Majlis Bertemu Peminat Bersama Pelakon Utama Sayap Bagimu Cukup Meriah


Satu majlis bertemu bersama peminat yang melibatkan pelakon utama Sayap Bagimu iaitu Alif Satar dan juga Siti Nordiana di AEON AU Setiawangsa. Majlis berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah, apatah lagi dengan kehadiran ahli kelab peminat Alif dan Nana.


Majlis bermula seawal 6.30 petang, sesi pendaftaran dan juga jamuan ringgan yang disediakan oleh pihak penganjur. Ada pelbagai hidangan yang enak-enak yang boleh dinikmati sambil-sambil menunggu ketibaan pelakon utama Sayap Bagimu.


Tepat jam 8.00’malam, Alif dan Siti Nordiana (Nana) terus ke pentas utama untuk sesi bersama peminat dengan lebih dekat. Apa yang lebih mengujakan. Alif dan Nana turut menyanyikan lagu-lagu popular mereka.


Vibes memang luar biasa. Bayangkan peminat turut bersama menyanyikan lagu-lagu hits mereka.



Dalam pukul 9 malam, semua tetamu bergerak ke pawagam untuk menyaksikan Episod 8 Sayap Bagimu. Saya sebenarnya cukup sukakan dengan gamdingan Aliff dan Nana. Chemistry dalam lakonan memang cukup kuat dan hebat. Apatah lagi Alif sememangnya cukup terkenal dengan lakonan hebatnya yang versatil.


Dibantu barisan pelakon lain yang turut sama hebat seperti Eizlan Yusuf, Mark Adam dan ramai lagi.


Dalam episod ini kita boleh lihat betapa keikhlasan Siti (Siti Nordiana) terhadap Alif Adnan (Alif Satar). Bagaimana kita boleh menerima dengan ikhlas baik dan buruk seseorang yang kita sayang.

Jangan lupa untuk tonton drama Sayap Bagimu laman Youtube AEON Malaysia (Telah mula disiarkan sejak 13 Oktober 2022 lagi). Episod baru akan di muatnaik setiap Khamis jam 6 petang.

Majlis Bertemu Peminat Bersama Pelakon Utama Sayap Bagimu Cukup Meriah Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 30, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.