Jom Dapatkan The Forgers Koleksi SPYxFAMILY Dari Guardian

Jom dapatkan set koleksi SPYxFAMILY terakhir iaitu set The Forgers dan lengkapkan kesemua set koleksi eksklusif istimewa SPYxFAMILY Guardian.


The Forgers boleh dibeli mulai 28 Februari 2024 di semua cawangan Guardian. Di dalam set ini terdapat  satu buku nota lingkaran, 10 keping pelekat kad lipatan, dan satu poster Lentikular 3D berbingkai hitam. 


Ditawarkan pada harga RM129, pelanggan boleh mendapatkan set The Forgers dengan membeli barangan bernilai RM20 daripada jenama yang mengambil bahagian seperti Aiken, Bio Essence, Lóreal Dermo-Expertise, Eucerin, Garnier, Lóreal, Maybelline, Nivea Skin, dan Sunsilk, atauRM50 untuk pembelian mana-mana jenama lain dalam satu resit.

SPYxFAMILY Siri Manga Dari Jepun
Koleksi eksklusif Guardian ini adalah berdasarkan siri manga terlaris di Jepun dan siri televisyen adaptasi anime, SPYxFAMILY, yang ditulis dan dilukis oleh Tatsuya Endo. 


Ianya mengisahkan tentang misi penyamaran seorang pengintip yang berkahwin dan mengambil anak angkat sebagai sebahagian daripada usaha penyamarannya, tanpa menyedari bahawa anak angkatnya itu memiliki kuasa telepati dan wanita yang dikahwininya pula ialah pembunuh upahan yang handal. Ketiga-tiga mereka perlu berusaha untuk kekal bersama

SPYxFAMILY telah dipilih sebagai Komik Web Paling Popular Nombor 1 pada 2019 dan ia telah mencecah 480 juta tontonan pada Ogos 2022. Menjelang Disember 2023, SPYxFAMILY mencapai lebih 34 juta edaran, menjadikannya salah satu siri manga terlaris di pasaran.


Jennifer Wong, Pengurus Kanan, Hal Ehwal Korporat dan Acara, Guardian Malaysia, menyatakan keterujaan beliau berkata, 
Kami sangat teruja untuk menawarkan EMPAT set barangan koleksi daripada siri manga dan anime SPYxFAMILY.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk mengumpul barangan koleksi edisi terhad hebat daripada salah satu siri manga dan anime paling popular pernah dihasilkan di Jepun ini. Segeralah berkunjung ke stor Guardian berdekatan korang untuk mendapatkan set koleksi ini sebelum kehabisan.
Jom Dapatkan The Forgers Koleksi SPYxFAMILY Dari Guardian Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 01, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.