Selangor Bakal Menganjurkan Acara Perniagaan Terbesar | Selangor Business Summit (SIBS) 2020

Selangor Bakal Menganjurkan Acara Perniagaan Terbesar | Selangor Business Summit (SIBS) 2020-Tidak dinafikan Selangor antara negeri di Malaysia yang begitu aktif dalam membuat perancangan pelan pembangunan terutama didalam membantu Malaysia meningkatkan dan memperkembangkan ekonomi negara. Dan terkini INVEST SELANGOR Malaysia telah mengumumkan penganjuran acara perniagaan terbesar Selangor Business Summit (SIBS) 2020 yang akan berlangsung selama 4 hari bermula dari 14 sehingga 17 Oktober 2020.

Sidang kemuncak empat hari itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di Kuala Lumpur dan akan mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan antarabangsa, memandangkan acara ini akan menjadi tuan rumah lebih dari 850 gerai tempatan dan antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana, Datuk Teng Chang Khim berkata sidang kemuncak itu akan merangkumi empat komponen iaitu  Selangor International Expo (SIE), Selangor Research and Development (R&D) and Innovation Expo (SRIE), Selangor-Asean Business Conference (SABC) dan Selangor Smart City and Digital Economy Convention (SDEC).

Selangor International Expo (SIE)
Antara komponen terbesar didalam Selangor Business Summit (SIBS) 2020 ialah Selangor International Expo (SIE) Ianya merupakan edisi yang ke-6 dan lebih menarik untuk tahun 2020 program SIE akan meningkatkan lagi bagi program pembeli antarabangsa daripada 141 (2019) kepada 300 untuk tahun ini. Secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka yang ingin memperkembangkan produk Makanan dan Minuman (F&B) daripada ASEAN.

Antara tarikan SIE 2020 (Edisi ke-6) seperti:-

  • Malaysia International Tea and Coffee Expo
  • Selangor International Culinary Festival
  • Selangor International Halal Conference


Malaysia International Tea and Coffee Expo

Untuk Malaysia International Tea and Coffee Expo akan berkaloborasi bersama MyTA yang akan mana mempertengahkan segmen 'creme de la creme' yang sememangnya minuman yang menjadi trend pada zaman sekarang.

Antara target audien adalah dikalangan mereka yang menceburi bidang tersebut:-

🏘Cafe/Hotel/Restaurant Beverage
🍽 Produk Halal
🥦Produk Makanan Kesihatan dan Organik
🖥Food Technologies and Machinery
🍵Tea Wholesaler
☕Coffee Roaster
🚛Distributor

Selangor International Culinary Festival


Manakala untuk Selangor International Culinary Festival 2020 akan menampilkan 'Worldchefs Endorsed Culinary Competition" di mana chef yang telah memenangi anugerah tersebut akan membuat penampilan khas untuk mendemonstrasi masakan dengan menunjukkan skil dan kreativiti mereka menyediakan hidangan autentik Selangor.

Selangor International Halal Conference
Seperti tahun sebelumnya, persidangan Selangor International Halal Confrence antara yang akan mencuri tumpuan]. Di mana tujuan utama persidangan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pembekal, pengguna dan pihak berkuasa berdialog terutama dalam memfokuskan bagaimana hendak memperbaiki/mempertingkatkan akses pasaran dan syarat terkini untuk produk Halal,

Selangor-Asean Business Conference (SABC)
Y.B Dato' Teng turut  menekankan mengenai SABC sepertimana didalam ucapannya;

SABC 2020, the second component of SIBS 2020, is expected to be equally interesting with the gathering of economic players from several countries including high-profile business leaders, trade related associations and international investors.
SABC 2020 aims to strengthen ties between ASEAN and non-ASEAN companies by providing valuable updates and guidance on business expension into new markets. 
Selangor Smart City and Digital Economy Convention (SDEC)
SDEC pula dijangkakan memberi lebih banyak peluang kepada pelabur, ahli perniagaan dan eksekutif korporat dalam berkongsi dan membincangkan prospek terkini dalam teknologi pembuatan pintar (Artificial Intelligence) dan FINTECH. Satu majlis penyampaian anugerah "Malaysia's Top E-Commerce Merchants" akan turut dadakan.

Selangor Research and Development (R&D) and Innovation Expo (SRIE)
SRIE 2020 menyempurnakan acara sidang kemuncak dengan meletakkan negeri Selangor di dalam dunia inovasi global yang memberikan para inovator satu platform untuk mengintegrasikan dan menghasilkan lebih banyak ciptaan. Ini secara tidak langsung dapat menggalakan direct peer engagement for higher levels of deal-making, pelaburan, perkongsian strategik dan membina rangkaian perniagaan yang lebih tinggi.


Kesimpulan
Ternyata sejak pengenalannya pada tahun 2015, SIBS telah mengalu-alukan hampir 100,000 pengunjung dari lebih 50 negara, sekaligus telah berjaya mengumpulkan RM1,143.30 juta dalam nilai urus niaga yang dirundingkan

SIBS merupakan inisiatif strategi dagangan dan globalisasi utama dalam meletakkan Selangor sebagai pasaran terulung bagi usahawan dan pelabur yang berhasrat untuk menjalankan perniagaan di rantau Asia Tenggara. Ia juga menjadikan Selangor sebagai laluan dagangan ke negara-negara ASEAN.
Selangor Bakal Menganjurkan Acara Perniagaan Terbesar | Selangor Business Summit (SIBS) 2020 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 06, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. Menarik event ni. I berminat untuk pergi ke Tea and Coffe Expo tu. Mesti banyak info boleh di perolehi.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Selangor.. Teruskan program ilmu mcm ni.. Bila tak sibuk kerja, boleh pegi event ni.. Ajak kawan2, my friends ramai yg suka bisnes.

    ReplyDelete
  3. Event macam ni best sbb kita boleh kenali bisnes2 baru dan lama.. Byk info bole dapat.. bole belajar cara2 buat bisnes..

    ReplyDelete
  4. Bagus ada program mcm ni utk usahawan belajar pasal bisnes. Kena pelbanyakan program mcm ni dannusahawan kena ambil inisiatif utk belajar sebab pelbagai media utk belajarbisnes skrg ni

    ReplyDelete
  5. You know, I once consider going into Culinary Art because of my love for cooking. But I'm still content for being able to cook for my family. This looks like a really fruitful event. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. Sekarang orang berebut-rebut nak buat Summit atau juga expo macam ni senang pengguna terus boleh tahu pasal produk dan perkhidmatan mereka. Hehehe tapi marketing online pun penting selain off-line...

    ReplyDelete
  7. Wow...best sangat la event ni. Dibuat secara besar besaran ke? Seronoklah orang yang ada berdekatan kat sana... kalau saya, saya tertarik dengan tea dan coffee expo tu sebab saya peminat teh dan kopi! hehe - Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  8. Wah macam seronok event ni. Bolehlah pergi nanti selain dapat tambah ilmu, dapat juga tau tentang perkara baru : )

    ReplyDelete
  9. Hebatnya kalau power dalam bisnes. Banyak benda boleh buat. Iza teringin betul nak beljar tentang bisnes bukan sebab nk jadi peniaga tapi sebab nak tau selok belok urus niaga tu and blh buat orang ikut cara kita berbisnes.

    ReplyDelete
  10. Bagusnya sebab memberi ruang dan peluang kat usahawan di luar sana untuk terus berjembang.

    ReplyDelete
  11. Bagus bagi mereka yg menjalankan perniagaan, banyak info dn ilmu leh dapat, dn peluang mengembangkan perniagaan

    ReplyDelete
  12. tahniah selangor. banyak ilmu bsines boleh kita dapat daripada event macam ni

    ReplyDelete
  13. Harap event dan usaha yg dijalankan dpt menarik pelabur luar utk melabur dlm negara d samping mengetengahkan potensi usahawan d kalangan umum

    ReplyDelete
  14. ni blogger kalu join boleh cari client tuk paid review. mesti ramai business owner datang acara ni kan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.