Program Little Hajj Mega 2023 The Little Caliphs® dan Syabas Untuk 20 Tahun Yang Terbaik

Program Little Hajj Mega 2023 The Little Caliphs® dan Syabas Untuk 20 Tahun Yang Terbaik- Untuk kali ke-7, Little Caliphs® International Sdn. Bhd. (LCISB) sekali lagi kembali menganjurkan Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2023. Program telah diadakan di MAEPS Serdang pada 8 June 2023. 

Mula diperkenalkan sejak tahun 2016 dan ianya merupakan acara tahunan The Little Caliphs®. Antara objektif utama Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2023 adalah untuk memberikan pengalaman sebenar melalui praktikal 'Naik Haji' kepada anak-anak berumur 6 tahun. Ianya adalah melalui pendekatan praktikal melalui metodologi Project Based Learning (PBL) dari The Little Caliphs®.

Program Simulasi Haji Cilik Little Hajj 2023 ini dimulakan dengan zon tengah yang melibatkan Tadika Little Caliphs® dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan penyertaan seramai 6,500 orang pelajar dan disokong oleh 780 orang guru Little Caliphs® sebagai tenaga Mutawwif.

Selain daripada kawasan-kawasan tersebut, program in juga akan dijalankan di beberapa neger lain termasuk Terengganu, Pahang, Johor, Sabah, Sarawak, Zon Utara, Zon Tengah, dan Zon Selatan yang bakal melibatkan jumlah keseluruhan seramai 14,000 orang kanak-kanak di seluruh negara.

Selain acara ikonik dimana anak-anak berpeluang anak anak melakukan aktiviti Tawaf mengelilingi Replika Kaaba dengan ketinggian 10 kaki, aktiviti yang turut dijalankan semasa program berlangsung adalah seperti:

  • Cara Memakai Kain Ihram Untuk Haji

  • Pengenalan & Aktiviti Wuquf di Arafah
  • Bermalam di Muzdalifah
  • Mabit di Mina
  • Aktiviti Saei
  • Aktiviti Melontar Jamrah
  • Aktiviti Tawaf
  • Aktiviti Tahallul

Turut sama hadir ke majlis adalah Datuk Haji Roslan Nordin, Ketua Pegawai E Little Caliphs® International Sdn Bh dan Datin Dr. Hajah Sabariah Faridah Jamaluddin Pegawai Akademik Little Caliphs® International Sdn Bh serta Tuan Ahmad Jamaludin, Pegawai Operasi Little Caliphs® International Sdn Bhd.

Pencapaian The Little Caliphs®
Untuk info terdapat 480 buah tadika di seluruh negara dan lebih 35,000 kanak-kanak yang berdaftar di tadika islam inii. Selama 20 tahun The Little Caliphs® membina nama dan konsisten menawarkan pendidikan awal kanak-kanak yang terbaik. 

Atas komitem dan kejayaan yang diraih, The Little Caliphs® telah di anugerahkan Gold Award Readers Digest Trusted Brand 2018-2021, Superbrand dan Program Simulasi Little Hajj ini sendiri telah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Record pada tahun 2019.

Sambutan 20 Tahun The Little Caliphs®
Cukup istimewa untuk tahun 2023 The Little Caliphs® telah menyambut 20 Tahun penubuhan sebagai  landskap pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia yang berteraskan islamik yang telah menjadi mercu tanda kepada harapan but ibu-bapa dan pendidik.
 

Perjalanan Kurikulum dan metodologi pengajaran yang digunakan ole Little Caliphs bukan sahaja berinovatif dimana ia terbukti berkesan malah turut diserapkan dengan nilai-nilai yang diajarkan oleh agama Islam

 

Sperti yang kita jelas zaman prasekolah in adalah penting dalam pembentukan minda dan akhlak kanak-kanak yang bakal memacu masa hadapan negara kita dan Little Caliphs sentiasa ke arah dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif dan memupuk semangat ingin tahu serta menggalakkan pertumbuhan yang lebih menyeluruh agar kanak-kanak dapat mencapai potensi penuh mereka dalam pelbagai aspek kehidupan terutamanya dari sei potensi spiritual, physical, intellectual, dan juga socio-emotional.

Pengenalan KIDZORI 5M
Seiring dengan peredaran masa kini, pembelajaran berteraskan teknologi juga diperkenalkan pada tahun ini di  The Little Caliphs®  melalui program pengayaan 'enrichment program' KIDZORI yang memperkenalkan produk digital KIDZORI 5M.


Kidzori juga berkolaborasi bersama DURIOO dan lain untuk menghasilkan pengalaman 'holistik learning' yang bermanfaat untuk guru-guru dan ibu bapa untuk memastikan bahawa anak-anak didedahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat tidak kira di rumah atau dalam bilik darjah.

Bukan sahaja pengukuhan jenama tadika, Little Caliphs bakal mengembangkan sayap melalui Little Caliphs Playschool untuk anak-anak 2-3 tahun dan juga program transit untuk anak-anak 8-12 tahun.

Little Caliphs Excelence Center (LCEC) 
Memandangan kepentingan pendidikan awl kanak-kanak in agar terus terus dipacu, Little Caliphs dengan pengalaman 20 Tahun menerajui pendidikan awal kanak-kanak telah mewujudkan Little Caliphs Excelence Center (LCEC) iaitu research center tersendiri dan kini sudah pun memeterai kerjasama MOU bersama UKM, UPSI, UITM, UNIRAzK, dan beberapa intitusi pendidikan tinggi tenpatan lain di bawah naungan pengasas Little Caliphs, Datin Dr Hajah Sabariah Faridah.

Melihat kepada pencapaian 20 tahun, teknik dara pembelajaran yang diperkenalkan oleh The Little Caliphs® tidak hairanlah ramai ibubapa yang memang berpuas hati dapat menempatkan anak mereka untuk belajar di sini.

Pihak pengurusan The Little Caliphs® juga sangat konsisten dengan memberi perkhidmatan yang terbaik dan sentiasa membuat penyelidikan pendidikan awalan yang sesuai dengan anak-anak zaman sekarang. Ini adalah seiring dengan perubahan arus pendidikan mengikut peredaran zaman.

Syabas The Little Caliphs®.

Program Little Hajj Mega 2023 The Little Caliphs® dan Syabas Untuk 20 Tahun Yang Terbaik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 09, 2023 Rating: 5

8 comments:

  1. Ohh wowo....congrats on the great 👍🏻 achievement by The Little Caliphs®, all the little ones in your photos so cute adorable at the event. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  2. good job from Little Caliphs® International Sdn. Bhd. The young kids are so happy

    ReplyDelete
  3. Wahhh dah 7 tahun menganjurkan program ni ye, ramai kids yang dah experience and learn from this kan! And Happy 20th Anniversary juga 🙏🏻

    ReplyDelete
  4. Ramai anak kawan2 yaya yang pergi Little Caliph. Area rumah yaya takde huhu. Best juga program mereka kan. Semua nampak cuteee

    ReplyDelete
  5. Ia menunjukkan betapa komited dan bersungguh-sungguhnya Little Caliphs memberikan pengalaman pembelajaran yang hebat kepada kanak-kanak. Maka tidak hairanlah ramai ibu bapa memilih Little Caliph sebagai tempat menghantar anak-anak mengikuti pembelajaran pertama mereka.

    ReplyDelete
  6. Bagus program macam ni untuk mendidik anak anak dari kecil

    ReplyDelete
  7. alahai comel-comelnya little hajj ni, tahniah little caliph!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.