Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic- Tidur yang secukupnya sangat membantu kita menjalani kehidupan seharian dengan lebih aktif, bertenaga dan ceria. Ini kerana apabila kurang tidur, otak tidak akan berfungsi dengan baik dan badan juga akan mudah merasa lesu, tidak bertenaga dan letih.

Ini akan menyebabkan kita rasa stres, mudah marah dan lebih teruk ia akan mempengaruhi aktiviti harian yang tidak produktif.



Tidur sangat perlu dalam hidup manusia bagi merehatkan diri setelah seharian sibuk dengan pelbagai aktiviti. Oleh itu, kita tidak boleh sebenarnya mengabaikan waktu tidur kerana dikhuatiri boleh memberi kesan buruk untuk jangka masa panjang mahu pun jangka masa pendek.

Sekiranya kita mengalami masalah sukar tidur atau tidak cukup tidur, sebenarnya ada beberapa solusi atau pendekatan yang boleh diambil bagi membantu kita mengatasi masalah ini. Di antaranya adalah:-

● Bersenam ringkas setiap hari
● Perbaiki persekitaran tidur
● Kurangkan pencahayaan
● Jaga pemakanan
● Ambil suplemen tambahan

Untuk suplemen tambahan saya sangat syorkan Eskayvie Mindtropic. Produk ini adalah hasil formulasi dan penyelidikan oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri.

Beliau merupakan doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan moden, perubatan alternatif, dan anti-penuaan. Di antara produk-produk lain yang dihasilkan oleh beliau dan mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna adalah seperti Eskayvie Diffenz dan Eskayvie i-Qids.

Bahan-bahan yang digunakan di dalam Eskayvie Mindtropic ini merupakan bahan terbaik dan mempunyai manfaatnya yang tersendiri.


5 bahan utama Eskayvie Mindtropic

Jom kita selidik sikit apakah bahan-bahan utama yang ada di dalam Eskayvie Mindtropic ni.

1. PHOSPHATIDYLSERINE



PHOSPHATIDYLSERINE merupakan komponen utama yang penting dalam membina otak dan menggalakkan sel-sel otak berhubung. Satu kajian klinikal telah dilakukan dan mendapati formulasi Phosphatidylserine ini membolehkan keadaan otak boleh di REVERSE menjadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.

Ia juga membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.

2. ASHWAGANDHA KSM-66




Ini merupakan ginseng India yang cukup popular dan telah digunakan dalam bidang perubatan lebih 3000 tahun. Ia bagus merawat stres, meningkatkan tenaga dan membantu untuk kita lebih fokus.

Khasiat ASHWAGANDHA ini adalah daripada akar dan ia memberi kesan adaptogen iaitu bahan yang boleh memberi kelegaan sekiranya berasa stress. Selain itu ia boleh mengurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus boleh melegakan stres, anxiety dan depresi.

Oh ya! ASHWAGANDHA juga dapat memberi kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

3. BACOPA MONNIERI




BACOPA MONNIERI digunakan dalam perubatan Ayurveda ini biasanya digunakan untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingati. Ianya sangat membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

Di samping itu, ia dapat menggalakkan penghasilan serotonin iaitu hormon gembira. Ini sekaligus membantu menstabilkan emosi dan memberi rasa gembira, BACOPA MONNIERI dapat menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

4. MAGNESIUM



Mineral MAGNESIUM sangat penting untuk badan. Namun 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak. Pengambilan MAGNESIUM boleh menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

Apabila berlakunya kekurangan magnesium ia boleh dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental. Antaranya seperti migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dan lain-lain.

5. SELENIUM


  

SELENIUM mempunyai kesan yang hebat di dalam antioksidan dan bertindak sebagai anti-radang yang dapat melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dan sebagainya. Ia juga dapat menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

Kebaikan Eskayvie Mindtropic
Melihat kepada formulasi Eskayvie Mindtropic ternyata ia sangat membantu mereka yang memang mengalami masalah sukar tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti.

Secara ringkas Eskayvie Mindtropic adalah suplemen kesihatan yang mempunyai ciri-ciri berikut:-

● Dihasilkan daripada 100% bahan-bahan semulajadi
● Tiada gula tambahan
● Tanpa perasa dan pewarna tiruan
● Rasa tropika yang enak
● Pengiktirafan kilang oleh European Quality Award

Cara Pengambilan Eskayvie Mindtropic

Eskayvie Mindtropic boleh diambil dengan cara kunyah sahaja. Ia sesuai diambil tanpa minum air. Bagi orang dewasa digalakkan mengambil 1 biji tablet 2 kali sehari selepas makan. Manakala untuk anak 13 hingga 17 tahun hanya perlu ambil 1 tablet sahaja selepas sarapan.

Maklum balas Pengguna Eskayvie Mindtropic
Di bawah ini saya kongsikan beberapa maklum balas pengguna yang dah mencuba dan amalkan Eskayvie Mindtropic secara konsisten. Rata-rata mereka kongsikan maklum balas yang positif selepas mencubanya dan dapat membantu menyelesaikan masalah dihadapi iaitu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.


Puan Seriwati Ismail, 52 tahun sering berasa tidak tenang dan moody apabila badan berasa lesu. Beliau juga sering marah-marah dan mudah naik angin berikutan waktu tidurnya terganggu. Namun setelah mengambil Eskayvie Mindtropic, beliau rasa lebih tenang. Selain itu beliau merasakan sindrom ke arah nyanyuk juga semakin tiada.


Begitu juga dengan maklum balas seorang pengguna Eskayvie Mindtropic yang kini telah mendapat tidur yang berkualiti (deep sleep). Sekaligus memberi rasa kepuasan dan keseronokan kepada pengguna..


Untuk pengetahuan semua, saya baru sahaja mengamal Eskayvie Mindtropic dalam tempoh seminggu ini (Sehingga entri ini ditulis). Terus terang saya katakan memang saya dapat rasakan perubahan yang ketara terutama dari segi pola tidur.

Jika sebelum ini, untuk benar-benar terlelap, saya perlu mengambil masa sehingga 1 jam lebih. Kali ini, untuk tidur saya hanya meletakkan di bantal, terus akan dapat tidur yang lena. Paling seronok saya boleh bangkit pada awal pagi dengan rasa lebih bertenaga, ceria, tidak letih serta lesu lagi.

Kesimpulan
Eskayvie Mindtropic dihasilkan daripada formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz. Suplemen Eskayvie Mindtropic merupakan satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie.

Tidak dinafikan dalam keadaan tuntutan kerja hari ini memang sangat menyumbang kepada rasa stres (tekanan) dalam diri. Lebih-lebih lagi jika kita ada banyak perkara yang perlu diuruskan dan difikirkan. Ia sedikit sebanyak akan mengganggu waktu tidur kita kerana rungsing memikirkannya. Jika ini berlaku ia akan mempengaruhi tidur kita, menyebabkan badan kita tidak dapat rehat yang secukupnya dan boleh menjejaskan aktiviti harian kita pada keesokan harinya. Apa yang kita buat akan jadi serba tidak kena, badan akan jadi lebih cepat letih dan lesu.

Jadi, sangat disarankan untuk kita mengambil suplemen tambahan seperti Eskayvie Mindtropic bagi mendapatkan kualiti hidup terbaik. Ini sekaligus menjadikan kita lebih bersemangat mengharungi aktiviti yang padat sepanjang hari.

Bagi yang berminat nak mencuba dan nak tahu lebih lanjut lagi mengenai Eskayvie Mindtropic ni, anda boleh layari laman web dan media sosial yang saya kongsikan di bawah. Semoga anda akan dapat tidur yang secukupnya dan menjalani kehidupan yang mencabar ini dengan lebih produktif. Jangan stres stres!
 
Keterangan lanjut mengenai Eskayvie Mindtropic boleh layari :-
Website: 
https://eskayvie.com/
Facebook: Eskayvie Malaysia - 
https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq
Instagram: Eskayvie Malaysia -
https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/



#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 01, 2022 Rating: 5

8 comments:

  1. Haritu dengar pasal produk ni untuk kanak-kanak, this time untuk dewasa pula. Bagus lah, sebab bukan kids je perlukan supplement.

    ReplyDelete
  2. Daku perlukan nie sebab senang stres, tak tenang tidur dan gagap bila ada presentation - maybe boleh bantu tenangkan kegusaran di hati kan

    ReplyDelete
  3. bagus ni untuk suplement tambahan. rasa macam nak bagi kat mak untuk try.

    ReplyDelete
  4. Baru sahaja cuba dan amalkan sumpliment ini sebab boleh kemam macam gula-gula rasa pun sedap jer tak pahit hehehee. Harap ada kesan selepas beberapa hari amalkan makan ini kita pun selalu masalah tidur yang terganggu ni tak cukup...

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this, will check out their supplement coz i might need it too

    ReplyDelete
  6. This is gonna be helpful for those in need for quality sleep, thanks for sharing your experience. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  7. great to know that i can consume this supplement as a brain booster to increase productivity

    ReplyDelete
  8. Produk yang bagus untuk kesegaran minda. Chewable pula tu. Hisap-hisap tenang je sambil buat kerja. Kan kak?

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.