Jom Meluncur Ais dan Bermain Salji di Blue Ice Snow Park Pavilion Bukit Jalil

Meluncur ais di kawasan yang bertutup dan selamat sememangnya menjadi pilihan ibubapa yang ingin membawa anak-anak mereka merasai keseronokan meluncur ais dan juga bermain salji. Yup! Di Blue Ice Snow Park yang terletak di tingkat 5 Pavilion Bukit Jalil ini yang sememangnya menjadi pilihan komuniti setempat untuk datang berlibur bersama keluarga mereka


Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi sehingga 10 malam dengan 5 sesi pilihan slot waktu yang boleh kita pilih untuk bermain di dalam Blue Ice Snow Park Pavilion Bukit Jalil ini.


Di sini juga terdapat kafe yang menawarkan pelbagai pilihan jenis minuman dan juga masakan panas seperti waffle.


Cuti sekolah baru-baru ini saya telah membawa ke semua anak saya kecuali Anaqi ke Blue Ice Snow Park di Pavilion Bukit Jalil. Semua anak saya begitu teruja untuk melucur ais dan bermain salji!


Blue Ice Snow Park Pavilion Bukit Jalil juga dibuka untuk pengunjung yang ingin menjadi ahli dengan harga kemasukan yang cukup berpatutan. Disediakan juga kelas meluncur ais dengan bimbingan jurulatih yang mahir dan cukup berpengalaman.


Namun untuk orang awam, harga kemasukan adalah seperti di atas iaitu RM40 untuk ice skating dan snow park RM60. Perlu memakai sarung tangan Blue Ice Snow Park dan juga stokin.



Kasut ice skating memag ada disediakan dari saiz kecil hingga saiz yang paling besar. Begitu juga dengan tandas dan tempat penyimpanan barang (ada caj uang dikenakan bagi tempat penyimpanan barang).


Ice Skating


Gelanggang ais agak luas dan uniknya ianya didatangkan bersama simulasi cahaya serta boleh menghidupkan suasana romantik, Sesuai bukan sahaja untuk datang berseronok bersama keluarga dan teman bahkan lokasi yang sesuai untuk berjanji temu juga. 


Bagi mereka yang baru sahaja tahu meluncur, Gelanggang Blue Ice Snow Park menawarkan pelbagai siri kelas meluncur ais. Kelas ini akan dikendalikan oleh jurulatih yang mahir dan berpengalaman. Kelas akan disesuaikan dengan keperluan individu termasuklah teknik asas luncur ke gerakan lanjutan.


Selain meluncur, Blue Ice Snow Park turut menawarkan pakej acara esklusif . Antaranya seperti pakej parti hari jadi, acara korporat dan pakej istimewa lain yang boleh disesuaikan diadakan di Blue Ice Snow Park.


Memang seronok! Anak-anak boleh bermain sepuas-puasnya. Memang sangat berbaloi datang ke sini apatah lagi meluncur ais bersama antara aktiviti yang boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.



Snow Park


Di Snow Park, pengunjung boleh bermain dengan salji. Kanak-kanak memang lebih teruja ketika berada di sini. Mereka boleh mebina snowman, bermain gelongsor dan pelbagai lagi.

Lihat sahaja anak-anak saya betapa gembiranya mereka berada di sini. Bermain snow fight bersama adik-beradik aktiviti yang cukup menyeronokkan.








Secara keseluruhannya, Blue Ice Snow Park Pavilion Bukit Jalil antara destinasi yang mesti dikunjungi pada mereka yang mencari pengalaman meluncur ais yang unik di Kuala Lumpur. Dengan kemudahan bertaraf dunia, kakitangan yang mahir dengan pelbagai aktiviti dan acara, ianya adalah lokasi yang terbaik untuk menghabiskan dan berseronok bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran anda meluncur di gelanggang ais.

Melihat anak gembira memang membuatkan saya bahagia :-) 
Jom ke Blue Ice Snow Park Pavilion Bukit Jalil

Jom Meluncur Ais dan Bermain Salji di Blue Ice Snow Park Pavilion Bukit Jalil Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 05, 2023 Rating: 5

1 comment:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.