Shopee Seller Summit Bawa Era Baru Pemasaran Berasaskan Nilai

Seramaj 1,200 penjual Malaysia di platform Shopee bersepakat untuk kekal relevan dengan nilai yang dipegang pengguna muda dalam talian melalui Pemasaran Berasaskan Nilai di Shopee Seller Summit yang berlangsung di Sunway Resort pada 21 Jun 2023. 


Tahun keenam konvensyen tahunan e-dagang terbesar dan popular di Malaysia ini membolehkan para penjual mempraktikkan trend terbaharu pengguna dalam talian dan menggunakan ciri-ciri perniagaan terbaharu Shopee Marketplace bagi menyumbang kepada pembangunan komuniti tempatan merangkumi pelbagai industri seluruh negara.


Menamatkan tanggapan bahawa perniagaan berpacukan nilai lazimnya dibawakan oleh syarikat multinasional, sepuluh penjual berasaskan nilai buka pop-up booths untuk demonstrasi bagaimana mereka pacu nilai unik melalui pengalaman pengguna (user experience), penceritaan asli (authentic storytelling), dan penglibatan lancar pengguna (seamless engagement). Penjual Shopee Xpert dan Shopee Bintang mengendalikan permainan interaktif seperti Marketplace Inclusion Treats-In-the-Jar , Building Connected Communities Jenga, dan Redefining E-Commerce Pictionary, untuk bersuai kenal dan mencipta pengalaman berasaskan nilai.


Dalam ucaptama Pengarah Shopee Malaysia, Cheng Xun Chua, beliau mengumumkan inisiatif platform 2023 yang bertumpukan kemajuan penjual Malaysia. Pertama, Shopee mengukuhkan keupayaan logistik dan pembayaran, dan mengutamakan pemeliharaan jenama dengan menambahbaik pengalaman membeli-belah pelanggan berasaskan nilai. 

Kedua, Shopee memaksimumkan nilai jangka hayat pelanggan menggunakan pangkalan pengguna dengan membina sinergi kategori silang dan merapatkan lagi hubungan antara penjual dan pelanggan mereka, meningkatkan penglibatan pembeli-belah dan maksimumkan kecapaian penjual.

Menurut Chua, “Di landskap e-dagang terkini, pelanggan mengambil peduli nilai yang dipegang dan yang dipraktikkan oleh penjual dengan memeriksa apa kata pempengaruh dan rakan sekutu tentang jenama mereka. Dengan Shopee 360 Marketing Solutions, kami membekalkan platform solusi pemasaran komprehensif dan menyeluruh termasuk pelbagai khidmat dan fungsi perniagaan bagi membantu penjual meningkatkan jualan dan profil mereka.”

Khairul Aming, pemenang Penjual Baharu Terbaik dan Khidmat Pelanggan Terbaik Shopee Super Award 2022 menyeru para penjual untuk kekal relevan ketika diskusi panel. Beliau turut disertai oleh Roy Sam dari PerySmith, Kim Yeo dari Ecobb, Sammy Chong dari Celovis Jewelry, dan So Bee Leng dari Coty Malaysia, yang berbicara tentang memenuhi keperluan pengguna berasaskan nilai untuk memacu kesetiaan berjangka panjang.


Beliau memperkenalkan Sambal Nyet di Shopee pada 2021 dan telah membuat jualan melebihi RM21.5 juta, dengan botol ke sejuta terjual pada Ogos lepas. Dengan sentiasa memperbaharui dan menyuaipadan kandungan dengan cita rasa tempatan rakyat Malaysia, beliau memiliki 3.7juta pengikut di Instagram dan konsisten dinilai 5.0 bintang di Shopee dengan jumlah pengikut melebihi 392.2 ribu. Berasal dari Kelantan, pertumbuhan perniagaan Khairul Aming adalah model dalam mencipta peluang keterangkuman pekerjaan di negeri beliau dengan lebih 50 staf yang menyokong lebih 150 tanggungan.


Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia berkata, “Setiap tahun, beribu penjual menjalin hubungan (networking) dan mempelajari sesuatu yang baharu untuk berkembang di Seller Summit kami. Tahun ini, saya berpeluang menyantuni forum panel tentang strategi proaktif pemasaran berasaskan nilai yang saya yakin akan memacu impak sosial dan perniagaan setiap industri. Tidak dilupakan juga, saya mengucapkan terima kasih kepada penaja yang menyumbang kepada kejayaan Seller Summit 2023: Commerce.Asia, Intrepid, Kumoten, Mono & Co, PayRecon, Red Dino, SiteGiant, dan Toyo, dan banyak lagi.“


Membawa contoh bagaimana kedai Buatan Malaysia di pasaran boleh memacu keterangkuman ekonomi tempatan dan memenuhi kehendak pembeli-belah berasaskan nilai melalui ekosistem Shopee adalah Ooi Zhi Wei dari Zhiwei Herb, Felix Lee dan Tee Ying Fui dari Beehaus, Karen Tee dari RPM (Racing Passion Moto), Eelin Lim dari BeNourish, Leon Wong dari Samview, Mohd Zaid dari Lampu Cherita, Edward Wong dari HomeDecoStore, Khairil Adhzaha dari Tokey Sambal Hitam, Patricia Marin dari Mamami Shoppe, dan Hafiz Oon dari Mr Bentong.

Tahun lepas, Shopee menaiktaraf kemahiran dan mengintegrasikan lebih 250,000 penjual baharu untuk keterangkuman digital, dan menyaksikan 145 penjual baharu mencatat rekod jualan melebihi RM500,000 dalam 12 bulan pertama dalam talian. 


Sejajar dengan usaha berterusan Shopee untuk memanfaatkan kuasa transformatif teknologi dalam mencipta keterangkuman ekonomi digital yang lebih kukuh, Shopee Seller Summit membawakan ciri-ciri praktikal perniagaan untuk menaiktaraf kemahiran dan memperkasakan penjual untuk mencapai kejayaan dalam talian dan membina masa depan mampan untuk mereka.



Shopee Seller Summit Bawa Era Baru Pemasaran Berasaskan Nilai Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 23, 2023 Rating: 5

1 comment:

  1. so far i masih sukaaa beli mcm2 kat shopee ni ;) tgk keadaan wallet hahahah

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.