Cutecarry Bangga Bantu Naik Taraf Hidup Golongan B40

Satu usaha yang hebat dari CuteCarry Sdn Bhd kerana berjaya membantu  10 wanita dari golongan B40 menggandakan pendapatan mereka sehingga mencecah sepuluh kali ganda.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CuteCarry Sdn Bhd

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CuteCarry Sdn Bhd, Hafiz Mustapha berkata, kejayaan kesemua wanita yang terdiri daripada pelbagai status serta latar belakang adalah atas usaha mereka menyertai program usahawan perniagaan tanpa modal anjuran syarikatnya.
Selama 10 tahun beroperasi, CuteCarry berpengalaman membantu orang ramai dari aspek pembangunan diri dengan menyediakan latihan kemahiran sewajarnya.
Peluang dan Pendedahan Menerusi Program
Menerusi program ini, CuteCarry telah membuka peluang dan memberi pendedahan kepada kaum wanita dari golongan B40, asnaf serta ibu tunggal yang terlibat dalam bidang perniagaan seperti makanan, kecantikan atau perkhidmatan untuk menggandakan pendapatan peserta.

Mengambil masa hanya tiga bulan peserta telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan awal memulakan perniagaan seperti membuka akaun bank perniagaan dan memperolehi sijil perniagaan SSM.


Program ini telah ditaja sepenuhnya oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia dibawah projek Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG).

Terdapat sembilan jenis modul latihan untuk semua peserta kuasai dalam tempoh tiga bulan ia berlangsung.

Peningkatan Keuntungan
Setelah mengharungi tempoh pembelajaran sepertimana yang ditetapkan, sebilangan besar peserta berjaya mempraktikkannya sehinggakan mereka mampu menjana pendapatan berjumlah RM7,000 sebulan berbanding sebelum ini cuma RM700 sahaja.

Di samping itu, peserta juga dibekalkan ilmu kemahiran dalam melaksanakan jualan serta membuat pemasaran secara efektif termasuklah membina 'trademark' produk jualan mereka dan pemberian sebuah tablet sebagai pemangkin semangat memulakan perniagaan.

Moga usahawanita dari golongan B40 ini terus sukses. 
Cutecarry Bangga Bantu Naik Taraf Hidup Golongan B40 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on March 19, 2024 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.