Sime Darby Oils Hulur Bantuan Kepada Pertubuhan Amal Uncle Kentang Menerusi Kempen Meraih Dana #SayaDanNATRIEO

Dalam usahanya untuk menggalakkan rakyat Malaysia menabur budi sambil menjaga kesihatan mereka, dan selaras dengan komitmennya untuk melakukan sesuatu yang bermakna untuk masyarakat,
Sime Darby Oils baru-baru ini telah menghulurkan sumbangan kepada Pertubuhan Amal Uncle Kentang. Menerusi kempen meraih dana amalnya, Sime Darby Oils telah menyumbang lebih daripada RM17,000 kepada organisasi tersebut.


Sumbangan tersebut dicapai menerusi kempen #SayaDanNatrieo anjuran Sime Darby Oils, yang diadakan dari April hingga Jun 2022. Lebih daripada 3,000 botol NATRIEO Tri E Tocotrienols telah dijual di seluruh negara menerusi kedai-kedai farmasi, platform e-dagang dan laman web Sime Darby Oils, serta acara-acara fizikal. Dengan setiap botol yang dijual, sebanyak RM5 disalurkan oleh Sime Darby Oils kepada dana amal tersebut.


Pengarah Urusan Sime Darby Oils, Mohd Haris Mohd Arshad, berkata, 
Kami gembira kerana mendapat sambutan positif terhadap usaha kami untuk menyantuni golongan yang memerlukan. Selaras dengan Budaya Prihatin Sime Darby Oils, kami berharap untuk meneruskan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan seperti Pertubuhan Amal Uncle Kentang kerana mereka memainkan peranan penting dalam menyokong golongan kurang mampu.

Pertubuhan Amal Uncle Kentang, yang ditubuhkan oleh dermawan dan aktivis sosial Kuan Chee Heng, atau lebih mesra dipanggil Uncle Kentang, menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan. Sebanyak RM10,000 daripada dana yang disumbangkan oleh Sime Darby Oils akan disalurkan kepada Pusat Al-Mahmudah, iaitu sebuah rumah amal untuk 45 orang warga emas, bagi membantu menampung perbelanjaan operasi harian. Baki sumbangan akan digunakan untuk membeli katil hospital elektrik bagi pesakit yang memerlukan rawatan paliatif.


Uncle Kentang berkata
Kami terhutang budi kepada Sime Darby Oils yang sudi menyokong masyarakat menerusi kempen meraih dana amal ini. Bantuan yang kecil sekalipun amat bermakna, dan setiap botol NATRIEO membantu mencetus perubahan positif dalam kehidupan penghuni rumah kebajikan berkenaan dan pesakit di hospital.

Di samping itu, sempena Bulan Kesedaran Kanser Hati pada bulan Oktober 2022, Sime Darby Oils baru-baru in mengumumkan inisiatif #JagaHatiDenganNatrieo, yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah proaktif untuk mencegah penyakit hati. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha jangkauan komuniti Sime Darby Oils yang bertujuan untuk mewujudkan impak positif kepada masyarakat.
Sime Darby Oils Hulur Bantuan Kepada Pertubuhan Amal Uncle Kentang Menerusi Kempen Meraih Dana #SayaDanNATRIEO Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 22, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.