bagi tempat pertama
  • Pakej Umrah untuk 1 orang bagi tempat kedua
  • Tempat ketiga akan memenangi baucar penginapan selama 3 hari 2 malam di bilik Deluxe Suite bernilai RM1,300.00.
  • Tempat keempat akan memenangi baucar penginapan selama 2 hari 1 malam di bilik Deluxe yang bernilai RM650.00 
  • Tempat kelima merupakan baucar makan dan minuman di GBWHSA bernilai RM300.00. 
Cabutan Bertuah akan diadakan selepas bulan Ramadan iaitu pada bulan Syawal yerpp.

Bagi mengisi malam Ramadan dengan keberkatan, tetamu juga dapat menikmati alunan bacaan ayat suci Al-Quran. Paling penting tetamu yamg hadir juga boleh dapat menunaikan solat Maghrib dan solat Terawih yang akan diketuai oleh imam di Surau yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, sila hubungi bahagian Jualan dan Pemasaran Hotel Grandbluewave Shah Alam di talian 03-5511 8811 sambungan. 2801, 2804 atau 2806 ataupun menghantar email dosm@bluewavehotels.com atau Jabatan Telepemasaran melalui WhatsApp +60192736801atau +60192757801 .
Bufet Ramadan Al-Kareem “House of Smoke & Grill” di Hotel Grand Bluewave Shah Alam Pasti Tidak Mengecewakan Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 15, 2020 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.