sooka Semarakkan Demam Bola Sepak dengan Kempen World Cup Ikut sooka

sooka, aplikasi penstriman aksi sukan LIVE dan kandungan hiperlokal – kini kembali untuk meraikan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ yang bakal tiba. Kempen World Cup Ikut sooka memberi peluang kepada para peminat bola sepak untuk menonton kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ secara langsung, terus daripada peranti mudah alih anda ataupun TV pintar untuk aksi daripada pasukan kegemaran anda melalui skrin yang lebih besar.


Piala Dunia FIFA Qatar 2022™ tidak boleh dilepaskan kerana Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo bertembung buat kali terakhir untuk peluang menjulang trofi Piala Dunia. Para peminat tegar bola sepak boleh melanggan pelan sooka VIP+Sports pada RM41.90 sebulan dan menonton kesemua 64 perlawanan. Untuk pengalaman tontonan yang lebih hebat melalui skrin TV Pintar terpilih, peminat boleh menikmati diskaun 25%* pada pelan TV VIP sooka hanya pada RM62.90 sebulan. Promosi ini terhad sehingga 18 Disember 2022. Peminat juga boleh mengikuti pelbagai program bola sepak eksklusif sooka seperti "Borak sooka Botak" dan "Old Skool sooka Bola".

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan Pas Perlawanan hanya pada RM9.90 setiap perlawanan sepanjang kejohanan. Emarina Kamal, Ketua Program sooka, berkata: 
Kempen World Cup Ikut sooka merupakan kesinambungan daripada kempen Bola Ikut sooka kami yang menyaksikan pelanggan kami meningkat kepada 60% untuk menonton Liga Perdana 2022/2023. Kami ingin memastikan bahawa para peminat sukan tidak akan terlepas mana-mana perlawanan ataupun gol penting ketika Piala Dunia FIFA Qatar 2022™. Peminat diberikan kebebasan memilih cara mereka menonton bola sepak, sama ada pada peranti mudah alih atau TV Pintar mereka dan membayar sesuka hati tanpa kontrak dan tanpa komitmen. Kami berazam untuk terus memberikan pengalaman menonton sukan yang penuh kebabasan tanpa had dan kerisauan.
sooka bekerjasama dengan Maxis, Shopee, dan Sharp Kempen World Cup Ikut sooka juga memperkenalkan kerjasama dengan Maxis, Shopee, dan Sharp. Maxis, penaja penyiaran Piala Dunia FIFA Qatar 2022™, akan memberikan sejuta Pas Perlawanan Live sebagai sebahagian daripada Jualan Hujung Tahun mereka yang akan bermula pada 20 November. Sharp menawarkan langganan percuma selama sebulan untuk pelan sooka VIP TV melalui pembelian mana-mana Sharp Android TV, dan para pelangggan akan dapat menikmati promosi sooka di platform Shopee yang akan datang tidak lama lagi.


Muat turun aplikasi sooka daripada Apple Store atau Google Play Store, atau tonton aplikasi sooka melalui TV pintar Samsung, LG, Sharp dan Sony. Kesemua pelan langganan sooka adalah bebas kontrak dan tanpa komitmen.

Untuk mengenai sooka, ikuti sooka di Facebook (sooka Malaysia) dan Instagram di
(@sookamalaysia), atau layari sooka.my.
*Promosi sah untuk pelanggan baharu VIP TV sahaja

sooka Semarakkan Demam Bola Sepak dengan Kempen World Cup Ikut sooka Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 22, 2022 Rating: 5

2 comments:

  1. I am enjoying this fall to going to Qatar and see the Fifa World Cup 2022 which will going to be a huge things, Also delivering the concrete papers and who need to buy healthcare research paper from me then I am available 24/7 for you.

    ReplyDelete
  2. Sooka ignites soccer excitement with its World Cup Campaign! From thrilling contests to engaging social media posts, the Campaign brings fans closer to the action. Get ready to cheer for your favorite teams as Sooka fuels the passion for the beautiful game.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.