MAJLIS BERBUKA PUASA POLPERRO STEAK HOUSE BERSAMA ANAK YATIM RUMAH JAGAAN NUR SAKINAH

Sebagai sebahagian daripada aktiviti bersempena
program bulan Ramadhan, Polperro Steak House telah menganjurkan Majlis Berbuka Bersama Anak-Anak Yatim Rumah Nur Sakinah dari Damansara Damai dan beberapa jemputan  media yang turut hadir berbuka puasa di Grand Buffet Western Cuisine.


Majlis berbuka puasa ini bertujuan untuk berkongsi rezeki bersama kelompok komuniti yang tidak bernasib baik khususnya anak-anak yatim seramai 35 orang yang berumur sekitar 4 -18 tahun.
.
"Majlis disempurnakan oleh En El-Aziizie Bin Maskam (Pengarah Polperro Group Sdn Bhd) dan diiringi oleh isterinya Nurul Nadhirah Binti Ahmad Nasir bersama-sama menyerahkan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.


Buat pertama kalinya Polperro Steak House menawarkan Buffet Ramadan kepada orang ramai bermula 14 Mac hingga 9 April 2024. “Apa yang menarik di Grand Buffet Western Cuisine, pengunjung juga berpeluang menikmati pelbagai juadah makanan (barat) lain dari yang lain. Makanan western kini sentiasa menjadi pilihan ramai. 



Di Grand Buffet Western Cuisine oleh Polperro menyedikan konsep makanan barat yang berbeza tetapi masih dekat di hati orang Melayu. Buffet Ramadhan kali ini menyajikan 100 lebih makanan-makanan barat,
asian food & live cooking.


“Antara menu istimewa lain yang terdapat di sini ialah seperti makanan Street Food yang sudah pasti ramai pengemarnya (Kambing Golek, Pelbagai Ikan Bakar, Pelbagai Sup Aneka, Apam Balik, Burger, Roti John, Ice Cream, Chicken Wing, Dim Sum, goreng-goreng dan lain-lain).

Tawaran bufet dari Grand Buffet Western Cuisine berharga RM79.90 seorang untuk dewasa manakala kanak-kanak adalah sebanyak RM39.90 dan senior citizen berharga RM59.90.
MAJLIS BERBUKA PUASA POLPERRO STEAK HOUSE BERSAMA ANAK YATIM RUMAH JAGAAN NUR SAKINAH Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 31, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.