TotalEnergies dan Li-Ning Menganjurkan Kejohanan Badminton 3V3 Pertama di Malaysia

TotalEnergies dan Li-Ning Menganjurkan Kejohanan Badminton 3V3 Pertama di Malaysia - Berita baik buat peminat badminton Malaysia. TotalEnergies Malaysia dan Li-Ning Malaysia telah mengumumkan pelancaran kejohanan rasmi pertama 3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023 untuk pemain bukan profesional di Malaysia.
 

Ini merupakan kejohanan badminton 3V3 (tiga lawan tiga) pertama yang dianjurkan secara bersama kedua-dua syarikat itu di Asia Tenggara.

Pelancaran Kejohanan Badminton 3V3
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Dato Sri Sam Soh, Pengarah dari Sunlight Sports Sdn Bhd, bersama Jennifer Li, Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia, Simon Soh, Ketua Pembangunan Perniagaan Li-Ning Malaysia, Wilfred Wong, Penolong Pengurus Besar IOI City Mall dan bekas lagenda badminton Tan Boon Heong. Goh Liu Ying dan Janice Woon turut menyerikan acara itu sebagai penyokong utama 3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023.

Badminton ialah sukan yang digemari ramai di Malaysia dan kami teruja untuk memperkenalkan acara baharu untuk mengembangkan lagi budaya badminton di sini

kata Jennifer Li, Pengarah Urusan TotalEnergies Marketing Malaysia. 

Sebagai jenama yang dipercayai dalam produk minyak pelincir dan penyelesaian mobiliti, kami sinonim dalam aspek memacu kecemerlangan dalam prestasi, ketepatan dan ketahanan. Badminton juga berkongsi sifat yang sama, dan kami berharap dapat memupuk sifat terpuji ini bersama-sama.

Badminton 3V3 mungkin agak baru di Malaysia, tetapi ia sudah mendapat sambutan hebat di China. Permainan pantas dan mendebarkan ini menawarkan peluang yang luar biasa untuk pemain dari mana-mana tahap kemahiran atau jantina mengambil bahagian. Kami teruja dapat bergabung tenaga dengan TotalEnergies untuk membawa semua lapisan masyarakat menikmati permainan dan berhubung dengan cara yang lebih bermakna,
kata Teah Yann Ling, Ketua Runcit dan Kreatif Kumpulan Li-Ning Malaysia.

3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup akan memulakan perlawanan pertama di Kuala Lumpur pada 15 September 2023, diikuti Johor, Pulau Pinang dan Kuching, Sarawak. Pemenang-pemenang dari setiap negeri kemudiannya akan bertanding di grand finale pada 18-19 November 2023 di Kuala Lumpur.

Kategori dan Yuran Penyertaan 
Kejohanan badminton 3v3 ini mempunyai tiga kategori
● Pasukan Lelaki dengan dua kumpulan umur - bawah 30 dan ke atas 30 tahun
● Pasukan Terbuka Campuran (Mixed Open Team) dengan sekurang-kurangnya seorang pemain wanita
● Pasukan Keseronokan Campuran (Mixed Fun Team) dengan sekurang-kurangnya seorang pemain di bawah umur 15 tahun

Yuran pendaftaran RM300 akan dikenakan bagi setiap pasukan dengan cenderahati bernilai RM900 dihadiahkan kepada setiap pasukan. 

Selain itu, terdapat sejumlah RM338,800 hadiah untuk dimenangi oleh pemenang kejohanan badminton 3V3. Kelayakan untuk kejohanan tersebut hanya dibuka kepada warganegara Malaysia. 

Pemain kebangsaan atau profesional yang telah menyertai kejohanan antarabangsa di bawah Badminton Asia dan BWF dalam tempoh 5 tahun yang lalu (2018-2023) juga tidak layak menyertai kejohanan tersebut.

Penglibatan TotalEnergies dan Li-Ning
Kejohanan Badminton TotalEnergies Li-Ning Li Yongbo Cup 3V3 di China adalah siri yang dipertandingkan di lebih 20 bandar di seluruh China setiap tahun sejak 2017. Format 3V3 dalam badminton dimainkan membabitkan tiga lawan tiga dalam satu perlawanan.

TotalEnergies juga merupakan penaja utama serta Rakan Tenaga Rasmi dan Rakan Minyak Pelincir Rasmi Kejohanan Utama Persekutuan Badminton Dunia (BWF) termasuk Kejohanan Dunia BWF, Kejohanan Akhir BWF Piala Thomas dan Uber, dan Kejohanan Akhir BWF Piala Sudirman. 

Terbaharu di Korea, Memorandum Persefahaman telah dimeterai oleh syarikat usahasama TotalEnergies, S-OIL TotalEnergies Lubricants Co., Ltd untuk menjadi rakan rasmi Persatuan Badminton Korea dan rakan penaja kejohanan badminton antarabangsa yang diadakan di Korea. Ia akan dianjurkan oleh BWF dan dihoskan oleh Persatuan Badminton Korea.


Untuk mengetahui lebih lanjut dan mendaftar untuk 3V3 TotalEnergies x Li-Ning Cup 2023, sila lawati https://www.lining.my/SalePage/Index/284192?garefersrc=HotsaleInCategory 

Tertakluk kepada terma dan syarat.

P/s: Meriah dan menarik perlawanan badminton 3V3 ini. Hadiah ditawarkan juga cukup hebat. Berminat? Jom sertai!

TotalEnergies dan Li-Ning Menganjurkan Kejohanan Badminton 3V3 Pertama di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 17, 2023 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.