Air Buah Cempedak, Sedap dan Padu Rasanya Pertama di Malaysia

Air Buah Cempedak, Sedap dan Padu Rasanya Pertama di Malaysia- Cempedak goreng kita biasa dengar dan pernah nikmati. Tapi bagaimana pula jika cempedak dijadikan sebagai minuman. Agak unik dan 'rare' yang mungkin belum lagi kita temui. Bayangkan buah tempatan warna keemasan yang selama ini cukup senonim digoreng mahupun dimakan begitu sahaja. Manis-manis berlemak memang sedap rasanya apabila didatangkan dalam bentuk minuman - air buah cempedak! Pasti korang teruha untuk mencubanya.


Korang boleh temui air buah cempedak pertama seumpamanya di Malaysia esklusif di Restoran Pak Mal Nasi Ayam yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam. Air cempedak antara sajian baru yang diperkenalkan dengan menggunakan buah cempedak berkualiti premium yang sememangnya khas untuk diimport ke luar negara. 


Apa yang penting minuman air cempedak ini tidak mempunyai sebarang campuran gula. Setiap sedutan kita boleh rasa kenikmatannya terutama keaslian buah cempedak. Bagi saya sendiri yang sudah mencubanya, minuman ini memang unik dan istimewa. Selain daripada rasa lemak-lemak manis, dinikmati secara sejuk memang sangat padu terutama di musim panas sekarang ini.


Restoran Pak Mal Nasi Ayam juga menjual buah cempedak premium pada harga yang cukup yang berpatutan, iaitu RM8 sekilo. Buah cempedak diambil lebih kurang 1 tan setiap minggu jadi stok buah ini sentiasa ada di restoran.
 

Buah cempedak adalah dari kebun yang menggunakan penanaman bebas bahan kimia, penanaman menggunakan baja organik. Jadi tiada hairanlah kualiti buah cempedak  memang sangat cantik. 


Selain daripada minuman air buah cempedak, korang juga boleh membeli cempedak yang telah digoreng. Seawal 10 pagi cenpedak goreng telah tersedia menanti pelanggannya di Restoran Pak Mal Nasi Ayam. Menikmatinya secara panas-panas memang puas hati. Dengan isi cempedak yang lemak manis dan tebal bersama dengan tepung gorengan istimewa. Campuran tepung gorengan ini adalah resepi turun temurun keluarga Pak Mal.


Di samping menu berasaskan cempedak, jika korang ke Restoran Pak Mal Nasi Ayam jangan lupa untuk mencuba nasi ayam (nasi ayam legend), laksa siam (thai) dan laksam.


Ayam Bakar perapan istimewa

Nasi Ayam Pak Mal sememangnya antara nasi ayam yang cukup popular di kawasan Selangor serta Kuala Lumpur. Hidangan nasi ayam ini telah mula diperkenalkan dari awal 1980am bermula dari jualan di gerai oleh ibu pemilik restoran iaitu Encik Amir yang terletak di seksyen 11 Shah Alam (sehingga kini gerai masih beroerasi). Atas minat untuk meneruskan legasi Nasi Ayam Pak Mal, restoran fizikal telah dibuka di seksyen 10 Shah Alam dan dinamakan dengan Restoran Pak Mal Nasi Ayam. 

Pemilik Restoran Pak Mal Nasi Ayam Shah Alam

Nasi Ayam Pak Mal juga boleh dinikmati bersama hidangan sampingan yang lain seperti kerabu mangga, taugeh goreng kicap, pai tee dan pelbagai lagi. Ikut selera dan citarasa masing-masing.


Keunikan Nasi Ayam Pak Mal adalah terletak pada sosnya. Menggunakan resepi asli tradisi keluarga sosnya memang cukup istimewa. Terdapat 2 jenis masakan yang ditawarkan iaitu ayam bakar biasa dan berempah. Namun ayam bakar biasa (bahan perapan istimewa keluarga) yang sentiasa mendapat permintaan tinggi dari pengunjung setia restoran ini.


Selain tu, korang juga boleh menikmati laksa siam (thai) di sini. Gabungan ulanan dan kuah ikan yang pekat sememangnya resepi tradisi asli masyarakat Thailand. Sedap! Saya yang pertama kali mencubanya pun boleh jatuh cinta dengan rasanya :-)


Begitu juga laksam, kuah ikan warna putih yang dinikmati bersama mee laksam. Hidangan popular dari Kota Bharu ini memang enak apatah lagi digabungkan dengan ulanan dan sambal. Nak rasai hidangan autentik ini di Selangor, bolehlah singgah di Restoran Pak Mal Nasi Ayam Shah Alam.


Restoran Pak Mal Nasi Ayam dibuka dari Sabtu hingga Khamis (Jumaat tutup) dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Terletak dihujung barisan kedai dengan kemudahan parkir yang begitu banyak.


 Boleh datang dan cuba sendiri air buah cempedak yang padu rasanya, semestinya pertama di Malaysia esklusif di Restoran Pak Mal Nasi Ayam.

Air Buah Cempedak, Sedap dan Padu Rasanya Pertama di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 23, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.