BCL Blossom Intimate Concert, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminatnya di Malaysia


BCL Blossom Intimate Concert, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminatnya di Malaysia- Bunga Citra Lestari kini kembali ke Malaysia setelah lamanya tidak pulang ke sini. Walaupun hanya seketika namun bagi BCL kepulangannya ini cukup bermakna setelah pemergian arwah suaminya. Beliau juga sangat merindui aktiviti ketika di Malaysia bersama suaminya iaitu arwah Ashraf Sinclair. Dan kepulangan kali ini Bunga Citra Lestari juga ingin memenuhi impian suaminya untuk mengadakan konsert di Malaysia dan  sebagai apresiasi buat peminatnya yang setia menyokong kerjayanya sehingga ke hari ini. 


Pelantun lagu Wanita Terbahagia ini bakal mengadakan BCL Blossom Intimate Concert pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang bermula jam 8.30 malam. Di mana konsert ini juga dibawakan oleh Icon Entertainment yang sebelum ini telah sukses menjayakan konsert Dewa di Kuala Lumpur.


Figura yang cukup tabah ini menjadikan BLOSSOM sebagai pemilihan tema konsertnya atas signifikan kepada kerjaya dan kehidupannya sekarang dan pada masa akan datang. Saatnya kehilangan seseorang yang cukup bermakna dan bagaimana  BCL mengambil semangat yang arwah suaminya tinggalkan iaitu sentiasa percaya BCL boleh pergi lebih jauh dan berjaya.



Pastinya BCL Blossom Intimate Concert cukup bermakna buat BCL dan seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti kerjaya seninya sehingga kini. Dijangkakan ada juga artis hebat yang dijemput sama berada di satu pentas di BCL Blossom Intimate Concert. 

Tiket BCL Blossom Intimate Concert boleh didapati di www.ticket2u.com.my

Harga tiket yang ditawarkan adalah seperti :-

Kategori 12 Tahun Terindah
Early Bird : RM1188
Harga Normal : RM1238

Kategori Menghapus Jejakmu
Early Bird : RM988
Harga normal : RM1038

Kategori Cinta Sejati
Early Bird : RM788
Harga normal : RM838

Kategori Aku & Dirimu
Early Bird : RM588
Harga normal : RM638

Kategori Wanita Terbahagia
Early Bird : RM258
Harga normal : RM308

Kategori 12 Ingkar
Early Bird : RM218
Harga normal : RM268

Jom saksikan BCL Blossom Intimate Concert di Kuala Lumpur :-)
BCL Blossom Intimate Concert, Apresiasi Bunga Citra Lestari Buat Peminatnya di Malaysia Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 11, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.