Cantik Bergaya Dengan Bobrock Plus Size Kurta Adam 3.0

Cantik Bergaya Dengan Bobrock Plus Size Kurta Adam 3.0- Kurta antara pakaian yang sentiasa pilihan untuk digayakan di hari raya. Selain daripada rekaan potongan yang ringkas, faktor keselesaan juga antara kunci utama mengapa ramai lelaki memilih kurta. Untuk lelaki berbadan besar, pastinya butik pakaian Bobrock menjadi pilihan dalam mendapatkan pakaian kepada golongan ini.


Ini kerana butik fesyen pakaian lelaki berbadan besar, BOBROCK Clothing (BRC) sentiasa menawarkan koleksi pakaian plus size lelaki yang bukan sahaja berkualiti, rekaan cantik bahkan sesuai untuk lelaki berbadan besar Asia.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, suami saya turut mendapatkan kurta dari BOBROCK Clothing (BRC). Untuk koleksi terbaru kami telah memilih Plus Size Kurta Adam 3.0. Kurta yang berlenggan panjang dengan rekaan moden yang cukup cantik terletak di badan.


Menggunakan fabrik berkualiti tinggi Oxford Cotton yang cukup selesa. Ini terutamanya untuk cuaca Malaysia yang panas sejak akhir-akhir ini. Fabriknya dapat menyerap peluh dan sesuai digayakan sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas mahupun sejuk.

Jenis fabrik yang sangat ringan dan mudah digosok (less ironing). Apatah lagi dengan ciri fabrik higher thread count, lebih senang bernafas dan berangin. Ianya juga tahan lasak!

Saya cukup suka dengan jahitan pada pakaian Kurta Adam 3.0 ini yang cukup kemas, halus, tersusun dan sekata. Menjadikan ianya pakaian yang cukup esklusif. Apatah lagi dengan potonga A-cut menjadikan kurta ini terletak cantik di bahu dan memberi selesa di bahagian perut terutama buat lelaki plus size yang sering mengalami masalah di bahagian ini.


Kolar cekak musang tidak keras tetapi teguh dengan centre pleat dapat  memberi pergerakan yang lebih mudah di bahagian dada dan bahu. Lebih menarik dengan 2 jenis pokat yang ditawarkan untuk kurta ini, dimana di poket kanan didatangkan bersama zip.  Manakala poket kiri adalah poket biasa.


Ada 3 butang mutiara yang bukan sahaja cantik. Tapi jenis butang snap. Sangat mudah dan praktikal , tak perlulah kita mencari butang lain untuk mencantikkan pakaian kurta yang digayakan. Ada satuu poket di bahagian dada dan mempunyai sulaman comel BOBROCK di atasnya.

Saiz Kurta Adam 3.0 adalah dari XL sehingga 6XL. Ada 6 warna yang ditawarkan iaitu  hitam, putih, mauve, pine green, royal blue dan juga pink berry. Harga adalah dari  RM159-RM179  bergantung kepada saiz yang  dipilih iaitu antara XLsehingga 6XL.
Cantik Bergaya Dengan Bobrock Plus Size Kurta Adam 3.0 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 26, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.