Jenama SofeaRose Mengajurkan Kempen Kesihatan Mental Bersempena Dengan Hari Wanita Sedunia 2020

Jenama SofeaRose Mengajurkan Kempen Kesihatan Mental Bersempena Dengan Hari Wanita Sedunia 2020 - Hari Wanita Sedunia merupakan hari bagi menghargai kaum wanita. Segala pengorbanan, jasa yang dipernah dihulurkan oleh wanita seperti ibu, isteri, kakak, adik, nenek dan sebagainya terlalu tinggi nilainya. Bersempena dengan Hari Wanita tahun ini, jenama hijab terkenal SofeaRose telah menganjurkan satu kempen kesihatan mental dengan mengajak lebih ramai wanita di luar sana untuk lebih peka tentang isu ini.

Untuk pengetahuan semua, daripada kajian yang telah dijalankan 1 daripada 3 penduduk di Malaysia menghidap penyakit mental dengan usia seawal 16 tahun. Menyedari tentang seriusnya isu ini, SofeaRose dengan kerjasama NGO BefriendersKL telah menganjurkan program diskusi dengan membawa tajuk Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan

Menurut Pengarah Kreatif SofeaRose, Farrah Aina Sofian Sauri
Ya, kami sedar dan perlu bantu. Sepertimana yang umum tahu, masalah mental kini semakin berada di tahap yang begitu membimbangkan. Jika dahulu, ia mungkin dikaitkan dengan keturunan, tetapi pada hari ini, penyakit ini semakin menular di kalangan masyarakat dunia dengan bilangan yang meningkat secara mendadak. Besar harapan kami agar penganjuran program sehari ini sedikit sebanyak dapat memberi impak positif kepada masyarakat umumnya dan kaum wanita khasnya. Saya percaya, jika kami tidak mengambil endah akan tanggungjawab ini dengan bantuan kuasa media khusunya, masyarakat kita akan terus tenat dan lemas tanpa bantuan.
Tidak dinafikan jenama SofeaRose cukup aktif dalam penganjuran program CSR. Di mana jenama label SofeaRose ini pernah menjalinkan kerjasama bersama Majlis Kanser Negara, MAKNA dalam menjayakan Pinktober Day sempena Hari Kanser Sedunia yang disambut secara global.

Kesihatan Mental : Dari Perspektif Islam dan Kesihatan
Antara ahli panel yang dijemput adalah pasangan suami isteri Ustaz Don Daniyal Don Biyajid dan juga Dr. Husna Zahry. Di mana moderatornya adalah Shafinaz Yunus yang cukup terkenal didalam rancangan Program Analisis.

Banyak yang dikongsikan sepanjang majlis diskusi berlangsung. Antaranya apa itu sebenarnya depresi. Dan kesan seseorang yang mengalami depresi antara lain ianya melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan (tak ada on off). Mereka yang depresi juga akan hilang minat untuk sesuatu perkara, contoh selalunya dia suka makan sekarang tak lalu makan. Dan mereka juga tidak 'function' seperti seorang individu yang boleh bersama masyarakat.

Banyak juga isu yang diperbincangkan terutama dari segi kita perlu menjadi dan berada di dalam 'support system' yang baik dalam komuniti. Sentiasa menjaga kata-kata dan juga perbuatan. Sentiasa berzikir. Sentiasa memperbaiki dan jangan cuba lari dari masalah.

Doa Yang Boleh Diamalkan
Suka juga saya kongsikan dengan satu doa yang Ustaz Don ajak kita amalkan. Adalah lebih baik jika dapat dijadikan sebagai satu amalan harian.

Doa ini dapat mengelakkan kita dari penyakit seperti yang dinyatakan dengan IzinNya.

6 Tahun Yang Sukses
Pengarah Usrusan SofeoRose Encik Muhammad Zaki Yusof

Tahniah juga buat SofeaRose yang telah memasuki 6 tahun lamanya di pasaran dan terkini telahpun membuka 2 cawangan terbaru iaitu di Central i-City Shah Alam dan Kota Bahru. Moga terus sukses di tahun-tahun yang akan datang.

Dan jangan lupa korang untuk singgah di butik SofeaRose bagi melihat koleksi pakaian raya 2020 dan shawl serta tudung rekaan terkini. Semuanya canti-cantik dan menambat hati :-)

Untuk info lebih lanjut mengenai jenama label SofeaRose, boleh layari :
Jenama SofeaRose Mengajurkan Kempen Kesihatan Mental Bersempena Dengan Hari Wanita Sedunia 2020 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 10, 2020 Rating: 5

13 comments:

  1. Nampak lain pula ustaz Don pakai cap. You....i suka design tudung Sofea Rose ni. Nasib baik ada 1 kedai kat Bangi Sentral ni. Dekat la nak shopping.

    ReplyDelete
  2. depresi ni berbahaya jika tak dibendung dan dirawat..sentiasa ambil tahu akan orang sekeliling kita, kadang2 tak sedar ada di kalangan teman rapat dan ahli keluarga yang dilanda depresi..usaha yang baik dari SofeaRose 👍

    ReplyDelete
  3. rugged ustaz don.
    wife dia kasual jugak kan. relex. santai.
    sorearose ni aida tak familiar sgt.
    jarang lalu kat timeline kot :)
    boleh dig more la pasni :)

    ReplyDelete
  4. Bagus bila ada program begini. Bilanbaca Sofea Rose ni teringat lak drama Ariana Rose haha... apa pun satu CSR yang baik.

    ReplyDelete
  5. bagus bila ada syarikat mcm ni sedar akan masalah persekitaran mereka.. saling menyokong program csr mcm ni.. terbaik sofearose..

    ReplyDelete
  6. Bagus ada event camni. Tak pernah pakai lagi tudung sofearose ni.ramai kata material dan design yer best

    ReplyDelete
  7. Bagus diadakan kempen sebegini..sekurangnya memberi kesedaran kepada masyarakat tentang penyakit ini..bukan dipandang lewa sahaja dan saling memberi semangat kpd mereka yg menderita

    ReplyDelete
  8. Kadang kadang sakit mental ni kita sendiri tak tahu. Sebab nampak ok tapi sebenarnya tak. Bagus inisiatif brand sofearose ni.

    ReplyDelete
  9. Sis ada 4 ke 5 koleksi tudung SofeaRose ni, suka tudung instant dia, selesa sangat...tahniah buat SR atas penganjuran program sebegini..

    ReplyDelete
  10. Bagus inisiatif yang diambil oleh mereka untuk beri kesedaran mengenai sakit mental ni. Nak nak sekarang ni banyak sangat kejadian melibatkan pesakit mental

    ReplyDelete
  11. Bagus sekali sekala, jenama macm ni buat talk pada hari wanita kan..boleh dapat input sedikit lagi2 wanita ni.

    ReplyDelete
  12. Mental illness ni bukan perkara biasa. Cuma kan, banyak pihak buat event kesedaran begini. Tapi kita nak cari siapa utk meluahkan perasaan. Agensi yang ada seperti pakar psychology di hospital swasta dan hospital kerajaan pun ramai pesakit mental taknak pergi. Sebab menunggu lama. Kalau akak ada list of org yang boleh bantu. Lagi bagus. Sebab benda ni rahsia kan. Pastu pakar perlu professional la. Nanti kena twist ngan org gila. Macam dalam movie tu. Haha

    ReplyDelete
  13. bagusnya sofearose celebrate international womens day dengan fokus kan isu mental health. good job!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.