Kemeriahan PICOMS FEST 2020


Kemeriahan PICOMS FEST 2020 - Saya sempat menghadirkan diri ke PICOMS FEST 2020 yang telah diadakan di Dewan Utama PICOMS, Kampus Batu Muda, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan semua penganjuran festival ini adalah bersempena dengan Program Global Mobility (Inbound) 2020. Festival berlangsung hanya 1 hari sahaja yang bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhirnya pada jam 5.00 petang. Pelbagai aktiviti hebat disediakan buat pengunjung yang hadir ke PICOMS FEST 2020.

Apa yang menarik perjalanan festival ini sukses dengan penglibatan pelajar-pelajar serta pengurusan kolej universiti, bukan hanya warga PICOMS bahkan bersama wakil delegasi dari 6 institusi di Indonesia. Satu pencapaian yang cukup membanggakan apabila penganjuran festival ini adalah usahasama dari pelbagai pihak termasuklah pelajar PICOMS itu sendiri. Secara tidak langsung melatih dan mendedahkan pelajar dalam dunia keusahawanan sebenar. Bertetapan dengan tema festival yang dilakarkan iaitu  "Management & Education Sharing" . 

Aktiviti Senamrobik Seawal Pagi
Seawal pagi acara dimulakan dengan program Senamrobik. Kelihatan begitu ramai pelajar yang menyertainya tau! Memang nampak 'enjoy' pelajar-pelajar mengikuti gaya instruktor bersenamrobik biarpun pagi itu panasnya agak terik. 



Acara yang diadakan berhadapan dengan bangunan utama PICOMS ini ternyata mendapat sambutan yang hebat dari pelajar-pelajar PICOM ini sendiri.

Lets Talk @ PICOMS Fest 2020

Selain itu tedapat juga program Let's Talk @ PICOMS FEST 2020 yang menampilkan 4 segmen yang berkaitan dengan dunia kesiahatan dan terapi, iaitu:-
  • Entrepreneur +  Every Child Matters
  • Entrepreneur Sharing
  • Terapi Muzik
  • Health - Safe Care
Ke semua acara ini berlangsung di Dewan Utama PICOMS Kampus Batu Muda.


Ternyata kebanyakan majlis diskusi yang dijalankan mendapat sambutan hebat dari pelajar-pelajar PICOMS sendiri. Apatah lagi ianya perkongsian ilmiah daripada mereka-mereka yang sememangnya pakar dalam lapangan topik yang diperbincangkan.

Saya sendiri sempat mendengar perkongsian daripada Encik Adliy Yahya selaku pengasas Aurism Cafe Project yang terletak di SACC. Beliau mempunyai seorang anak autism bernama Lokman dan tujuan utama Encik Adliy membuka kafe ini ialah untuk melatih anak-anak autism agar mereka lebih berdikari. Banyak kisah yang Encik Adliy kongsikan sekligus dapat memberi kesedaran kepada semua pihak agar terus membantu anak-anak autism yang istimewa ini


Kehadiran artis ke PICOMS Fest 2020 turut memeriahkan lagi acara. Antara artis yang membuat kemunculan di PICOMS Fest 2020 adalah seperti Daqmie, Badhisham (bekas pemain dram kumpulan Headwind) dan Konsultan Terapi Muzik iaitu Dr. Mir Hazil. 

Pameran Pendidikan


Selain daripada seminar dan diskusi, saya juga tertarik dengan booth pendidikan yang dibuka di sini. Setiap fakulti PICOMS ada membuka booth dan memperkenalkan program-program yang ditawarkan oleh mereka. Antara fakulti yang terdapat di PICOMS adalah:-
  • FACULTY OF HEALTH SCIENCES
  • FACULTY OF PHARMACY
  • FACULTY OF NURSING
  • FACULTY OF MANAGEMENT
Jadi kita dapat melihat secara jelas tentang program yang ada di sini, terutama apabila kita kaitkan dengan kerjaya yang boleh kita sertai dengan mengikuti kursus--kursus yang ada ditawarkan.


Booth Penjualan Yang Meriah

Selain daripada jualan makanan dan minuman. Terdapat juga penjualan pakaian terpakai, produk dari delegasi Indonesia yang datang menyertai progtram di sini, acara 'games' di booth dan pelbagai lagi.


Namun apa yang lebih menarik produk kosmetik yang dihasilkan oleh PICOMS sendiri. Dengan menggunakan jenama label MERIEL yerp. Produk penjagaan diri ini terdiri daripada serum dan pencuci muka. Produk inovatif ini dihasilkan daripada ekstrak buah rambutan, bunga betik, bunga jambu, strawberi dan juga campuran vitamin-E. Nah! Ternyata keberkesanan hasil produk lokal daripada penyelidikan institusi tempatan yang cukup membanggakan ini sememangnya boleh pergi lebih jauh dalam peasaran Malaysia mahupun antarabangsa.

Jualan bukan hanya terhad di dalam premis PICOMS, bahkan di bahagian di luar turut disediakan food truck dengan pelbagai jenis makanan dan minuman yang sentiasa menjadi pilihan masyarakat hari ini.

Kesimpulan
Tidak dinafikan dengan penganjuran PICOMS Fest 2020 seperti ini bukan sahaja dapat mendedahkan pelajar dalam pengurusan pelbagai aktiviti bahkan ianya juga boleh mengeratkan perhubungan antara staf dan juga pelajar PICOMS itu sendiri. Selain dunia pendidikan sebenar, pelajar juga berpeluang terlibat dalam program keusahawanan yang mana ianya sangat membantu membentuk jati diri. Apatah lagi ianya juga berkaloborasi dengan institusi Indonesia, memberi lebih banyak kenangan manis sepanjang program berlangsung.

Keterangan lanjut mengenai tawaran program dan aktiviti PICOMS, boleh layari:-

#onefamilyonegraduate
#jommasukpicoms
#picoms
#picomsgemilang
#live
#spm

Kemeriahan PICOMS FEST 2020 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 05, 2020 Rating: 5

15 comments:

  1. Seronok bila aktiviti penuh macam ni dari pagi sampai la ke petang. Semuanya nampak have fun

    ReplyDelete
  2. Bestnya program macam ni. Penuh aktiviti dari pagi sampai petang. Saya pernah tengok perkongsian En. Adliy ni dalam TV Al Hujrah. Berkogsi kisah anak dia yang autism.

    ReplyDelete
  3. Bagus. They all organize event macam ni. At least they all terdedah dengan aktiviti in real life.

    ReplyDelete
  4. Menarik aktiviti yang dianjurkan dan baguslah pendedahan macam ni.. Sambil promote kolej tu, pernah nampak yang dekat area Chow Kit tu je PICOMS ni..

    ReplyDelete
  5. Bagus PICOM buat pesta macam ni untuk galakkannorg luar tahu tentang PICOM.. liez sendiri baru tahu ia dibawah MAIWP. dan sangat bagus bila ia berkerjasama dengan kolej dari luar negara untuk bagi lebih pendedahan kepada pelajarnya

    ReplyDelete
  6. Aktiviti yang sangat bagus dengan memberi pendedahan kepada pelajar dan orang ramai. Platform baik utk berkongsi kajian ilmu. Tahniah PICOMS!

    ReplyDelete
  7. wah best yer ayue dapat jon event Picoms ni. Hebat lah diorang siap ada produk sendiri.

    ReplyDelete
  8. bestnya ada program camni pagi sampai petang. semua orang will have so much fun

    ReplyDelete
  9. Best program mcm ni! Teringat zaman2 belajar kat University dulu... ❤ Yg penting, gmbr 1st akak tu lawa, kurus sgt!😉

    ReplyDelete
  10. Lama tak pergi program macamni. Terasa kemeriahannya di situ. Bila tengok program macam ni teringat masa kat universiti dulu. Tahniah PICOMS

    ReplyDelete
  11. nampak seronok dan menarik program ni. teringat pulak zaman2 universiti dulu hehe

    ReplyDelete
  12. Seronok pulak tengok akak join event macam ni. Serius kalau tak baca blog akak ni saya tak tau ada picom ni

    ReplyDelete
  13. banyak nya aktiviti yan best.. atie perasa PICOMS ni masa daftar adik atie nak sambung belajar.. banyak juga course dorang kan..

    ReplyDelete
  14. bestnya..suka aktiviti macm ni..dari pagi sampai petang..penuh aktiviti yang bagus..ade talk lagi..ada jualan lagi..menariknya yang serum dan cleanser tu..menakjubkan

    ReplyDelete
  15. Adakah Ayue salah seorang yang terlibat aerobik pagi itu? Bagus event begini kerana ia memberikan semua pelajar mengenali peluang dan ruang belajar di negara lain tanpa perlu keluar negara kan

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.