Konsert Lagenda Rock Vol. 1 Menggabungkan XPDC, Rusty Blade, May dan Babylon Di Satu Pentas

We rock you!!!! Genre rock dan legenda adalah dua perkataan yang sinonim dan tidak akan pernah mati dalam era muzik dunia - dari dulu sehingga sekarang, sat pelbagai jenis muzik turn naik mengikut trend, ROCK tidak pernah tenggelam. 


Memang sangat dinantikan apabila Mutiara Optimum Sdn Bh mengumumkan bakal menganjur Konsert Lagenda Rock Vol. 1 a dan ini adalah berita paling 'legend' yang dinantikan sekian lama oleh penggemar muzik rock.

Melihat barisan kugiran yang bakal 'memecahkan' panggung dan meledakkan hangatnya malam konsert juga sudah membuat penggemar tidak mahu terlepas menjadi salah seorang saksi mata yang akan menjadi sejarah dalam penganjuran konsert rock pada tahun ini.


Istimewanya barisan kugiran lagenda dari era 80an dan awal 90-an ini - XPDC, Rusty Blade, May dan Babylon yang akan membuat adrenalin anda terus kencang lewat muzik rock dan metal dilantunkan di Megastar Sg Plaza, Kuala Lumpur pada konsert yang akan berlangsung 16 Julai 2023 ini.

Empat kugiran legenda di atas sebuah panggung akan menggemakan Konsert Lagenda Rock  Vol. 1 dengan persembahan hebat mereka lewat untaian lagu yang tidak asing jika anda adalah penggemar sejati mereka.

"Kami di Mutiara Optimum Sdn Bh sangat berbesar hati dan bangga untuk membawakan Konsert Lagenda Rock Vol. 1 dengan barisan empat kugiran legenda tanah air iaitu XPDC,  Rusty Blade, May, Babylon. 


"Ini adalah 'perkahwinan' pertama kali keempat-empat kumpulan rock legenda yang cukup berpengaruh in akan bermain di atas satu panggung. Saya sangat bersyukur apabila XPDC, Rusty Blade, May, Babylon member persetujuan untuk konsert in dilaksanakan.

"Saya tidak mahu berkongsi banyak tapi percayalah, Konsert Lagenda Rock Vol. 1 akan menjadi konsert bersejarah bukan sahaja untuk pemuzik tetapi peminat yang sudah lama tidak dapat menyaksikan gabungan kugiran-kugiran rock dalam sebuah persembahan," ujar
Pengarah Urusan Mutiara Optimum Sdn Bhd, Mohd Izwan Shah Sahrom.

Konsert Lagenda Rock Vol. 1 kelak akan menjadi pentas pertama but XPDC beraksi dalam skala besar selepas manta vokalis mereka, Mael, meninggal dunia pada 27 April 2023 lalu.

Meski allahyarham sudah lama tila4 Sersams XPDC dan perjuangan serta empayar kugiran tersebut dilanjutkan oleh Ali sebag. I vokalis bersama anggota yang lain, namun repoiture lagu seperti Titian Perjalanan dan Aku Masih Di Sini, Apa Nak Dikata dan Semangat Yang Hilang pasti akan membangkit nostalgia but vokalis hebat tersebut.


"Kami bukan cuba mengambil kesempatan terhadap pemergian Allahyarham Mael, tetapi XPDC wajib ada dalam Konsert Lagenda Rock Vol. 1. Apalah ertinya rock atau metal dan sebuah konsert tapa kugiran berprolifik seperti XPDC," ujar Izwan lagi.

Sementara itu vokalis Rusty Blade, Yantzen, penganjuran Konsert Lagenda Rock Vol. 1 adalah tanda aras atau pembuktian kugiran rock atau metal tidak pernah 'mati' meski mengalami pertukaran ahli kumpulan serta tidak lama menerbitkan material baru.

"Rusty Blade sendiri sebagai contoh sudah lama tidak muncul dengan album baru, tapi kewujudan kami dan bagaimana karya yang diperkenalkan diminati terus hidup adalah bukti muzik rock tidak pernah mati.

"Seperti mana banyak mengaitkan rock adalah legenda, karya-karya kami juga evergreen.

"Jadi buat peminat, nantikan persembahan Rusty Blade, XPDC, Babylon dan May dalam konsert bersejarah ini. Seperti biasa, in bukan janji tapi persembahan kami akan rock!" ujar Yantzen.

Bersama XPDC dan Rusty Blade, May serta Babylon juga cukup teruja untuk beraksi khas buat peminat mereka.

Lagu-lagu yang sudah lama tidak didengar berkumandang di corong radio dan hanya menjadi peneman halwa telinga atau ditonton menerusi YouTube seperti Api Cinta, Metal Fire dan Haruman Berbisa dari Babylon dan Langsuir Liar juga Tada Lagi Aku (Rusty Blabe) akan didendangkan secara langsung di hadapan korang.


Jadi jangan sampai terlepas menjadi saksi Konsert Lagenda Rock Vol. 1 yang akan berlangsung pada 16 Julai 2023 ini di Megastar Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur nanti!

Tiket-tiket berharga RM288 (standing & seating) dan pembelian Early Bird akan memperolehi diskaun sebanyak 15 peratus boleh dapatkan menerusi www.MyTicket.asia.

INFORMASI
Artis: XPDC, Rusty Blade, May, Babylon Acara: Konsert Lagenda Rock Vol. 1

Tarikh: 16 Julai 2023

Lokasi: MEGASTAR SG WANG PLAZA, KUALA LUMPUR Harga Tiket: RM288 (standing & seating) - Early Bird 15% Pembelian Tiket: www. MyTicket.asia



Konsert Lagenda Rock Vol. 1 Menggabungkan XPDC, Rusty Blade, May dan Babylon Di Satu Pentas Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 01, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. "This blog post on wooden pot is truly inspiring. I never thought about using wood as a material for pots before, but now I can't wait to get my hands on one. Great job on highlighting this innovative approach!"

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.