Raikan Majlis Istimewa di OKAD Event Space Bukit Julutong Shah Alam


Pemilihan tempat acara yang lengkap dengan fasiliti, mampu deko mengikut konsep yang diingini serta dapat menyediakan juadah makanan yang enak memang sangat dicari. Apatah lagi semuanya ditawarkan dalam satu harga pakej yang sangat berpatutan.

OKAD singkatan daripada Oasis Kasih dan Damai merupakan tempat acara yang agak baru terletak di Bukit Jelutung Shah Alam antara lokasi yang saya rekomenkan. Dibuka pada 1 Disember 2019, OKAD sememangnya sangat sesuai diadakan majlis-majlis keraikan seperti perkahwinan, majlis yang lebih privasi, seminar, bengkel dan sebagainya.

Alamat lokasi adalah seperti berikut:-

OKAD Event Space
No. 2A, Persiaran B,
Seksyen U8, Bukit Jelutong,
40150 Shah Alam, Selangor

Baru-baru ini saya telah melihat sendiri ruang acara OKAD Event Space bersempena dengan majlis perkahwinan yang berlangsung di sini. Lebih menarik acara yang berkonsepkan 'fairy tale' ini benar-benar cantik dan menarik.

Melangkah masuk ke dalam dewan yang serba cantik, dengan tatarias mewah yang begitu menarik sememangnya menjadikan mata tidak jemu memandang. Apatah lagi dengan sinaran pengcahayaan yang begitu kena dengan konsep dekorasi yang diinginkan.

Tahniah kepada pasangan mempelai Mukhlis dan Suzaeka yang sama cantik sama padan. Memang meriah majlis yang dirancangkan. Dengan kehadiran keluarga serta teman-teman menjadikan majlis yang berlangsung pasti meninggalkan 1001 kenangan yang tidak dilupakan.


DEKORASI DEWAN MENGIKUT PILIHAN PELANGGAN
Di OKAD Event Space, pelanggan berpeluang memilih jenis tema yang mereka idamkan. Samada konsep seperti di dalam taman, tradisi melayu dan sebagainya, pihak OKAD sedia realisasikan. Begitu juga sekiranya hendak diadakan bengkel, seminar dan sebagainya, OKAD Event Space sedia untuk menerima tempahan. 


Saya berasa begitu teruja melihat pada kemeriahan bunga-bunga, rama-rama dan pelbagai lagi yang disusun indah di dalam dewan. Sangat cantik dipadankan dengan warna utama seperti langsir, alas meja, alas kerusi kombinasi warna perak berkilat (silver) dan juga putih.


Untuk susunan meja adalah bergantung kepada bilangan tetamu yang dijemput. Seperti majlis ini terdapat dua jenis susunan untuk tetamu iaitu maja bulat dan juga meja panjang. Dan dianggarkan boleh memuatkan sehingga 500 tetamu dalam satu-satu masa.


Memang sangat teliti dalam setiap susunan meja serta dekorasi yang dipertaruhkan. Sangat kreatif!

Di dewan juga ada ruang khas untuk pelamin yang boleh digunakan samada untuk majlis persandingan mahupun pertunangan.

Saya boleh katakan dekorasi yang dipersembahkan antara yang menjadi trend majlis perkahwinan sekarang. Di mana elemen bunga dan sentuhan tata gaya  Inggeris sememangnya menjadi kegemaran.


Meja makan beradab dihiasi seperti candle light dinner. Dan semua susunan meja ini adalah bergantung kepada kehendak dan kesesuaian majlis pelanggan.


 Samada majlis pada waktu malam mahupun siang. Boleh dilaksanan di Okad Event Space ini yerp!


PAKEJ JAMUAN YANG CUKUP BERBALOI
 Saya juga telah mencuba sendiri hidangan buffet yang disediakan. Seperti biasa pilihan menu adalah bergantung kepada pakej yang dipilih oleh pelanggan. Dan untuk katering kali ini disediakan oleh pihak Zai Seri Gemilang

Antara pakej yang ditawarkan adalah:-

BRONZE WEDDING PACKAGE
RM21,900 - 500 pax
RM26,900 - 1000 pax

PAKEJ (A)

Bilik berhawa dingin
Bilik persiapan pengantin
4 VIP dome
12 orang krew beruniform
Dekorasi dewan
Dekorasi meja beradab
Dekorasi meja buffet
PA sistem
Ruangan parkir
Servis RELA
Koordinator perkahwinan
Katering 2 nasi, 4 lauk, 2 air dan 2 buah

PERCUMA
Photographer
Make-up artist
2-tiers wedding cake
Teh, kopi 'o' & 2 jenis kuih

****

SILVER WEDDING PACKAGE
RM23,900 - 500 pax
RM28,900 - 1000 pax


PAKEJ (B)
PAKEJ (A) + Tambahan pakej
Katering 2 nasi, 6 lauk, 2 air dan 2 buah
Penginapan 2H1M di Hotel Concorde Shah Alam

PERCUMA
Photographer
Make-up artist
Wedding card
3-tiers wedding cake
Teh, kopi 'o' & 4 jenis kuih

****
GOLD WEDDING PACKAGE
RM24,900 - 500 pax
RM29,900 - 1000 pax

PAKEJ (B) + Tambahan pakej
Katering 2 nasi, 7 lauk, 2 air dan 2 buah

PERCUMA
Photographer
Make-up artist
Wedding card
3-tiers wedding cake
Teh, kopi 'o' & 4 jenis kuih

*Promosi ini adalah sehingga March 2020
















Serius! semua sedap-sedap. Dari lauk pauk hidangan utama, sehinggalah kepada pencuci mulut semuanya benar-benar membuka selera.

 ANTARA FASILITI LAIN YANG DISEDIAKAN
Pihak Okad Event Space juga menyediakan pelbagai jenis fasiliti/kemudahan bagi memberikan keselesaan tetamu yang hadir ke majlis yang dianjurkan.

Memandangkan sekarang hangat dengan kes COVID 19, langkah pencegahan seperti hand sanitizer dan juga wipe tissue juga disediakan di pintu masuk utama dan juga di setiap meja.

 Di satu sudut juga disediakan pentas mini sekiranya kita mahukan majlis diserikan dengan persembahan samada kugiran, nasyid dan sebagainya.

Turut disediakan bilik khas untuk bakal mempelai khasnya untuk bersiap-siap sebelum majlis berlangsung. Bilik yang dinamakan sebagai 'Bidadari' ini agak luas juga.

 Ianya boleh menempatkan ruang menunggu pengantin untuk bersiap. Terutama buat keluarga atau gadis pengiring yang turut bersiap sedia bagi mengiringi pengantin masuk ke dalam dewan.

 Di satu sudut, kelihatan beberapa busana pakaian pengantin yang ditawarkan untuk disewakan.

 Terdapat juga bilik khas buat pengantin untuk mereka bersiap seperti mekap dan berdandan.

Saya memang suka dengan photo booth yang disediakan. Bukan sahaja cantik, bahkan keluasannya sangat praktikal untuk mereka yang ingin bergambar ramai sebagai kenangan.

Turut disediakan adalah tandas buat lelaki dan perempuan serta surau (di tingkat 1) untuk kegunaan tetamu. Begitu juga dengan parkir memang banyak disediakan.

Antara vendor yang berkerjasama menjayakan majlis di OKAD Event Place seperti:-

Deco & Planner by Myj by Nabies - @myj_by_nabies
Dress by Myj By Nabies -@myj_by_nabies
Make-up by Nurul Shukor @nurulshukor_official @queenxenddra_
Card Printing by GoodMAN PRINTING @th3goodman
Video & Photography by @kuppifilm
Katering oleh @zai.srigemilang
Selawat pengantin oleh @mh.hanafi
band oleh @lerumbaofficial
Lighting oleh @warisan.studios
Hall oleh @okad_event_space

Untuk keterangan lanjut mengenai OKAD Event Space ni, boleh hubungi:-

๐Ÿ‘‰ 012-686 4515 (Az)
๐Ÿ‘‰ 017-735 0117 (Hamidah)
๐Ÿ‘‰ 017-650 3436 (Majidah)

Emel
okad.my@gmail.com

Facebook : okadeventspace
Instagram : okad_event_space

Meraikan hari bahagia raja sehari,
Di OKAD yang cantik dekorasi,
Mengikut tema yang di ingini,
Sebagai lambang cinta sejati

#okad #dewankahwin #bukitjelutong #akadnikah #jomkahwin #kahwinlahexpo #weddingdecor #weddingdress #weddingdaykl #pelaminkl #weddingmakeup #weddingkualalumpur #okadeventspace #eventspacemalaysia #shahalam #pakejperkahwinan #openday #weddfest #wedding #weddingphotography #eventplannerkl #weddingideas #malaywedding #kualalumpurwedding #catererkl #weddingday #pelamindewan #eventvenuekl #pakejperkahwinan2020 #berendoi #pakejaqiqah #istanashahalam #pelaminaqiqah #aqiqahshahalam #kerabatselangor #dewankualalumpur #pakejnikah #hitea #hiteabuffet #corporateevents #occasion #emcee #pakejkatering #weddinginspiration #eventvenue #eventvenuemalaysia #aqiqah #cukurjambul #selangorroyale #katering #pelaminbuaian #aqiqahkl #dewanshahalam #bertunang #pakejtunang #hiteatime #dinner #corporate #liveband #eventspaces
Raikan Majlis Istimewa di OKAD Event Space Bukit Julutong Shah Alam Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 17, 2020 Rating: 5

15 comments:

  1. Wowww cantiknyaaa tempat event dia. Besar dan luas juga sebab boleh masuk semua deko tu kan...Sis tengah survey-survey gak ni untuk anak..nanti boleh tanya, ada ke buat ke Johor..

    ReplyDelete
  2. cantiknya la hai kalau dpt buat majlis kahwin kat sini, tapiiii kita dah kahwin. hehehe

    ReplyDelete
  3. Set yg sgt fairytale. Macam ala2 ice cave citer Frozen pulak. Hehehe. Thank you for sharing your review about this place.

    ReplyDelete
  4. Cantiknya tempat ni, Makanan dia pun nampak sedap2. Beruntung le siapa yang buat majlis kat sini. Sis nak tunggu anak pun tak tahu le bila..kalau tak leh buat je kat sini

    ReplyDelete
  5. Memang pencahayaannya sangat sesuai dengan deko dan konsepnya. Harga dalam 20K tu memang tak larilah bila buat wedding kan. Mesti makanannya sedap kan.

    ReplyDelete
  6. Cantik sgt dekorasi dan hiasan dekat okad nie..mmg puas hati la sape yang pilih okad nie untuk buat majlis prkahwinan..dari hiasan hinggalah makanan, trbaik servis die..

    ReplyDelete
  7. Suka tengok dewan yang lampu malap camni pastu fokus ke pengantin. Hehehe. Cantik kan kak. Nasib baik dah kawin.

    ReplyDelete
  8. lawa giler tempat ni. serius puas hati tengok segala deconya. Kemudahan pun best. siap ada bilik untuk pengantin bersiap. tak payah nak sewa hotel dah..

    ReplyDelete
  9. Cantik betul tempat dia.. pakej dia offer pon boleh tahan harga tu..sekali dengan tempat n makanan n free memacam tu memang berbaloi..rugi sape tak grab sekarang.

    ReplyDelete
  10. Tempat ni memang cantik and sesuai untuk majlis kahwin and event.

    ReplyDelete
  11. Wahhh cantiknya dekorasi dewan diaaa.. Tema yang dipilih dalam gambar ni TB tertarik sangat rengok.. Dengan cahayalampu biru yang redup tu.. Dengan susun atur Segala.. Terbaikkk..

    ReplyDelete
  12. Cantik sangat kan ayu.. Speechless kakak tgk

    ReplyDelete
  13. Wahhh cantik sungguh ya ruangan Okad nie. Mmg nampak mewah betul. Luas pon luas sesuai utk majlis yg ramai tetamu

    ReplyDelete
  14. saya rasa macam pernah dtg tempat ni, memang cantik dan selesalah

    ReplyDelete
  15. Amboi... seriously, ala-ala wedding of the year gitu... kan Kak Ayu... cantik betul hiasannya... pengantin pun dah ala-ala Disney princess dah... memang macam Fairytale gitu... makanannya pun menyelerakan...

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.