TIARA SENDAYAN PROJEK PENJUALAN TERBAIK MATRIX CONCEPTS

TIARA SENDAYAN PROJEK PENJUALAN TERBAIK MATRIX CONCEPTS-Membeli aset seperti rumah kediaman merupakan satu pelaburan jangka panjang yang cukup berbaloi. Apatah lagi rumah kediaman yang terletak di kawasan perumahan yang dilengkapi dengan pelbagai fasiliti serta akses. Antara projek perumahan yang sentiasa mendapat perhatian dan jualan terbaik tentulah Tiara Sendayan. Jom kita lihat mengapa Tiara Sendayan merupakan projek penjualan terbaik bagi Matrix Concepts

Tiara Sendayan merupakan projek perumahan di negeri Sembilan di bawah pemaju Matrix Concepts Holdings Berhad. Pencapaian projek di Tiara Sendayan amat mengagumkan. Bayangkan hampir 13 projek habis dijual dalam tempoh 3 tahun dan sambutan yang diterima cukup menggalakkan. Tidak hairanlah Matrix Concepts Holdings Berhad berjaya merangkul pelbagai anugerah berprestij termasuk The Edge Excellent Award 2022 (TEPEA), The Edge Billion Ringgit Club 2022, The Malaysia Developer Awards 2022 (Top 10 for Market Capitalisation of RM 1 Billion and above) dan banyak lagi. 

Selain dari memenangi pelbagai pencapaian, faktor lain yang membuatkan Tiara Sendayan merupakan projek penjualan terbaik adalah kerana Tiara Sendayan telah berjaya membina dan menyerahkan lebih 2,188 kunci kepada pemilik Tiara Sendayan. Ini telah memberi kepercayaan kepada pembeli akan datang untuk memiliki Tiara Sendayan dan menjadi sebahagian dari komuniti ini. 

Aksesabiliti & Kemudahan Yang Hebat 
Tiara Sendayan terletak di Seremban, mempunyai akses seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan KLIA Expressway. Selain itu, perbandaran moden Tiara Sendayan ini juga terletak di kawasan yang begitu strategik iaitu berada di Malaysia Vision Valley dan semestinya akan meningkatkan nilai aset pembeli.


Kemudahan seperti taman rekreasi yang tersedia seperti Sendayan Green Park yang mempunyai pelbagai aktiviti riadah dapat dilakukan, pusat Pendidikan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah juga tersedia. Malahan, pusat komersil juga tidak jauh dari Tiara Sendayan. Ini membuatkan penduduk di Tiara Sendayan sangat mudah untuk beriadah dan menjalankan aktiviti harian. 


Disediakan juga rumah kelab d’Tempat Country Club yang mempunya pelbagai aktiviti seperti kolam renang saiz olimpik, spa, gim, kedai makan & sebagainya. Pembeli projek perumahan Tiara Sendayan akan mendapat complimentary keahlian rumah kelab ini selama 5 terma. Bukan itu sahaja, X-Park Sendayan yang merupakan akitiviti luar terbesar di NS dengan tarikan lebih 18 aktiviti untuk semua peringkat umur seperti go-kart, paint ball,dan pelbagai lagi menjadi faktor Tiara Sendayan menjadi rebutan buat pembeli. 

12 Ekar Central Park Lengkap di Bina untuk Aktiviti Beriadah 

Selain itu, di dalam Tiara Sendayan sendiri terdapat Central Park yang berkeluasan 12 ekar, dikelilingi tasik dan pepohon hijau yang cukup memberi ketenangan untuk ahli keluarga menghabiskan masa bersama-sama. Kita boleh berjoging, bermain layang-layang, berkhelah dan sebagainya. Antara kemudahan sukan dan rekreasi yang disediakan kat sini termasuklah gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang, gim, stesen parcourse, kawasan majlis, teres tempat duduk, trek joging dan laluan refleksologi. Senang semua dah ada dah kan.. menarik betul! 

Tiara Sendayan Dibina Untuk Keselesaan Keluarga 


Tiara Sendayan bakal melancarkan kediaman 2-tingkat bermula dari RM538,888. Kediaman ini didatangkan bersama 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Berkeluasan 2000 kaki persegi (20’ x 70’) kediaman ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga dan mencari rumah yang luas serta selesa untuk didiami. Rebut peluang untuk memiliki dan menjadi sebahagian komuni Tiara Sendayan dengan menghubungi 1800-88-2688 atau layari laman web https://tiarasendayan.com


TIARA SENDAYAN PROJEK PENJUALAN TERBAIK MATRIX CONCEPTS Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 25, 2022 Rating: 5

3 comments:

  1. Memang menarik dan berbaloi beli rumah kat Tiara Sendayan

    ReplyDelete
  2. Banyak kemudahan yang ada kat Tiara Sendayan nie, rumah pun luas dan selesa. Memang berbaloi kalau nak beli..

    ReplyDelete
  3. Tiara sendayan ni tempat die memangbwst dekat ngan lapangan terbang, boleh la nnt ari2 terbang.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.