UNIQLO Memperkenalkan Studio RE.UNIQLO di DA Square

UNIQLO Memperkenalkan Studio RE.UNIQLO di DA Square -Peruncit pakaian global UNIQLO menyokong usaha ke arah kemampanan dunia telah melancarkan Studio RE.UNIQLO baharunya di DA Square, Bandar Sri Damansara Selangor . 

Studio RE.UNIQLO ini merupakan studio UNIQLO pertama seumpamanya di negara ini, dan merupakan sebahagian daripada program RE.UNIQLO, yang menyumbang ke arah ekonomi melalui kitar semula iaitu 3Rs: Repair, Reuse and Recycle.

Falsafah LifeWear UNIQLO itu sendiri untuk sentiasa menekankan kualiti dan ketahanan dalam pakaian. Selain itu, UNIQLO juga menghasilkan dan menjual pakaian yang boleh digayakan oleh pelanggan sentiasa dan boleh digunakan untuk masa yang lama.. 

Studio RE.UNIQLO di DA Square mencipta peluang hebat untuk bekerjasama bersama pelanggan. Ini secara tidak langsung dapat mengekalkan barangan LifeWear peribadi dan memupuk idea yang lebih mampan tentang pakaian dalam komuniti
Evelyn Tan, Pengarah Kelestarian UNIQLO di Malaysia.
 
Studio RE.UNIQLO akan membantu pelanggan dengan memanjangkan hayat pakaian dengan menawarkan pembaikan mudah dan praktikal terutama barangan LifeWear.

Ia merupakan satu inisiatif terbaik terutama di Malaysia, kerana dapat memberi manfaat kepada persekitaran dan komuniti setempat dalam mengekalkan sumber yang berharga daripada dibazirkan. Perkhidmatan pembaikan pakaian yang ditawarkan termasuk menggantikan butang yang hilang, membaiki jahitan serta menampal poket yang koyak semuanya dengan bayaran yang cukup berpatutan.


Bagi meraikan pelancaran studio dan mempromosikan 3R,  UNIQLO telah menganjurkan bengkel khas bagi membolehkan pelanggan mempelajari kemahiran sulaman dan teknik jahitan bagi memperbaiki koyakan di fabrik pakaian. Ini juga satu cara dalam mengitar semula fabrik yang tidak diinginkan menjadi sesuatu yang boleh digunakan dan dimanfaatkan


.Melalui kobolarasi bersama Kumpulan Asfarena, sebuah perusahaan sosial tempatan yang memperkasakan wanita yang kurang bernasib baik. 


Penganjuran bengkel dengan tunjuk ajar daripada staff  membantu pelanggan dengan memperkenalkan teknik jahitan seperti jahitan jelujur, menjahit butang yang longgar dan memasang tampalan pada pakaian tersayang.
 
Studio RE.UNIQLO juga akan dibuka di outlet-outlet lain di Malaysia pada masa akan datang.
 
Untuk maklumat lanjut tentang UNIQLO dan inisiatif kemampanannya, sila layari www.uniqlo.com/my.

UNIQLO Memperkenalkan Studio RE.UNIQLO di DA Square Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 15, 2022 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.