Pelancaran Minyak Pelincir "The New Glide"

"Beyond Expectation",  motto yang dipegang oleh Glide Technology dalam penghasilan minyak pelincir yang bermutu tinggi. Untuk pengetahuan semua, Glide Technology Sdn Bhd adalah salah satu syarikat di bawah Glide Group yang telah ditubuhkan pada 16 Januari 2007. Syarikat yang berpangkalan di Malaysia ini telah memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants.


Satu majlis perasmian “THE NEW GLIDE” telah diadakan pada 12 Mac 2020, bertempat di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur. Di mana majlis perasmian minyak terbaru ini telah dirasmikan oleh CEO Glide Group. Adapun antara objektif bagi acara ini adalah untuk memperkenalkan wajah baharu dan penambahan rangkaian produk Glide Lubricant.

Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, (CEO - Glide Technology Sdn Bhd)

THE NEW GLIDE

Kenalkan dengan produk terbaru Glide Lubricant, diformulasi daripada teknologi terkini bagi membolehkan enjin berkuasa rendah tetapi mampu mendapat kesan yang maksimum (kelancaran enjin, kelajuan dan sebagainya).

Minyak pelincir ini direka khas untuk kenderaan kegunaan di Malaysia. Terutama untuk pemasaran domestik seperti kenderaan yang menggunakan teknologi terkini iaitu Bezza dan Axia. Selain itu Glide Lubricant juga berkolaborasi bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi menyokong kajian penyelidikan yang melibatkan teknologi bio-diesel.

 BEYOND SAE 0W16 dan SAE 0W20 antara rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan . Maxiglide Beyond SAE 0W16 dan SAE 0W20 menyediakan coating effect daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). 

Manakala SAE 5W30 API SP/SN PLUS (RC) dan SAE 5W40 SN/CF dikategorikan sebagai Maxiglide Beyond Series memberikan prestasi yang premium. Ianya diformulasikan daripada minyak asas fully synthetic dan bahan tambah yang berkualiti tinggi. Minyak enjin ini beroperasi dengan baik terhadap semua jenis enjin pada suhu pelbagai dan menyediakan perlindungan dan pelinciran yang baik. Ia juga dapat mengurangkan kadar haus dan kadar pengoksidaan di dalam enjin. Sesuai digunakan untuk enjin gasolin dan pacuan empat roda enjin diesel.

Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah RM170.00. Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my

MAJLIS PELANCARAN "THE NEW GLIDE"
Antara VIP yang hadir bagi memeriahkan ancara pelancaran "The New Glide" seperti", Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, (CEO - Glide Technology Sdn Bhd), Ybhg Datin Zarita Azlin Bt Ibrahim (CFO – Glide Technology Sdn Bhd), Ybhg Dato’ Ahmad Husaini Bin Abdul Rahman, (Ketua Setiausaha Bahagian Perolehan, Kementerian Pertahanan Malaysia) danYbhg Encik Md Silmi Bin Abdul Rahman (Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU).

Ybhg Encik Md Silmi Bin Abdul Rahman  (Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU)

Selain itu turut kelihatan Ybhg Laksamana Madya Maritim Dato’ Abu Bakar B Idris (Timbalan Ketua Pengarah Logistik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), Ybhg Laksamana Muda Abu Bakar B Mohamed Ajis (Panglima Wilayah Laut 1 Tentera Laut Diraja Malaysia) serta selebriti Afdlin Shauki dan juga Hisyam Hamid.


Turut diadakan penyerahan sijil distributor kepada 13 organisasi/syarikat, antaranya seperti:-

  • Minjon Lubricant
  • EA Auto Supply
  • Lian Seng Spareparts Sdn Bhd
  • Sign Up Venture Sdn Bhd
  • Pohon aspirasi
  • Sagta Auto
  • Universiti Tun Hussein Onn
  • Dinaas Lubricant Resources
  • Iqwan Trade Enterprise
  • Abeer Enterprise
  • Legasi Lestari Trading
  • EG Engineering Services
  • Ahmad Rashid Mohamed Tahir


Glide Lubricants bukan hanya didapati di pasaran Malaysia, bahkan sudah memasuki pasaran luar negara iaitu Jepun. Minyak pelincir beinovasi tinggi ini bukan sahaja mampu memberikan kelancaran enjin maksimum bahkan ianya juga ditawarkan dengan harga cukup berpatutan di pasaran.

Pelancaran Minyak Pelincir "The New Glide" Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 12, 2020 Rating: 5

14 comments:

  1. Kalau la boleh order direct online sini kan mudah. Nak juga cuba. Tukar2 mintak pelincir. Ok je kan?

    ReplyDelete
  2. Meriahnya...Dah ada ek di pasaran? Kalau ada boleh gak cuba ni..support orang kita kan..

    ReplyDelete
  3. Nur nampak UTHM lah kat situ. Rindu tempat menimba ilmu. Btw tahniah Glide Technology atas pelancaran minyak pelincir The New Glide. Boleh laa sembang dgn suami pasal ni. Mana tahu dia nak tukar minyak pelincir ke kan

    ReplyDelete
  4. boleh la cari minyak dari glide ni ...mmg nak overhaul kete ni nak cuba la minyak yg baru...mana tau lagi elok kan...

    ReplyDelete
  5. selama ni tak amik tau pun minyak apa yg workshop pakai. Yang tau, pi workshop, cakap je service pastu lepas 2-3 jam settle.. Pasni boleh la beli siap2 glide ni suh adik workshop buatkan..

    ReplyDelete
  6. Uiks bagus la..kita ni bab2 minyak pelincir ni selalu serah kat suami haha..nanti leh la suggest kat dia pakai ni

    ReplyDelete
  7. Ala kita tak reti la bab minyak pelincir ni. Tapi kita tau suami kita faham bab minyak ni. Haha. Hantar workshop aje le.

    ReplyDelete
  8. Wahhh bagusnya ada minyak pelincir engine keluaran bumiputera. Nampak meyakinkan minyak nie. Nanti nak try

    ReplyDelete
  9. tahniah! alhamdulillah local produk la ni ya. semoga laku keras terutama di pasaran negara

    ReplyDelete
  10. hehe saya bukan pandai sangat benda kereta2 ni, tapi nanti saya recommend kat suami minyak pelincir glide ni... Saya tak tau menahu 😝

    ReplyDelete
  11. Wish all the best to this brand. And it's from Malaysia!
    Support local brand products!

    ReplyDelete
  12. aida x pandai bab ni ha ha ha ...
    tak pernah amik tahu sgt. husband's part ni.
    yg aida tahu, minyak for enjin kereta aida bagus!

    ReplyDelete
  13. Yeay. Dah ada lebih banyak pilihan minyak penjagaan kereta dan yang penting, kita sokong local products sekali

    ReplyDelete
  14. Baru tau ada jenama lubricant Glide ni kat Malaysia

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.