Kediaman Cukup Tenang dan Selesa di Izara @ Bayu Sutera

Rumahku syurgaku, sememangnya menjadi impian semua orang untuk memiliki kediaman yang bukan sahaja selesa didiami bahkan dilengkapi dengan pelbagai fasiliti, selamat dan punyai kemudahan aksesibiliti.


Selain itu faktor harga kediaman juga memainkan peranan dalam membuat keputusan pembelian kediaman. Ianya perlulah berpatutan sesuai dengan harga pasaran. Bonus! Bagi mereka yang memiliki keluarga jika dapat memiliki kediaman bertanah.


Projek kediaman Izara @ Bayu Sutera antara yang sangat direkomen terutamanya bagi mereka yang mencari kediaman di kawasan selatan Lembah Klang. Lokasinya yang cukup strategik, berdekatan dengan akses lebuhraya memudahkan pergerakan keluar dan masuk ke taman perumahan.


Jom Miliki Kediaman di Izara @ Bayu Sutera 
Izara @ Bayu Sutera dibangunkan oleh pemaju ternama di Malaysia iaitu Matrix Concepts. Projek kediaman yang terletak tepi tasik ini sememangnya sangat cantik apatah lagi ianya didatangkan dengan ciri rumah pintar. Antara ciri tersebut seperti kunci digital, modul pengcahayaan, penyaman udara IR blaster dan pelbagai lagi.


Jenis hartanah  adalah pegangan bebas, memang snagat berbaloi dengan harga yang ditawarkan iaitu dari RM553,xxx. Izara @ Bayu Sutera merupakan projek rumah teres dua tingkat berkeluasan 20’ x 70’ dengan  2,315 kaki persegi. Rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan 4 bilik air. 


Ruang dalaman rumah memang luas dan selesa, memudahkan pemiliknya membuat susunatur perabot dan dekorasi mengikut citrasa yang diingini. Kawasan kejiranan yang tenang dan selamat apatah ladi dengan adanya pos pengawal 24 jam yang mengawasi.

Kemudahan dan Fasiliti
Antara tarikan kawasan kediaman Izara @ Bayu Sutera ini salah satunya adalah taman tasik yang berkeluasan 3 ekar dengan kemudahan trek joging, tempat beriadah dan taman permainan. Pemandangan indah di tepi tasik sesuai dijadikan lokasi fotografi dan tempat bersantai seisi keluarga.


Kemudahan lain antaranya seperti ’Tempat Country Club yang mana pemilik kediaman akan diberikan keahlian kelab secara percuma. Sekaligus mereka mempunyai akses untuk menggunakan kolam renang, gimnasium, bowling, snuker, bilik wayang, nilik membacak, gelanggang tenis, gelanggang badminton, pingpong, skuasy, dewan bankuet, bilik mesyuarat, SPA, bar dan kafe.


Berdekatan dengan kawasan kejiranan terdapatnya Matrix Private School, Matrix International School dan Matrix International Pra Sekolah.. Begitu juga taman permainan extreme X-Park yang menawarkan aktiviti seperti ATV, Go-Kart, flying fox, paintball, memanah, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan padang pandu. Begitu juga dengan kemudahan klinik, Hab komersil, stesen minyak dan pelbagai lagi.



Tidak jauh dari kawasan perumahan  Izara @ Bayu Sutera  terdapatnya Dataran Saudagar Sendayan, serta 163 unit pejabat kedai yang berdekatan dengan Carnelian Park, sebuah taman awam yang dibina oleh pemaju dalam kawasan komersial bagi kemudahan komuniti . Terdapat juga tanah simpanan seluas 6.4 ekar untuk pembangunan pusat beli-belah kejiranan pada masa hadapan 


Untuk info, projek fasa sebelumnya telah terjual sepenuhnya dalam tempoh yang singkat. Ini adalah bukti bahawa projek kediaman yang dibina oleh pihak pemaju sentiasa mendapat sambutan dan diterima baik.

Promosi Gempar Raya Bonanza
Sekarang juga telah berlansung promosi ‘Gempar Raya Bonanza’   yang mana pemilik rumah yang  membeli rumah dalam tempoh kempen layak mendapat rebat tambahan sebanyak RM10,000, iaitu penjimatan sehingga RM74,000. Tempoh promosi adalah dari 23 Mac – 12 Mei 2024.  Jangan lepaskan peluang dapatkan rebat yang cukup berbaloi ini!


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang projek kediaman terbaru Bayu Sutera, boleh layari https://izara2.bayusutera.com/ atau hubungi Matrix Concepts di talian 1 800 88 2688
Kediaman Cukup Tenang dan Selesa di Izara @ Bayu Sutera Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 27, 2024 Rating: 5

3 comments:

  1. Teringin nak rumah tepi tasik macam nie..

    ReplyDelete
  2. Ramai kata Bandar Sri Sendayan ni mmg berbaloi kalau nak beli kediaman...kawasan dia pun strategik sgt!

    ReplyDelete
  3. besar nya tasik die, boleh pancing ikan tak?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.