Selebriti Pacu Hubungan Asli di Shopee Live

Dengan trend e-dagang terkini di mana pengguna mahukan pengalaman membeli-belah yang memanusiakan*, selebriti tempatan Zoey Rahman dan Lan Solo yang aktif dalam dunia digital memilih untuk memberi sokongan terhadap sesuatu produk melangkaui cara tradisional dengan mempersembahkan produk di saluran strim langsung milik Shopee iaitu Shopee Mamak.


Perubahan ke arah trend isi kandungan yang berinteraktif dan berperibadi memanfaatkan semua penjual dan pengguna dan mencipta pengalaman membeli-belah dalam talian yang memanusiakan.


Selebriti Dukung Keaslian untuk Membina Kepercayaan Jenama dalam E-Dagang

Pengalaman membeli-belah dalam talian yang berpaksikan manusia (human-centric) mengutamakan perkongsian produk secara jujur dan membina hubungan melalui pengalaman bersama. Lan Solo, ahli Shopee Celebrity Squad dan penyanyi popular Malaysia terkenal dengan isi kandungan Shopee Mamaknya yang menyeronokkan, menekankan tentang perubahan trend ini, berkata, “Ianya bukanlah sekadar unuk menunjuk atau menjual produk.


 Strim langsung adalah perbualan dua-hala. Kami menggalakkan pertanyaan soalan, memberi respon secara langsung terhadap komen yang diterima, dan mencipta semangat berkomuniti.” Strim langsung Shopee Mamak Lan Solo, secara konsisten, membawa purata tontonan lebih 50,000 rakyat Malaysia.

Zoey Rahman yang juga ahli Shopee Celebrity Squad dan pengasas Mikaseries bersetuju dengan sentimen ini. “Orang ramai tertarik dengan keaslian. Di Shopee Live, saya boleh berkongsi cadangan produk secara jujur, memberikan penonton cadangan yang lebih mendalam melangkaui sokongan selebriti tradisional.” Salah satu sesi Zoey Rahman di Shopee Mamak memecah rekod tontonan sebanyak 60,000 penonton, menunjukkan kuasa nasihat pakar apabila dibawakan dalam format yang mudah difahami dan menyeronokkan.

Selebriti Sokong Isi Kandungan E-dagang Yang Mudah Difahami
Kebanyakan perniagaan mengakui potensi strim langsung yang boleh menghubungkan mereka secara langsung dengan pelanggan melalui Shopee Live. Namun, ada juga yang masih mencari-cari cara untuk masuk ke dunia jualan secara langsung. Penjual baharu yang mahu melangkah masuk ke dunia ini masih tertanya-tanya “Bagaimanakah cara untuk saya bermula?” atau “Isi kandungan bagaimanakah patut saya reka?”

Nasihat Zoey adalah untuk memaksimakan usaha e-dagang melalui Shopee Live, “Strim langsung mungkin tampak kasual, namun strategi isi kandungan yang dirancang dengan baik adalah kunci utama. Mengetahui siapakah penonton anda dan apakah yang menarik minat mereka sebelum berstrim langsung adalah amat penting. Apakah isi kandungan yang menarik perhatian dan berinformatif buat mereka?”

Zoey juga menekankan pentingnya keaslian, menyokong penstrim langsung untuk membawakan cadangan produk yang jujur. Komitmennya dalam keaslian termasuk menguji sendiri produk yang dicadangkan sebelum mempersembahkan produk tersebut di Shopee Live, sebagai contohnya produk suplemen kesihatan seperti Redoxon Cal-D Effervescent Tablets dan KITSUI Whitie Snow Probiotic. Berdasarkan pengalaman sendiri, Zoey boleh mengenalpasti faedah utama dan mencadangkan produk tersebut dari sudut pandangan pengguna, dan bukan sekadar sudut pandangan penjual. Dengan mengutamakan ketelusan, Zoey membina kepercayaan dengan penontonnya, mengelak dari mendapatkan keuntungan semata-mata dan memilih untuk memberi cadangan jujur.

Lan berkongsi pandangan yang sama apabila ditanya tentang strategi isi kandungannya untuk berjaya di Shopee Live. “Penceritaan adalah cara hebat untuk menarik perhatian penonton dan mengekang penurunan jumlah penonton. Ianya seperti kita lepak bersama rakan dan berbicara tentang sesuatu yang memang kita minat - produk kita!” Daripada selalu menggunakan taktik jualan yang memaksa penonton untuk membeli, Lan mencadangkan penjual untuk memasukkan elemen penceritaan terhadap produk tersebut. “Cuba untuk berkongsi anekdot kelakar tentang produk tersebut atau berkongsi pengalaman anda sendiri yang relevan untuk penonton. Cara ini boleh mengekalkan perhatian mereka dan mereka akan berminat untuk mengetahui lebih lanjut.”


Lan Solo, yang juga seorang bapa, menggunakan nasihat ini sendiri dengan berkongsi pengalamannya untuk mencadangkan produk bayi, Anakku Disney Baby Bath. Ceritanya yang relevan dengan penonton yang dalam kalangannya adalah ibu bapa percaya akan ilmu dan nasihat yang diberinya ketika berstrim langsung. Perkongsian Zoey Rahman dan Lan Solo selari dengan trend strim langsung yang memanusiakan isi kandungan.

Shopee Live Memperkasakan Penjual dengan Ciri Berguna Strim Langsung
Zoey menekankan faedah menggunakan Shopee Live sebagai platform untuk berstrim langsung: “Ianya adalah ciri yang terbina dalam Shopee, sedia untuk anda gunakan untuk berhubung dengan pelanggan secara langsung. Ianya amat mudah membolehkan penjual untuk mengurangkan kos perbelanjaan kedai fizial. Mereka boleh berstrim langsung dari telefon - bila-bila masa dan di mana jua - suatu cara yang mudah dan efektif dari segi kos untuk berhubung dengan pelanggan.”

"Menggunakan Shopee Live adalah seperti memiliki saluran penyiaraan sendiri, tetapi tanpa kesukaran produksi tradisional,” kata Lan Solo, yang bersetuju tentang platfrom Shopee Live yang mesra pengguna. “Tidak seperti penyiaran langsung tradisional, Shopee Live memperkasakan penjual untuk berstrim langsung dengan mudah. Ciri Shopee Live yang senang untuk digunakan, seperti fungsi chat secara langsung, dan tawaran eksklusif, memperkasakan jenama dan penjual untuk berhubung dengan penonton secara interaktif, yang selanjutnya membawakan peningkatan terhadap kesedaran dan kesetian jenama.”
Selebriti Pacu Hubungan Asli di Shopee Live Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 29, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.