Kenapa Pakej Rawdah Felda Travel Sentiasa Menjadi Pilihan | Ada 7 Sebab Menarik

Berpeluang mengerjakan haji memang menjadi impian semua masyarakat Islam. Baik tua mahupun muda masing-masing menyimpan niat untuk ke tanah suci ini. Ini adalah sepertimana yang tertulis didalam Rukun Islam Kelima iaitu menunaikan haji bagi mereka yang mampu.
Sekiranya kita ada rezeki lebih, bolehlah daftar diri untuk mengerjakan haji dibawah kendalian Felda Travel iaitu PAKEJ HAJI RAWDAH PREMIUM. Ini terutama jika kita ingin pergi menunaikan haji bersama ibubapa atau kita sendiri dalam keadaan yang lebih rasa selesa sepanjang mengerjakan ibadah di sana.

Saya sendiri jika mencari agensi yang menguruskan umrah dan haji, saya akan pastikan syarikat tersebut benar-benar mempunyai rekod yang baik. Ini bagi memastikan segala urusan dari sebelum perjalanan, semasa mengerjakan haji dan sehingga selesai pulang ke tanah air dapat dilakukan dengan sempurna.
Dan sekiranya, korang dah daftar haji serta masih menunggu tawaran untuk tempoh lebih 5 tahun. Jangan risau melalui PAKEJ HAJI RAWDAH PREMIUM ini, insyaallah pihak Agensi Felda Travel akan cuba selesaikan. Dan kemungkinan besar, rezeki untuk korang mengerjakan tahun ini akan ada.

Ada 7 sebab menarik kenapa PAKEJ HAJI RAWDAH PREMIUM sentiasa menjadi pilihan.

1. Peluang Menunaikan Haji (90%, tapi dengan syarat)
Bayangkan jika status kita dalam senarai rayuan. Dengan pakej ini, kebarangkalian korang dapat menunaikan haji agak tinggi (meskipun dalam status rayuan). Contohnya kes pada tahun lepas, pihak Felda Agency dapat membawa semua jemaah rayuan yang telah mendaftarkan dengan pakej ini menunaikan haji. Namun ianya khas untuk mereka yang telah membuat rayuan 5 tahun dan ke atas.

2. Pembimbing Yang Cukup BerpengalamanIbadah haji untuk tahun ini akan akan dibimbing oleh Prof. Dr Mohamad Khadafi Rofie, seorang pembimbing ibadah haji bertauliah yang cukup berpengalaman membawakan jemaah haji Malaysia. 
Jadi kita tidak perlu ada rasa kerisauan tentang masalah hukum dan ibadah sepanjang menunaikan haji di sana. 

3. Jarak Hotel Dekat Dengan Sajian Makan Terbaik

Gambar dari Google

Hotel yang akan jemaah menginap adalah hotel 5 bintang Hotel Safwah Royal Orchid. Apa yang menarik hotel ini bersambung dengan dataran Masjidil Haram, jadi kita boleh ulang alik ke masjid dengan selesa untuk beribadah. 

Gambar dari Google

Uniknya hotel ini juga khas untuk orang Malaysia. Ini kerana di dalam turut disediakan 'food court' Restoran Felda D’Saji. Jadi bagi  mereka yang rindukan masakan Malaysia, bolehlah datang ke sini. Nak makan roti canai dan minum teh tarik hari-hari pun boleh tau!

4. Tiada Transit Hotel di Aziziah
Pakej ini akan membawa terus jemaah untuk menginap di hotel Mekah, bukannya transit dahulu di kawasan Aziziah sehingga 15 Zulhijah sepertimana pakej-pakej lain. Ramai yang tak tahu perkara ni, tapi ada pakej yang harganya mungkin lebih murah kerana jemaah dibawa transit menginap di Aziziah dahulu untuk jimatkan kos sebab harga hotel di Mekah sangat mahal/ Ini terutam ketika waktu kemuncak haji iaitu antara 25 Zulkaedahsehingga- 15 Zulhijjah. Dan kebiasaannya jemaah hanya dibawa berpindah ke hotel di Mekah selepas 15 Zulhijah. 
Jika dilihat pada situasi ini, memang dapat jimatkan kos. Namun yang demikian para jemaah mungkin tidak akan dapat pergi ke Masjidil Haram setiap hari kerana kawasan Aziziah jaraknya 4.5km dari Masjidil Haram. Dan paling terkesan di musim haji jalan agaj jammed dan sesak.


5. Penerbangan yang Selesa
Para jemaah akan diterbangkan terus ke Jeddah dengan selesa melalui penerbangan kelas bisnes (business class) Saudia Airlines. Ini kelebihan untuk PAKEJ HAJI RAWDAH PREMIUM yang memang jemaah dalam kumpulan ini akan menaiki kapal terbang kelas bisnes :-)

6. Jarak Khemah Dengan Termpat Beribadah Dekat dan Selesa
Bayangkan khemah yang disediakan untuk kita lebih dekat dengan tempat beribadah. Untuk pengetahuan semua khemah khas telah disediakan ketika di Mina dengan jarak kurang dari 800m untuk melontar. Sangat dekat jika dibandingkan dengan jarak 3.5km untuk pakej biasa atau muasasah. Jadinya untuk mereka yang sering ada masalah sakit kaki dan lutut memang memberi keselesaan. Ini memandangkan kita akan pergi melontar jamrah hingga 4 hari lamanya.

7. Lebih Fokus dengan Kumpulan Kecil
Pakej ini datangnya dengan saiz kumpulan yang sangat kecil. Tahun ini, pihak Felda Travel telah terhadkan jemaah Pakej Rawdah untuk 45 orang sahaja. Di mana ianya hanya cukup-cukup untuk perjalanan 1 bas sahaja. Ini sekaligus bagi memastikan semuah jemaah di bawah PAKEJ HAJI RAWDAH PREMIUM mendapat kualiti perkhidmatan dan bimbingan ibadah haji yang terbaik.

Mudah-mudahan semuanya mendapat haji yang mabrur, ameen.


Banyakkan fakta yang menarik melalui PAKEJ HAJI RAWDAH PREMIUM ini. Namun yang demikian slot untuk Pakej Rawdah ini sangat sangat terhad untuk 45 jemaah sahaja. Untuk info tambahan sehingga 20 Mac 2020 seramai 34 orang bakal jemaah haji telah mendaftar pakej ini . Hanya ada 11 kekosongan sahaja lagi yerpp.

Wahhhh! Cepat grab siapa yang benar-benar ingin menunaikan haji tahun ini.

Jangan lupa untuk rebut juga “Promosi Istimewa bagi pendaftaran sebelum 25 Mac 2020”. Ada diskaun sehingga RM1000 tu :-)

Antara lain keistimewaan pakej Haji dari Felda Travel, boleh rujuk pada gambar diatas.

Untuk pertanyaan dan info lanjut boleh layari:-


Atau boleh juga hubungi:-
salam@feldatravel.com.my

Pn Shidah +60192010843
Tn Hj Rizal +60192637028
En. Mohd Azahari  +60126260756


Moga-moga kalau ada rezeki,
Marilah kita mengerjakan Haji,
Menjadi tetamu Allah dan para rasul yang dikasihi,
Menunaikan ibadah Rukun Islam seperti yang diingini.

#feldatravel 
#pakejhaji 
#pakejhaji2020 
#haji2020 
#panggilanhaji2020

Kenapa Pakej Rawdah Felda Travel Sentiasa Menjadi Pilihan | Ada 7 Sebab Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 22, 2020 Rating: 5

15 comments:

  1. Bagus ni. Yang ada kemampuan nak pergi, boleh lah ikut Felda Travel

    ReplyDelete
  2. Felda Travel memang menjadi pilihan utk tunaikan haji. Mereka tiada lg rekod buruk dan konsisten dari 2007. Pakej Rawdah ni eksklusif dan selesa. Hadiah terbaik utk ibu bapa dan insan tersayang.

    ReplyDelete
  3. Bila tengok posting ni, kita berdoalah moga Covid-19 ni cepat berakhir dan semua para jemaah dapat menunaikannya...tengok je pakej yang di sediakan ni haa, layanan VIp gitu, puashati kann..

    ReplyDelete
  4. Pakej Haji kelolaan Felda Travel ni memang memudahkan bagi mereka yang berduit tetapi belum peluang nama dipilih untuk naik Haji... walaupun mahal tetapi kemudahan dan keselesaan yang diberi memang pada tahap lima bintang.

    ReplyDelete
  5. wah.. bagusnya pakej rawdah dari felda travel ni.. kalau ada rezeki nak juga menjejakkan kaki ke tanah suci .. Tapi masih menunggu waktu yang sesuai lagi.. moga Allah limpahkan rezeki untuk ke arah itu bersama suam dan anak-anak.. abah dan mak.. AAmiin... nanti boleh la ambil pakej ni kan..

    ReplyDelete
  6. Masyallah bestnya dapat pergi ke Tanah Suci kan? Semoga Covid ni cepat berakhir..Semoga kita semua ada rezeki untuk ke sana menunaikan haji...Insyallah...nnt boleh la riki2 Felda Travel ni..

    ReplyDelete
  7. Oh mcm bagus juga yea servis yg disediakan mereka unt membawa jemaah haji..hotel yg dipilih untuk jemaah menginap kat sana pon nampak mewah dan sgt selesa..mudah-mudahan ada rezeki qeela sekeluarga dgn my mom sekali unt menunaikan haji dan umrah nnt..

    ReplyDelete
  8. Bestnye pakej dia. Pakej yg disediakan menarik sangat. Ke sana nanti nak buat ibadah pon senang hati

    ReplyDelete
  9. Ok dah boleh tempah sekarang. Rugi siapa yang tak tempah tu kan. Tinggal lagi 11 tempat kosong je. Semoga para jemaah yang pergi nanti dapat haji yang mabrur

    ReplyDelete
  10. Bagus nyer Felda Dah ada pakej haji. Doakan rezeki saya yer. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  11. Felda Travel nie memang berpengalaman..Klu kita cari Pakej eloklah cari yg mmg terbukti terbaik dan mesra warga emas

    ReplyDelete
  12. Terima kasih atas perkongsian kak..boleh la suggest dekat mak iena nty..
    Hope virus covid ni cepat lah sembuh.Boleh lah pergi umrah and haji

    ReplyDelete
  13. Wow. Penerbangan Business Class dan hotel yang sangat dekat - insyaAllah akan memudahkan ibadah kelak kan. Better cari yang sahih dari dapat yang murah tetapi kemudiannya kena tipu kan

    ReplyDelete
  14. bestnya pakej dia. insyaAllah lepas musim covid19 ni bolehlah kita travel2

    ReplyDelete
  15. Baca posting pasal Felda Travel ni, jadi sayu pula dgn isu kesihatan yg melanda 1 dunia termasuklah Tanah Suci Mekah. Moga ada sinar buat isu ini, dan moga kita semua dapat pergi kesana suatu hari nanti

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.