Selangor International Travel Photography Festival Anjuran Tourism Selangor Promosi Destinasi Pelancongan Menarik

Selangor International Travel Photography Festival Anjuran Tourism Selangor Promosi Destinasi Pelancongan Menarik - Tidak dinafikan destinasi tumpuan pelancongan di negeri Selangor adalah salah satu tarikan utama bagi jurugambar dan pencipta kandungan kreatif. Ini terutama dalam mewar-warkan kecantikan, keunikan dan budaya di negeri Selangor. Antara destinasi pelancongan di Selangor yang popular seperti Sekinchan, Kuala Selangor, Sepang dan pelbagai lagi.


Negeri Selangor telah berjaya menarik lebih 10.2 juta pelancong domestik ke negeri Selangor pada tahun 2021 dan menjadikan negeri Selangor sebagai negeri yang paling ramai dikunjungi di Malaysia. Melalui kerjasama dengan pemain industri pelancongan utama, seperti Jumpstreet Asia, Selangor Fruit Valley, Hotel Eastin, Muzium Coklat, Jungle School Gombak dan Gamuda Land, Selangor International Travel photography.

Bagi merancakkan promosi pelancongan di negeri Selangor, agensi bukan kerajaan Tourism Selangor telah menganjurkan Selangor International Travel Photography Festival selama 2 hari iaitu dari 12 hingga 13 November 2022. Festival ini telah berlangsung di UG Atrium, Paradigm Mall, Petaling Jaya.

Penganjuran festival ini adalah sebagai salah satu usaha bagi mempromosikan destinasi pelancongan domestik di negeri Selangor. Terdapat pelbagai aktiviti disediakan seperti pertandingan dan pameran fotografi, perbincangan dan pembentangan, persembahan kebudayaan, seminar dan banyak lagi.

Splendid Selangor Photo Hunt 
Saya dan Miera Nadhirah turut menyertai acara Splendid Selangor Photo Hunt. Dan kami adalah didalam Team 27. Peserta yang menyertai kebanyakannya memang mempunyai pengetahuan yang luas terutama dalam bidang fotografi. Satu pengalaman yang cukup manis apabila dapat bersama-sama mereka yang hebat dalam melaksanakan setiap tugasan.


Ada 8 klu dan 8 gambar yang perlu dihantar dalam tempoh 2 jam. Kami berjaya melaksanakan semua misi. Cuma belum ada rezeki memenangi sebarang hadiah yang ditawarkan. Tahniah buat rakan Kit dan Faiz kerana berjaya memenangi hadiah saguhati.


Pelbagai Aktiviti di Booth dan Persembahan Kebudayaan
Sepanjang Selangor International Travel Photography Festival, kita juga berpeluang mendekati pemain industri pelancongan yang mengambil bahagian. Selain daripada produk sampel, turut diadakan promosi-promosi yang cukup hebat dan berbaloi direbutkan.


Persembahan budaya masyarakat orang asli turut mencuri perhatian. Dengan persembahan bertenaga dan lenggok tarian orang asli yang jarang dipertontonkan menjadikan festival ini cukup meriah dengan kehadiran pengunjung yang turut sama-sama hadir menyaksikan persembahan.


Bukan itu sahaja, pengunjung yang hadir juga boleh belajar cara menganyam menggunakan daun mengkuang. Seronok! Sesuatu yang jarang kita lakukan, di festival ini kita boleh belajar dan mengeksplorasi benda yang baru terutama seni kraf tangan yang tak lapuk dek zaman.


Sememangnya menerusi penganjuran Selangor International Travel Photography Festival ini adalah salah satu cabang dalam mempromosikan pelancongan domestik negeri Selangor dengan lebih hebat.

Untuk sebarang  info tentang acara dan aktiviti pelancongan negeri Selangor boleh lawati laman media sosial rasmi Tourism Selangor di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

Selangor International Travel Photography Festival Anjuran Tourism Selangor Promosi Destinasi Pelancongan Menarik Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 14, 2022 Rating: 5

6 comments:

  1. Wah. Bestnya ada event sekali game macam nie. Mesti Ayu dapat banyak ilmu pasal Selangor kan

    ReplyDelete
  2. Thanks Kak Ayu, serious tak sangka juga sebab semua gambar2 submission sgt creative dan cantik kan! Hopefully more to come lepas ni, teruja pulak bila join hunt mcm ni 🤭

    ReplyDelete
  3. Wowo...So so exciting this whole event & all were happy participants . Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  4. Pelancongan dan kerajaan negeri selangor aktif buat macam2 kempen sekarang ni nak tingkat ekonomi mereka cuma tak ada masa nak join sibuk... Macam pertandingan Photografi best juga dapat masuk ni...

    ReplyDelete
  5. best betul join this one, rasa something new sebab dapat jawab gamba dengan jawapan sendiri yang subjektif.

    ReplyDelete
  6. Ruby memang faveret joun treasure hunt or apa sahaja hunt. Cuma yang di Paradigm Mall ni Ruby tak dapat join sebab Hari Sukan Sekolah anak-anak. Seronok tengok akak buat semua task tu. Harap tahun depan ada lagi!

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.