Pencarian AEON Kids Republic Ambassador Kini Telah Ditemui

AEON telah mengadakan kempen pencarian  AEON Kids Republic Ambassador dengan bertemakan "Kids Who Create the Future".  Kempen pencarian AEON Kids Republic Ambassador ini adalah pertama kali julungnya dianjurkan dengan dua kategori yang dipertandingkan iaitu:-

  • Kategori A: kanak-kanak berumur 5 hingga 8 tahun
  • Kategori B:kanak-kanak berumur 9 hingga 12 tahun.


Pencarian berakhir dengan 24 finalis berentap di acara akhir yang telah diadakan di IOI City Mall Putrajaya pada 24 Jun 2023 yang lepas. Peserta cilik bukan sahaja perlu berani 'catwalk' di hadapan penonton. Bahkan mereka juga diuji untuk menjawab soalan secara spontan yang mana soalan tersebut adalah dipilih daripada kotak misteri yang didatangkan bersama permainan.


Menyerlah potensi, menggilap bakat dalam diri dan perlu berani. Tidak kira usia dan jantina, peserta cilik yang berjaya ke peringkat akhir semuanaya berbakat besar. Bayangkan daripada 1706 penyertaan yang diterima kurang dalam tempoh 1 bulan. Beberapa saringan telah dilakukan dan akhirnya 24 peserta dipilih untuk mara ke acara akhir. Dan hanya seorang sahaja yang akan dipilih sebagai AEON Kids Republic ambassador untuk tahun 2023.


Panel hakim untuk pencarian AEON Kids Republic Ambassador terdiri daripada mereka yang profesional dan begitu komited untuk bersama-sama mengilap potensi kanak-kanak. Tiga hakim yang dilantik tersebut adalah Prichelle Lim, Partnership Manager for Singapore and Manager of theasianparent, Gillian Hung (Mama G), Fashion Icon and International Consultant; Designer and Founder of MMAG, and Advisor of Malaysian Official Designers Association (MODA) dan Ruzaidi Zaman, Store Manager di AEON Putrajaya.

Berikut adalah senarai nama peserta akhir bagi pencarian AEON Kids Republic Ambassador mengikut kategori.

Kategori A (5 – 8 tahun):
1. Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal
2. Ahmad Yezriq bin Ahmad Yazran
3. Shiv Aarryan Ganesan
4. Kourosh El Rayyan bin Ramin Toutian Esfahani
5. Zayn Nayl bin Muhamad Faiz
6. Airis Amanda binti Mohd Norhafizi
7. Jadi Jesslyn
8. Priesshah A/P Hariintran
9. Alina Baig binti Mirza Mumtaz Baig
10. Airis Haura Nur Inara binti Mohd Zulazman
11. Emma Sophia binti Dzulfadli Husni
12. Evareyhana binti Kamaruzzaman
13. Audree Elena binti Shahrizan Effedey
14. Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz

Kategori B (9 – 12 tahun):
1. Muhammad Reezqi Rayqal bin Ahmad Naim
2. Awang Naqiff Akmal bin Awang Bakri
3. Jayden Ooi Chun Eng
4. Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad
5. Tuan Muhammad Adam Reezqie bin Tuan Mohd Asmawi
6. Ammar Hazim bin Ahmad Nazam Hilmi
7. Koh Jee Yen
8. Joshiyta A/P Jeyasudhan
9. Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah
10. Wan Nur Zara Damia binti Wan Abdul Halim

Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah Duta AEON Kids Republic 2023

Tahniah Puteri Aisya Carlysa binti Mohd Azham Shah yang telah berjaya dinobatkan sebagai Duta AEON Kids Republic untuk tahun 2023. Beliau juga telah dipilih sebagai pemenang untuk peserta perempuan dari Kategori B. Keyakinan beliau menjawab setiap soalan yang dilontarkan, selain daripada mempunyai keyakinan diri yang cukup timggi, begitu murah senyuman dan keperibadian yang cukup menyenangkan telah berjaya menambat hati juri.

 Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz
 (pemenang perempuan untuk kategori A)

Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal 
(pemenang lelaki untuk kategori A)

Pemenang yang lain adalah seperti Ahmad Rageen bin Sultan Ahmad (pemenang lelaki untuk kategori B), Muhammad Yusha Harris bin Muhd Yuzri Nizal (pemenang lelaki untuk kategori A) dan juga Naira Alisha binti Mohammad Aimil Fariz (pemenang perempuan untuk kategori A).


Pada majlis yang sama turut diadakan pelancaran salah satu ciri yang didatangkan bersama apps iAEON - Very Important Parents (VIP) Club. Di mana pelbagai keistimewaan, faedah serta ganjaran yang ditawarkan kepada ahli menerusi VIP Club.

Tahniah AEON atas pelancaran Very Important Parents (VIP) Club dan juga kempen pencarian AEON Kids Republic Ambassador 2023 yang sukses dijalankan. 

Pencarian AEON Kids Republic Ambassador Kini Telah Ditemui Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 26, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.